THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

06 January 2012

Kenapa Wanita Sekarang Enggan Tutup Aurat

0 EDITOR COMPLAINING
"Saya suka.. saya suka..." Kata Tuan Hussein Lempoyang

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

FootNote ~ Nak seribu daya, taknak seribu dalih... berbaloi-baloi dalih hahaha
Read more

HIDUP ADALAH UJIAN....Dunia adalah medan ujian.

0 EDITOR COMPLAINING
 
Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk menerima ujian-Nya. Allah SWT akan menguji manusia dari semasa ke semasa tanpa diketahui masa dan bagaimana bentuknya. Ujian adalah latihan, pendidikan dan tarbiyah daripada Allah SWT yang tidak diperolehi dari mana-mana Universiti terhebat di dunia. Sama ada suka atau tidak setiap individu perlu bersiap sedia untuk menerima ujian daripada Allah SWT ini.

Firman Allah SWT ,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

Ibarat mereka yang menduduki peperiksaan akademik, tentu ada yang lulus dan gagal dalam peperiksaannya. Demikian juga ujian Allah SWT, ada yang berjaya melulusinya dan ada yang gagal melepasinya.

Bagi mereka yang lulus peperiksaan akademik, mereka akan ditawarkan ke universiti untuk belajar bersama orang-orang yang bijak dan pandai. Sama juga jika seseorang itu berjaya dalam menghadapi ujian Allah SWT, mereka akan diganjari syurga tempat golongan yang baik-baik di akhirat kelak.

Ujian yang Allah SWT turunkan kepada manusia wujud dalam pelbagai keadaan. Ada yang berbentuk ketakutan terhadap musuh (dalam peperangan), kelaparan, kemiskinan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa orang-orang yang tersayang.

Firman Allah SWT,

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Surah al-Baqarah : 155)

Allah SWT juga menguji manusia bukan untuk menganiayai manusia. Dia menguji manusia untuk melihat sejauh mana kesabaran manusia. Kesabaran adalah penting untuk mencapai kejayaan. Tanpa kesabaran hidup manusia akan huru hara dengan segala kepincangan. Tanpa kesabaran segala-galanya mahu dilakukan dengan segera, cepat, gelojoh, rakus sehingga menimbulkan bencana dalam kehidupan. Hanya mereka yang memiliki kesabaran pasti akan beroleh kejayaan, kesejahteraan, kebahagiaan dan menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar bahawa dunia dan segala kekayaannya adalah milik Allah SWT yang mutlak. Jika Dia mengurniakan harta kekayaan, ia bukanlah sesuatu yang kekal untuk dimiliki oleh manusia selama-lamanya. Sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia hanya sementara dan boleh diambil oleh-Nya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Ia juga menyedarkan manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, dhaif, serba kekurangan dan amat memerlukan pertolongan daripada Tuhan yang Maha Perkasa.

Perlu disedari bahawa setiap ujian yang Allah SWT beri adalah sesuai dengan batas kemampuan manusia itu sendiri. Allah SWT yang Maha Mengetahui sifat kekurangan manusia sama sekali tidak menurunkan ujian yang manusia tidak boleh menghadapinya.

Firman Allah SWT,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”(Surah al-Baqarah : 286)

Oleh itu apa sahaja ujian sama ada kemiskinan, kesusahan, kesakitan dan kematian adalah sesuatu yang boleh ditanggung dan dihadapi oleh manusia. Bagi mereka yang beriman ujian-ujian seperti ini memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan amal, memantapkan iman, menguatkan akidah, tidak berputus asa serta sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah SWT.

Orang yang beriman hendaklah bersangka baik dengan setiap ujian yang mereka perolehi kerana ia sebenarnya telah ditentukan oleh-Nya sejak azali lagi. Mereka hendaklah redha dan berlapang dada dengan ketetapan itu. Mungkin ada ujian itu tidak gemari oleh mereka tetapi itulah yang terbaik di sisi Allah SWT.

