THE COCOON ™: Free Store : Long Beach
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 December 2011

Free Store : Long Beach


Free store. Memang pertama kali aku dengar dan tengok pasal ni. Tapi kusyuk duk melayan Channel News Asia ada dokumentari pendek atau lebih kepada rangkuman cerita je. Ni aku rasa kira lain dari yang lain sebab kedai ni jual tanpa menggunakan duit, kad kredit atau sebagainya. Kedai ni menjual barangan dengan cara sister Barter. Haa ingat lagi sistem Barter? 
Ini bermaksud barang yang kita nak dari kedai tu kita kena wat pertukaran dengan barang milik kita yang kita dah taknak. Ok tak macam tu? Kalau nak tengok barang-barang dalam kedai tu bagi aku ok gak la kan. Lebih banyak kepada barangan pakaian dan aksesori je.

Kalau kat kedai bundle wat macam tu, memang best gak kan. Sebut pasal bundle ni, waktu aku study dulu memang aku suka pegi kedai bundle. Bukan suka pegi je tapi aku suka beli. Kat kedah dulu kalau tak silap aku Osama Bundle yang famous kot. Pakaian yang branded ala-ala lusuh gitu boleh dapat dengan harga murah. Well.. aku memang tak malu pon nak cakap aku dulu memang pakai dari benda-benda bundle ni. So what? hehehe yang penting aku suka. Kalau nak beli seluar jeans Levi's baru kat butik takkan dapat la bawah RM100 atau Rm50, semua tu mahal kecuali beli kat Kelantan ke kan, dapat la Levi's Thailand kepala kain grade AAA semua tu.


FootNote ~ Salam Jumaat buat semua. Best lak kalau dapat tido waktu gini kan kan heheh

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here