THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

05 December 2011

Menurun ke Ombak Rindu

5 EDITOR COMPLAINING

Huahaha takde kaitan pon dengan Ombak Rindu, tapi Ong Bak ada la kan pon sama gak bunyik nya yang hampir lebih kurang sama kepada ritma dan intonasi walaupun perkataan lain-lain. Habis semua orang nak citer pasal benda sama je, nak kejar SEO la tuuu, tapi serba sedikit pasal Ombak rindu ni, rasanya dulu aku ada baca gak tapi dah ingat-ingat lupa jalan cerita. Kalau nak tengok, memang kena repeat balik baca. Oh yeahh aku bukanlah jenis KIPAS-SUSAH-MATI novel /cerpen, tapi ikut time gak aku nak baca pon. Macam Lagenda Budak Setan, aku rasa baca novel tu lagi best pulak dari tengok movie dia. Siap ada bersiri pulak kat astro. huhuhuh... Ombak Rindu? tak tahu nak cakap sebab tak tengok lagi pon.


Masih takde kena mengena gak dengan filem terbaru iaitu Ombak Rindu. Kalau korang expect untuk baca preview ke ape, sila la google blog lain hahahaha... Nak cerita aku dah sampai ke Johor Bahru dengan sedikit buah tangan iaitu sakit pinggang. Effect sakit perut ni terus sampai ke pinggang pon ada. Adoi.. sabo je la. Untuk pertama kali gak aku jejak kat Melaka tu lama sikit je.. Wah.. memang best tapi memandangkan hari minggu, kereta memang banyak. Semua nak pegi Zoo, nak pegi Taman Buaya, naik kereta lembu.. feel woo.. tapi aku takde pon naik atau melawat, sekadar mencuci mata sebab dah lalu ke situ kan. Best.

Skang cuma nak blogwalking je dan baca apa-apa benda terbaru yang ada. Tapi kalau semua tajuk sama je, memang aku dah tak pegi jenguk la kan. Cukup la sekadar baca satu dua blog yang tajuk sama. Kalau ada benda yang berlainan tu boleh jenguk lama sikit tetapi tu lah industri blogging kita, walaupun ada tajuk sama, mungkin isi lain-lain. Banyak benda yang nak diluahkan "konon" katanya. hahahaha ye la aku terima, aku ni pon bukan sape-sape pon. Belum tahap boleh jadi juri tetap untuk kritik-kritik. hahahah

Ok dah siap bebel, aku perlu tido. Jom tidooo

FootNote ~ Kalau blogwalking waktu gini, memang aku perlu spare roti canai dan Nescafa ais
Read more

04 December 2011

Johor Bahru : Aku DATANG

0 EDITOR COMPLAINING

Hari ni dah cukup seminggu aku berhibernasi di kampung, dapat jumpa orang tua aku dan adik-adik. Sihat semua. Alhamdulillah. 2 kali raya aku tak balik dan bila dah balik sekali, memang cuti panjang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke ketiak masam kata orang la kan. Dapat gak berjalan-jalan hari tu. Takde la lepak kat rumah je. Pegi Raub dan sempat singgah ke Fraser Hill. Kalau dulu aku sekadar lalu je jalan tu, tak pernah singgah pon. heheh best gak kan kalau tempat-tempat vacation ni dekat.

Adik aku dari Melaka dah sampai hari Jumaat lagi. Esok pagi aku dengan dia sama-sama gerak balik. Dia ke Melaka dan aku terus ke Johor Bahru. Harap-harap selamat la sampai. Tetiba lak malam ni effect sakit aku sampai ke pinggang. Muda lagi dah sakit sakit urat yek. heheh macam buat kerja berat walaupun dulu memang aku kerja berat.

Hari ni nampak gaya aku kena tido awal la kot sebab nak drive. Berat hati je nak balik. Selalu memang gitu la. Dah rasa best, nak balik sana nanti rasa berat hati pulak nak pergi. huhuhuh sabar je la yek. Dah balik JB, boleh la aku aktifkan balik jari aku dan minda aku neh. Lenguh tol menaip sambil meniarap neh hehe.. huaaaa dan kepada pembaca yang sudi meninggalkan jejak kat shout serta komen, nanti aku akan datang melawat kembali kesan dan jejak yang telah ditinggalkan. Blogwalking semua yeah. Terima kasih yek kepada yang sudi melawat.

