THE COCOON ™: Walaweh... sabtu
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

03 March 2012

Walaweh... sabtu


Tengah sedap aku menyedapkan diri tadi duk blogwalking tertiba terlintas benda yang aku tengok pagi tadi kat tenet. Oh yeah.. hari ni ada bola hahahah terbaik la. At least dapat jugak aku alihkan kepala otak aku dari duk pikir masalah yang tak henti-henti datang menjenguk neh kan. Menang atau kalah, Chelsea FC tetap di hati hahahah

Aktiviti di hari minggu aku adalah tak dapat tido sampai ke pagi tadi dan hari gak aku tidur pon kejap-kejap je. Ala-ala tidur-tidur ayam gitu. Memang terasa letih kalau tak cukup tido neh. Disebabkan tak tido, aku dapat la makan sarapan dimana, waktu-waktu lain aku hanya bersarapan pada pukul 12 tengahari dan makan tengahari di waktu petang pulak. Hahahah Disebabkan jugak aku duk kat umah, maka dengan ni aku pon masak la dengan ala kadar jugak. Lauk waktu petang sampai la ke tengah malam ialah kobis goreng kunyit dan telur dadar je. Simple tapi sedap. Pon.. aku teringat pasal kereta gak. Kalau ada kereta ni time kebulur boleh terus g mamak kul 2, 3 pagi. Sorang-sorang pon jadi kije gak la kan.

Cuaca hari ni redup sepanjang masa. Seredup hati aku jugak. Kalau jadi macam ni atau dalam keadaan emosi tak brape nak bagus aku rasa macam nak bawak diri balik kampung je. Duduk kat sana tenangkan otak tapi tak boleh jugak. hahahaha. Rasanya dah lama sangat aku tak kije teruk-teruk macam dulu. Cuci kereta dengan gaji rm600 sebulan atau operator kilang dengan gaji rm450. kecik kan? Memang kecik sebab aku dulu kije lepas spm. Waktu tu duduk kat ceruk-ceruk rantau je. Kilang kecik so gaji pon kecik dan penah supervisor marah aku sebabnye aku kije tak berenti, waktu cuti aku OT, waktu kije aku sambung sampai lak wat OT lagi. Camne tu yek hahaha tu la teruk sangat nak kije cari duit dan rasanya tak lama lagi mungkin aku akan wat perangai kije macam dulu balik kot.

Oh dunia... hidup bukan nak kejar wang atau kemewahan semata-mata tapi memang kalau tak kije, takde la duit, kalau takde duit, takleh la makan. Kalau takde social life, memang 5 jam je reserve untuk tido. Sekian.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here