THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

12 November 2011

::EKKKsiDENTE::

2 EDITOR COMPLAINING
Salam musim tengkujuh buat penulis dan pembaca sekalian alam yang disaksikan oleh titisan air hujan melimpah ruah lalu menyemai keperibadian didalam misteri lohong hitam yang belum tentu diketahui baik buruk padahnya untuk membuat keputusan seribu panji alam. Fuhh intro panjang. Disebabkan dengan musim hujan dan jugak titisan air hujan yang tak henti membasahi bumi dari pagi tadi sampai la petang sekarang pon panjang gak aku taip intro ni untuk kali kedua.

Kuar beli surat khabar, tengok berita dan kita telah digemparkan dengan kemalangan yang meragut nyawa di Behrang (susur keluar yang dah dekat dengan kampung aku) dan kalau tak silap aku sebelum ni jugak ada kemalangan yang sama membabitkan penunggang motosikal dimana ia terjadi disubuh hari, kereta yang lalu lalang kat highway situ terus melenyek-lenyek tubuh mangsa sampai daging hancur dan bersepah-sepah di atas jalan raya dan bila hari cerah dan terang benderang, baru orang tahu rupanya ada kemalangan kat situ. Tapi sayang sungguh, hancur badan mangsa sebab digilis dek kereta, lori, 4wd, Subaru, proton, Mitsubishi yang ingat mereka sekadar menggilis bangkai.
Kalau setiap orang dari kita ada kesedaran sivik, mesti kita akan berhati-hati kan? tapi kalau orang yang takde sivik lak melanggar orang yang ada sivik tentang keselamatan ketika memandu tu macam mana pulak? Malang memang tak berbau dan ajal maut tu jugak ditangan tuhan. Tak banyak kejadian kemalangan yang aku dapat saksikan sendiri didepan mata. Antara yang aku ingat sewaktu di kedah (sekolah menengah tahun 1997 gitu) ada kemalangan membabitkan lori hantu (lori yang angkut pasir) dengan motosikal, pon hancur gak badan mangsa kemalangan serta meninggal di tempat kejadian. Yang terbaru? Sewaktu aku di Rawang, melalui jalan highway Cameron Highland berhampiran susur keluar Pulai ape ntah dimana waktu tu aku dalam perjalanan pulang dari Kelantan untuk balik ke Rawang dengan menaiki Toyota Hilux (urusan kerja) aku dapat saksikan tempat kemalangan yang membabitkan kematian 25 pelancong asing didalam bas ekspress (bas pelancong). Jalan kat situ memang la ngeri sebab selekoh yang tajam tu memang sesuai untuk bermain drifting. Kalau tak terkawal bawak kenderaan memang nahas gitu la akan menimpa.

Tu belum lagi kalau korang layan jalan Bukit Fraser yang sempit ya amat sangat. Boleh berselisih side mirror kalau kenderaan by pass to each other dimana memerlukan skill dan tahap sivik dan hati-hati yang tinggi. Tapi kat sini bukan aku nak cerita pasal skill bawak kereta tapi nak cerita pasal kesedaran sivik. Nak mengelakkan dari kejadian gitu. Kesian kat Adun BN tu yang berenti nak tolong orang, last-last nyawa dia pon turut melayang. Kesedaran sivik arwah sebab nak tolong orang yang eksiden.

Pesan aku kat sini, musim hujan ni kalau korang drive ke ape, bawak la leklok sebab kalau bawak laju, nak brek.. kompom la kereta akan terlajak dalam 10-20 meter dari tempat korang tekan brek tu. Kalau motor? memang sah akan jatuh dan terseret. Jadi hati-hati yek

FootNote ~ Baru baca suratkhabar pukul 4 tadi. Puuuiiiihhhh hahahaha
Read more

11 November 2011

::STeAk::Takdelah Stik Sangat Pon::

6 EDITOR COMPLAINING

Sempena dengan daging korban yang melimpah ruah kat rumah, aktiviti hari-hari mesti masak daging je sampai puas makan daging. Yeahhh i love meat. Tapi kalau hari-hari makan benda yang sama pon naik bosan dan jelak gak kan? Mengikut pada gamba yang korang tengok ni pon, aku nak panggil stik pon tak jugak kot,  atau nak panggil daging bakar? Ntah la aku kompius sepatutnya aku panggil apa laa masakan ni. Takpe, yang aku tahu boleh makan dengan sedap.

Seperti yang korang tengok gamba kat atas tu, aku dah peram daging tu, hiris la dalam ketebalan seinci, dan bagi la lebar-lebar sikit. Kalau hirisan tebal, memang lambat masak sikit tapi ikut citarasa korang nak makan macam mana, 50% masak ke, 80% masak ke kan. Kalau panggang lama-lama, daging tu akan jadi kering. Daging kering ni selalu yang kalau korang pernah cuba makan dengan Nasi Kerabu, haaa.. tu la daging bakar yang agak kering. Untuk stik, kondisi daging tu memang nak bagi sedang2 je masak. Baru la daging tu ada juice gitu kan, makan pon tak liat. Amboii macam chef pulak aku.  

