THE COCOON ™: Dunia Aku Mr Brown
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

26 August 2011

Dunia Aku Mr Brown

Dunia aku berwarna coklat. Lantai, Meja, baju, kasut dan segalanya. Hari ni Johor Bahru hujan dari pukul 5 sampai skang yang makin rintik-rintik je. Sesejuk jugak mata memandang. Baru je sampai rumah. Tadi kat Taman Perling aku tengok sesak semacam je. Jalan dah bertingkat pon sesak gak ke? Sempat la aku toleh ke tepi tadi. Oh.. ada eksiden. Tapi tak perasan pulak kereta, lori atau moto yang eksiden. Patut panjang je kereta bas beratur dari jejantas selepas jambatan Taman Perling ke susur keluar Kipmart Tampoi tadi. Hujan gini, dengan jalan basah, memang nak kena bawak dengan hati-hati sebab tayar kenderaan tak berape nak mencengkam. Hati-hati memandu yekk... Elak la eksiden-eksiden neh


Baru aku ingat, semalam aku nak masak kari ikan style mamak tapi tak dapat buat atas sebab yang tak dapat di elakkan. Aku ingat hari ni aku nak masak kari ikan dengan kangkung goreng belacan. Ok gak tu. Dalam pukul 3 kejap lagi ar aku buat. Nak masak semua orang reti masak, cuma rajin dengan malas je. Kalau rajin, leh masak sedap-sedap...kalau malas, ngadap je tv lama-lama. hehehe sendiri mau ingat yek.
Kenapa blog aku macam ni? 3 tahun aku blogging, memang macam ni je theme aku. Tak tuka-tuka pon. Warna tak meriah ke, entry tak banyak ke hatta follower pon memang tak banyak. Watpe banyak-banyak kalau yang banyak tu takde nak membaca blog kita. Setakat park je watpe. Takde sampai ke mana ler kan. Bukan aku nak suruh korang follow, tapi yang ada ni pon alhamdulillah. Tu pon kalau ada yang baca la tapi dari ape yang aku tengok, memang ada yang baca. Terima Kasih sangat-sangat... Blog aku tak gempak-gempak, takde background music, takde kaler maler gitu hehe. Terus terang la kan aku memang tak suka nak tunggu benda-benda alah yang lambat loading ni. 5 saat je aku tunggu, kalau lambat, memang gerenti tak baca la disebabkan jugak kondisi pc aku yang old timer ni kan.Oleh tu, cuba la check tengok, brape lama page blog korang load yek. heheh jahat mulut aku neh
 
Kenape aku suka coklat brown gitu-gitu kan... sebab aku rasa dah serasi dengan kaler ni, macam dah masyuk jiwa aku dah. Habis dengan cara hidup aku pon ada kena mengena dengan kaler gini kecuali kereta aku la. Yang tu kaler putih. Kalau nak di ikutkan, aku suka kaler biru sebab biru mengingatkan aku pada sorang kawan baik aku neh...so aku dedicate la kat dia sempena dia huahahahha....thanks utk patung pooh yek. (kalau dia ingat)
Dengan mendung, hujan rintik pulak... suasana hari rayaaa.. eh nyanyi... dengan keadaan nak raya dah ni, aku nak sampaikan salam kemaafkan aku untuk sesiapa saja yang kenal aku dari alam siber hingga ke alam realiti. Sempena Hari Raya yang dah nak dekat kan. Kadang-kadang tu terkasar bahasa tanpa diduga, jangan terSENTAP didalam hati. Walaupun tak dapat balik raya.. sob...sob.. sob... tapi aku dah biasa macam ni hehehe

Walaupun 3 tahun aku blog macam-macam tapi tu la, ada pasang surut. Kalau rajin memang hari-hari ada benda yang nak post, kalau malas...mendatar je macam padang rumput MPK Kuantan. Sebelum ni aku dah lama jugak tak blogging. Ada pon sikit-sikit je tapi ape yang aku perasan, dalam bulan ni memang banyak aku posting. Mungkin sebab terdorong oleh Contest yang aku masuk atau pon sebab aku tengok blog orang lain best, aku pon nak juga rasa best tu macam mana kan. Macam mana ada orang komen, orang follow ke atau bagi kritikan membina ke kan kan.. betol tak? Kalau kata nak shiok sendiri tu, ish takde lagi la kot aku nak posting sebab nak angkat diri aku bagus ke tak. Tak baik riak, takbur... tuhan marah. 
Akhir kata.. yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri yang segala yang baik dan penuh keberkatan itu datang hanya dari Allah. Dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. Takkan boleh bawak balik kubur pon semua-semua ni...bersederhanalah dalam segala aspek kehidupan korang. Insya Allah.

FootNote ~ Seriously What? Why So Serious? hehehe mende ntah...

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here