THE COCOON ™: ::What would happen if :: Kalau Aku Dapat Tebuk Bumi neh?
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 October 2011

::What would happen if :: Kalau Aku Dapat Tebuk Bumi neh?

Apa akan jadi kalau aku dapat tebuk Bumi ni sampai tembus ke hujung sana? Hujung mana? hahahha


Walaupun memang mustahil untuk berbuat demikian di bumi, tapi kita boleh buat di bulan. Bulan mempunyai teras yang sejuk dan tak macam teras bumi yang panas gila tuh. Di samping itu, bulan tidak memiliki atmosfera, takde graviti kurang. Kalau kita tebuk bumi ni, sah sah la graviti tu tarik kita masuk terus dalam lubang gila-gila punya la tapi kalau korang wat lubang kat bulan, takdenye jatuh terus dalam lubang tu. Kiranya takde daya geseran yang teruk la berbanding kat bumi ni.. Aisehh macam saintis gilaaaa hahaha

Jadi, aku sedang bayangkan bahawa terowong yang melalui bulan adalah 20 kaki (7 meter) diameter. Jangan tanya aku pasal jisim ke teori itu ini... memang aku tak ingat dan tak tahu hahahah ( tanya cikgu korang. aku bukan cikgu). Aku cuma nak bayangkan, sebab memang berbeza kalau kita duduk kat bulan tu dengan duduk kat bumi. Graviti memang sentiasa tarik sebab tu kita boleh berdiri. Er... macam teori Newton. Apa saja yang ada kat atas, mesti akan ke bawah. hahaha hampess.
Kalau kita gali sedalam mungkin(nape aku rasa macam benda ni ada yang dah buat movie?) terus ke dalam teras bumi, pastu konon-konon la sampai ke hujung sebelah sana tu kan, aku rasa memang seksa sikit sebab tak kira sebelah mana pon kita masuk atau keluar, graviti tu akan buat kita duduk di tengah2. Tapi..... kalau kita buat macam tu kat bulan (seperti yang aku dah sebut.. bulan takde graviti kot) ahh aku dah pening. Ade ke tak eh graviti kat bulan? ada tapi tak seteruk kat bumi kot sebab bumi dengan bulan ni berkaitan. Ape hal aku nak susah cite pasal fizik ni hahaha aku bukan amik fizik pon. Sastera la wehhhh.
Jika aku dah digerudi terowong terus melalui pusat bulan, dan boleh mewujudkan dalam vakum, benda pe yang jatuh ke dalam terowong itu akan sampai ke bahagian lain bulan hanya dalam masa 42 minit! betol keee??? Aku pon dah pening suda. Sekadar nak berangan benda-benda yang aku terpikir tapi tak tahu lak leh complicated gini hahahah

FootNote ~ In case you are wondering, the correct answer is - The moon has gravity just like the earth, only weaker.

0 EDITOR COMPLAINING:

Post a Comment

DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here