Pastikan Kenderaan Selamat Di Pangkuan
Periksa keadaan kenderaan masing masing. Bagi yang pulang ke kampung halaman menggunakan kenderaan sendiri, amatlah dinasihatkan untuk memeriksa kenderaan sebelum pulang ke kampung halaman masing masing. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan boleh meneruskan perjalanan dengan selamat. Benda ni penting, sebab ia melibatkan keselamatan kita dan juga penumpang kenderaan kita.
Sekadar gambar hiasan je
Bagi yang pulang menggunakan kenderaan awam ataupun kenderaan orang lain, juga kena pastikan kenderaan yang anda tinggalkan dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kerosakan atau tidak berfungsi ketika kembali dari bercuti.
Pun Gambar Hiasan Lagik
Keselamatan rumah anda hendaklah terjamin ketika anda berada di kampung halaman. Salah satu usaha kerajaan dalam menangani masalah jenayah kecurian di rumah ketika pemilik rumah pulang ke kampung, adalah rondaan tambahan oleh polis di rumah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah isi borang yang disediakan di balai polis berdekatan . Kat mana mana pun, polis akan buat rondaan tapi tenaga kerja polis pun limited, jadi kita pun perlu berusaha agar dapat jegah jenayah ni daripada terkena kita dengan memastikan betul betul keselamatan rumah terjamin. Seperti memastikan tingkap dan pintu terkunci rapi. Kalau perlu tambah kunci di pintu dan seumpama dengannya.
Ingat Keluarga Tersayang
Beritahu ahli keluarga lain bila anda akan bertolak dan hantar perkembangan perjalanan anda kepada mereka. Kita kadang kadang tidak tahu betapa risaunya mereka menantikan kepulangan kita ke pangkuan mereka. Dengan memberitahu mereka mengenai perjalanan anda boleh mengurangkan kerisauan mereka. Dengan berbuat demikian juga anda yang memandu akan mengurangkan ‘kerakusan’ pemanduan anda. Kerana teringatkan orang tersayang.
Jangan Overload Pulakkk
FootNote ~ Selamat pulang berhari raya untuk yang pulang ke kampung halaman. Raya tahun ni aku tak dapat nak balik kampung.. huhuhuhuhu nak wat macam mana kan... terima je lahhhh huaaaaaaaaa
0 EDITOR COMPLAINING:
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™