THE COCOON ™: Hypocalcemia... Baru Tahu....
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 March 2012

Hypocalcemia... Baru Tahu....


Selamat bertemu kembali. Masih lagi dalam keadaan merehatkan diri dari segala bagai kekusutan dalam kepala otak dan beserta badan aku yang memang tak sihat sangat. kononnye nak tunggu fully recover gitu. Ceritanya bermulanya aku sakit macam ni, hari ahad petang, aku dan adik aku dalam perjalanan balik ke kampung sebab nenek aku telah pergi mengadap ilahi, Waktu tu aku yang drive. Entah macam mana tengah syiok drive, kereta masuk lubang, dan tak dinafikan lagi aku tayar bocor. Terus aku berenti kat tepi bahu jalan sebab nak tuka tayar spare. Buat dengan kelam kabut. Ok la tu kan.

Sampainye aku pagi tu kat kampung, kaki aku cramp. Tak pernah jalan jauh gini kaki cramp tapi hari ni pelik. 3 kali aku jatuh waktu berjalan. Adik gelak-gelak je. heheh tapi aku muka heran sebab memang tak pernah jadi macam ni. Sampai kat pintu rumah, aku duduk. Kaki aku rasa lain sangat sebab macam nak berlipat je kaki. Takleh lurus. Tu ok lagi. Aku try bangun pastu berdiri kejap, aku jatuh. langsung aku tak bagitahu ape pon hingga ke petang, parent aku tengok aku duduk tak berganjak langsung. Terus la aku bagitahu aku takleh bergerak dan terpaksa mengesot. Alaaa yang macam suster ngesot tu la hehehe . Abah aku dah geleng kepala. Memang teruk dah ni, Umi cadangkan aku dibawa ke tukang urut ni. mengurut kejap dan dia cakap ada benda yang menumpang kat badan aku. Aku iye kan je,



Abah tak puas ati, terus dia masukkan aku kat hospital. Adik laki aku yang num 4 tu la yang tukang angkat aku masuk keta, keluar keta. Terdetik kat ati aku sekejap. Nasib baik dia besar. Aku memang tak berdaya nak buat ape pon. Dari kaki, pergi ke tangan. Badan ni jangan cakap ape la, memang nak pusing pon takleh. Seminggu gak aku kat sana. Niat nak pergi tengok kubur arwah nenek aku, tapi aku pulak yang masuk hospital. Seronok bila ada orang datang tengok sebab rasa macam orang bagi sokongan. 


Adik aku teman pon dalam 2-3 hari gitu la pastu aku leh jalan sket2 dia dah tak teman, memang betul bosan duduk kat hospital ni tapi aku rasa seronok sebab nurse pon peramah. Takde la yang muka-muka masam ke ape. Aku rasa kalau derang nak wat muka masam mesti derang pakai tempat tutup mulut dgn hidung tu kan. heheheh. Bila aku dah boleh bergerak semua, alhamdulillah, dapat gak keluar tapi kena buat rawatan susulan nanti kat HSA. Tu pengalaman pertama bagi aku masuk hospital. Lama pulak tu kan. Sebelum ni aku pengalaman jaga ayah aku kat hospital je. Tido kat sana seminggu, tiap-tiap minggu gilir2 dengan adik beradik aku jaga ayah aku. Tapi bila dah rasa sendiri duduk dalam tu, jadi macam tu baru la tahu camne rasa orang lain kat dalam tu.

Apa pon waktu aku berurut tu, orang tu cakap aku ada kena tegur dengan benda2 pelik. Nak mengesahkan benda tu lak, adik aku cakap, lepas aku tuka tayar, aku ada basuh tangan aku kat satu bengkel ni. tengah-tengah malam mana bengkel bukak, pastu aku tengok depan bengkel tu ada air tadahan, so aku basuh la kat situ. bila aku ajak adik aku basuh tangan, dia taknak. Lepas aku sihat ni dia cakap la kat aku yang tempat aku basuh tangan tu sebenarnya takde air pon. Lepas tu aku terdiam. Tapi jelas aku tengok memang ada air. Benda nak jadi kan. Doktor la bagitahu aku, yang aku ni kena hypocalmia dengan hypocalcemia. Kurang calsium. Aikkk hahahah yeke kurang? waktu aku masuk tu, 0.3 je calsium lepas keluar naik 2.6 calsium. huaaaaa

Skang alhamdulillah, aku sihat dan berehat-rehat di Bukit Sentosa, Rawang. Heheh rumah parent aku la. Sabtu ni kalau takde aral melintang, baru gerak balik Johor bahru. Memang jadi pengajaran gak buat aku. kan kan heheh tu saje cerita aku. hehe bosan sebab panjang kan heheh

4 EDITOR COMPLAINING:

THE AUTHOR said...

Kurang kalsium rupanya..
Ingatkan suster ngesot ada benda menumpang..hehhehe.
Syukur dah sihat

shamyheart said...

oo faham, sekian, terima kasih. haha~

gurau je.

begitu kisahnya. seram pula dgn kisah air tu. mungkin dah nak jadi ceritakan. jadi, banyakkan makanan berkalsium tinggi ya =)

Mak Lin said...

ok.

horror.

sila jg kesihatan.

(X_______X)"

Unknown said...

alhamdulillah sihat heheheh

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here