FootNote ~ Baru dapat beli baju Fraser Hill hahahaha adoi tu pon nak tayang.
Read more

30 November 2011

OH Lambatnya

5 EDITOR COMPLAINING
Di Kuala Kubu Bahru
Dengan keadaan kelajuan internet aku yang kurang memuaskan (pakai berukban je), frekuansi aku meng'update' blog memang dah berkekurangan skang. Kalau kat JB memang cepat je nak update ke, blogwalking atau sebagainya. Tapi kalau dah guna berukban ni, memang aku rasa malas je nak bukak Google Chrome. Setakat nak update 1 atau 2 entry tu mungkin boleh la kot. 

Hujan kat sini tak macam kat JB, petang tadi je hujan sekejap. Takde la lama sampai ke pagi. Kalau nyamuk tu, memang bisa sungguh. Tak spray dengan Ridsect, memang tido menjamu darah je kat nyamuk. Tapi nasib baik gak la kan berbekalkan kipas berdiri ni, nyamuk kurang menganggu dan menjamah tubuh kering aku ni. Dah hari selasa nak masuk rabu, tinggal lagi berapa hari lagi aku kat kampung. Minggu depan hari ahad aku akan berangkat balik ke JB. Sekejap je rasa duduk hehe..
Aktiviti kat kampung? Semestinya sesi merehatkan minda dan badan je. Jarang aku dapat rehatkan diri macam ni yang jauh dari hiruk pikuk kota, jadi gunakan masa rehat dengan sebaik-baiknya. Nak berjalan-jalan kat tempat lain? tak tahu lagi kot. Tengok pada keadaan gak. Nak kuar lepak dengan kengkawan? hahahah aku takde kawan kat sini, sebab tu aku abiskan masa duduk kat umah je. 

The End.


FootNote ~ Science Process Skills. Takde motif aku cakap gitu hahaha
Read more

27 November 2011

JayBee -> Melaka -> Rawang -> Raub -> Fraser Hill -> Rawang

6 EDITOR COMPLAINING

Huaa Pekabor sekelian umat? Dah berhijrah ke? heheh aku cuma berhijrah ke kampung untuk sementara waktu. Merehatkan minda dan menenangkan jasad dari hiruk pikuk kota. Disebabkan oleh aku yang lama tak balik dan kalau tak silap, dah 2 kali raya aku tak balik kampung rasanya, hari sabtu tu aku amik keputusan untuk balik ke kampung. Benda yang aku tak plan sangat sebab tetiba adik aku datang jb, jadi pegawai pengiring untuk student2 yg ada kem motivasi kat UTM, kebetulan dia ajak aku balik kampung. Tanpa pikir panjang, aku terus la setuju. Balik dengan dia sampai ke Melaka dulu, pastu dari Melaka, baru gerak balik ke Rawang.



Balik berdua je dengan adik aku. Yang sorang lagi kat Tioman tak balik dan sampai ke rawang pon dalam pukul 11 malam gitu. Lepas tu adik aku bagitahu yang abah dengan umi aku takde kat rumah, derang pegi Raub. Ada kenduri kawin kazen aku pulak. Cadang ingat nak bertolak ke Raub terus malam tu, tapi sebab masing-masing penat dan ngantok, aku amik keputusan nak gerak g Raub pagi esok. Pagi tu gerak pegi Raub pon dalam pukul 10 pagi, sampai pukul 11 pagi dengan melalui Fraser Hill.




Seriously, sebab dah lama sangat aku tak main jalan bukit ni, ntah macam mana leh kantoi mual nak muntah hahaha.. adoi.. takpe-takpe. Dulu sebab selalu aku turun Kelantan dengan Pahang, memang takde ape sangat setakat jalan Fraser Hill, Cameron dengan Genting ni. Sebab dah jarang sangat, tu la penangan jalan bengkang bengkok. Aku pegi pon bertiga dengan adik aku je. Kebetulan derang cuti.


Memang aku tak reti nak pose depan kamera, so korang jangan salahkan aku kalau semua gamba yang ada aku attach kat sini tak cantik hahahhaa, FAILED!. Dah selesai makan nasik minyak kat Raub tu, terus aku balik konvoi dengan parent aku,. Derang nak singgah Fraser Hill, aku pon ok je la. Tak pernah pon naik sampai ke atas tu. Setakat lalu main corner baring sampai cecah helmet je. hahahah. Baru hari ni dapat g naik atas. Takde mende pon sangat. Tempat untuk dating best la. Sempat gak aku sambar baju sehelai buat ole-ole kan. 

Ok ler. Tu serba sedikit cerita jalan-jalan sampai muntah nasi lemak yang dimakan pagi untuk sarapan. hhahaha seronok woo dapat balik kampung jumpa adik-adik dan orang tua. Tak dapat balik raya, aku balik di kesempatan yang ada je. haha happy blogging yaw...



FootNote ~ Kat JB hujan, kat sini tak hujan pulak.. aisehh... panas jee


Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    9 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here