Aku tak suka bermain dengan konspirasi. Cukup la dengan hidup aku ni yang aku cuba nak paham. Aku tak pandai nak tunjuk pandai dan nak memandai mandai dalam perkara yang aku rasa semua benda kita nak kata itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi lumrah kita sebagai manusia... memang nak pikir benda complicated. Memang saje nak buat susah. Tapi ini sekadar pemahaman. Baca, research dan tanya pada yang lebih pakar atau arif. Itu saje. Selamat menjamu minda.
Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.
Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.
Jika anda 'terjebak' ke dalam pencarian jawapan-jawapan kepada misteri atau konspirasi di seluruh dunia ini,anda perlukan 'The Trafficker Code' ini.Ini sebagai panduan sahaja,namun jika anda mempunyai keberanian dan keyakinan serta sedikit pengetahuan yang benar,anda pasti tidak tersesat dalam ribut konspirasi ini.Ini penting,jika tidak anda akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya anda menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.
The Trafficker Code terdiri dari tiga perkara penting.Tiga sahaja.Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru.Ingat baik-baik tiga perkara ini:
1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi. Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.
Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.
2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.
Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'alien' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!
Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.
3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.
Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.
Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luar biasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand.
Ingat tiga point penting ini.
Jangan tanya aku pasal benda-benda yang aku memang taknak amik. Aku bukan nak tunjuk pandai tapi aku memang tak pandai pon bab-bab nak pecahkan kod rahsia menantang mende alah tu suma. Nak baca.. baca je. hahahahahhahaa
FootNote ~ Jangan tersasar dari landasan. Jalan-jalan cari pasal. Takde pasal mencari pasal. Amik kaw
Jangan tanya aku pasal benda-benda yang aku memang taknak amik. Aku bukan nak tunjuk pandai tapi aku memang tak pandai pon bab-bab nak pecahkan kod rahsia menantang mende alah tu suma. Nak baca.. baca je. hahahahahhahaa
FootNote ~ Jangan tersasar dari landasan. Jalan-jalan cari pasal. Takde pasal mencari pasal. Amik kaw
2 EDITOR COMPLAINING:
hamekkaw!
suka ayat tu
har har har
banyak2 taip, yang tu je ko suka hahaha
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™