Firman-Nya,

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah al-Baqarah:216)

Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)


FootNote ~ Hidup kita ni pon memang sebuah bilik darjah yang luas...
Read more

05 January 2012

Layan ni gak tak bosan Shinbei dan Padme

0 EDITOR COMPLAINING
Disebabkan banyak masa aku ada kat rumah, kalau tak kije duk umah dan kalau balik kije pon tetap duk rumah. Keluar pon kadang-kadang je tu kalau nak pegi makan dan kalau aku malas nak masak sangat. Pelik orang laki masak? zaman sekarang takde yang pelik. hahaha so kat sini aku nak memperkenalkan kawan baik aku yek. Nama derang ni? sepasang tau hehe mesti gelaknye kalau aku bagitahu nama hahaha ok2. Yang jantan namanya Shinbei dan yang betina lak namanya Padme. Ok tak? hahaha Kelakor kan? aku memang tak reti sangat nak letak nama so pakai letak je

Sangkar emas.. chewahh macam tajuk lagu je kan. Haa.. ni ler rumah derang berdua cuma bersebelahan dengan komputer aku je. Kalau sambil online, sambil la boleh tengok dan tegur. Kalau nak citer jenis atau baka apa, aku reti sebab aku tahu bela je hehe. Kurang-kurang ada kawan peneman dalam bilik kan kan




Petang kusyuk je dok tido. Ni la port Shinbei tido. Dia suka sangat nak mencari kat celah-celah. Kalau Padme lak suka tido kat tempat gegelung tu. Port tido dia la tu. Takpe janji hepi suda yek. Oh yeah Ni je la kije aku kalau takde nak watpe atau boring sangat, tengok dua ekor ni je. Geram pon ada. haiisshh



FootNote ~ Macam nak beli lagi sepasang. Bagi meriah sikit.

Read more

Ada gak yang nak tunjuk Baguih DOK ADA

2 EDITOR COMPLAINING

Okey.. okey aku paham memang kecoh skang ni tapi salah sapa? heheh salah aku jugakkk dohh..(Boboyot cakap Doh tu singkatan kepada bodoh). Oh i'm inesen bebeh.. kud u pogif mi. Watt a siam. kan kan. Ala sharing is caring la kengkawang. Bukan saje tak amik tahu. Aritu pelajar Malaysia merangkap RAKYAT MALAYSIA kena rompat kat London tu, kita amik tau gak, part yang jadi Homo Sapien kawan sejenis pon kita amik tau gak, dan terbaru yang pakai seluar legging  pastu bukak tudung pon amik tau gak. Dosa eh dedah gambar dia sana sini? Dosa lagi yang duk kija kat kilang percetakan surat khabar sebab duk cetak gambar di di muka depan media massa. Amikaw.

Ada orang bagitahu aku, hidup bermasyarakat tu fardhu kifayah. er.. maksudnya kita kena amik tau la kan, pastu part yang duk sebar gambar dia termasuk AKUUU JUGAK, adalah atas niat nak menyedarkan, nak bagitahu. Kalau rasa dosa tengok gambar dia, JANGAN tengok. The best part is, aku memang tak suka orang tunjuk baguih. Cukup-cukup la hat baguih dok ada noh. hehehe

Kata tokey moto dalam cite bujang lapok " ini aku punya moto, aku punya suka la " dan seriously kebenaran tu memang perit. Nak tak nak... telan je la weh. Amalina pon dah bagi penjelasan dan what ever it is thanks la yek sebab bagi penjelasan. Dia tu kira kebanggaan rakyat Malaysia la sebab bijak, study luar ke ape bukan dia sorg je yg study kat luar, ramai lagi. kalau tak caya, korang tengok je surat khabar time bulan puasa, hahahaha ramai kan kan...ya udah ... tak cakap hal orang tak bermakna kau tu baik. 

FootNote ~ Guilty As Charge. Teringat mende ni kalau tengok cite pasal loyar-loyar. Best.

Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here