 Bahan yang aku gunakan untuk perapan pulak simple je, aku letak serai, seasoning sikit, serbuk cukup rasa, garam, lada hitam, halia dan sos tiram. hahahah ingat nak letak je HP barbecue sos, tapi takde so... aku gunakan je apa yang ada asalkan daging tu bila makan rasa sedap gitu kan. hahaha. Untuk proses panggang ni, aku cuma guna fry pan je, masak sampai berkerak kerak gitu, abis malam ni nak kena sental sampai tertanggal daki. Kalau dah masuk dalam fry pan tu, balik-balikkan bagi daging tu masak sempurna yeaahh sesempurna hari mu gitu kan. Yang penting jangan sampai keras. Kalau boleh tekan n nampak mcm lembut tu, rasanya ok lagi la tu kot.
Resultnya bila dah nak hampir masak, daging ni akan nampak macam daging satay gitu. Tapi bau satay dengan bau daging ni memang tak sama, Bau lain sebab rempah ratus yang kita guna tu je. Pastu kalau nampak macam basah basah gitu, tak kering, bagi aku dah ok la sebab tu tanya dalam tu dah masak dan berjus. Sedappp wooo.. jangan biar sampai hangus lak. Akhir sekali, korang hidang la daging ni dengan apa yang korang suka, makan dengan kentang lenyek ke, broccoli rebus ke kan. Ikut selera korang.

Aku takde gambar CADANGAN HIASAN, sebabnye aku makan ratah gitu je. Dah sedap dan lapar, mana nak tunggu letak hiasa lagi. Amik masuk dalam pinggan dan terussss makan. Merapu gak entry ni yek. hahaha tapi ok la tu kan. 

FootNote ~ Penuh daging korban dalam peti ais. Mula la rasa tamak dah ni... nak wat lagi hahahahah
Read more

::Keeping In Memory Forever::

2 EDITOR COMPLAINING
Stay witH me. This is whAt I need, please. I am nothing now, and it's been so long. Since I've heaRd the sound, the sound of my only hope. ThIs heart, it beats, beats for only you. My heart is yours. Please don't go now. Please don't Fade away. .MAybe I know somewHere deep in my soul that love never lasts. 

ANd we've got to find other ways to make it alone, or keep a straight face. And I've always lived like this, keeping a comfortable distance. And Up until now I had swoRn to myself that I'm content with loneliness, becaUse none of it was ever worth the risk. But you are the onLy exception. I've got a tight grip on reality, but I can't let go of what's in front of me here. I know you're leaving in the morning when you wake up. Leave me with some kind of proof it's not a dream.

Sometimes it doesn’t matter How many times you’ve been somewhere with someone new trying to replace the past that’s Attached to It, or how many times you wear something over and over again trying to rid it oF a scent that still seems to live in it. How many days, years, months or seasons go by - there will Always seem to be that one memory much stronger than the rest that your heart will remember the most.

FootNote ~ I’m running out of sympathy
Read more

08 November 2011

::Siakap STIM:: EH::

2 EDITOR COMPLAINING

Berselimut kan dengan bahan-bahan
Hari aku kebelakangan ni skang macam terganggu sedikit dengan banyak benda yang bermain dalam kepala otak aku tapi takpe, tu tak menganggu dan menghalang aktiviti memasak aku kat dapur. Patutnya ni cerita minggu lepas tapi aku tak terpikir lagi nak update apa-apa dan terpaksa mencari-cari gamba dalam hp pinjam untuk update gamba. hahahhaa Nak kata aku pandai masak? tak kot... aku kalau benda yang aku rasa aku leh cuba, memang aku akan cuba. Yela sekali sekala nak makan kan, tak salah kalau nak cuba sendiri pon.

Makk oi... tangan berurat hahahah
Resepi ni yang aku nak share, ikan masak stim atau kukus ke ape ntah. hahaha aku tak tahu nak panggil mana satu, masak stim ke atau kukus, kira stim la ni kot kan. Pegi jalan-jalan kat Giant (kawan Nobita), tengok ada Siakap, so aku rasa macam nak buat masak yang simple je kan. Beli seekor pon dah cukup la. Harga dalam seekor ni pon RM8.60 sekor. Bukan timbang kilo tapi kira ekor. Siakap memang mahal sikit. Kalau korang pegi kat kedai makan, nak pesan yang ni aku tak tahu brape dia cas, tapi bagi aku, kalau ada RM10, beli bahan-bahan dan ikan ni, dah berbaloi baloi kan. 

Lauk yang aku masak ni selalunya memang makan sampai ke malam. hahahhaa Tapi pandai-pandai la korang nak bajet macam mana makan tu. Untuk yang duk kat hostel, aku memang tak dapat nak tolong. Kalau korang leh bawak periuk nasi dalam bilik, boleh je buat ni sebab senang je. Kalau aku nak cite pon, korang leh tanya pakcik Google kan.

Serba sedikit cerita pasal aktiviti aku. Nanti aku nak buat daging bakar atau macam steak sikit. Insya allah kalau takde aral yang melintang, aku share la gamba-gamba yang aku buat ni. Cerita je tahu masak yek, kalau ada gambar, baru la org percaya sikit hahahh lelaki pandai masak tak semestinya lembut tau hahahahah auuwww

FootNote ~ Hujan lebat lak kat sini... aduhhh baru je cuci kereta semalam
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here