Memang best menonton perlawanan bolasepak tadi di antara Malaysia dan Indonesia. Kira rumpun dah tu. Boleh memang gak walaupun supporter Malaysia ciput je kalau nak dibandingkan dengan supporter Indonesia. Apapun memang bagus la Khairul Fahmi sebab banyak menyelamatkan gawang gol dan jugak hasil tindakan pantas beliau juga membolehkan Malaysia menyumbat satu gol ke gawang Indonesia.
Angin yang bertiup di kampung ini.... Hitemmm warnanya....Jampinyaaaaa, tersillleeeeepppppp
Apapun nanti kita sama-sama nantikan pertemuan Malaysia bertemu dengan Myanmar pulak. Tahun ni yang aku rasa mutu bolasepak Malaysia dah ada peningkatan kalau nak dibandingkan dengan dulu-dulu yang duk nak amik pemain import la, rasuah sana sini la dan juga mutu permainan yang kurang memberangsangkan. Betol tak? Tapi sekarang, semua tu dah berubah. Tu yang penting. Bermain untuk kebanggaan negara dan bukan kerana duit semata-mata. Bangga wooo bangga tuu heheh
Teruskan menyokong pasukan negara. Kalah menang tu adat bertanding kan tapi yang perlu kita tengok jangan la waktu menang nak puji, waktu kalah nak kutuk. Kita cuma perlu tengok perubahan yang ada dan peningkatan yang ada dalam arena sukan kat negara kita ni. Semangat Team Malaysia. Dulu memang aku tak brape yakin apa pon. Waktu sekolah memang ada gak duk sokong pasukan negeri kan tapi lepas banyak benda-benda yang tak best timbul, terus aku tak amik port. Tapi sekarang memang aku akan tengok. Huaaa harap menang lagi lepas ni Team Malaysia. Tunjukkan semangat dan jati diri yang kental. Malaysia Boleh.
FootNote ~ Untuk pertama kalinya... aku nak cuba tido awal. hahah (takde kaitan dengan bola laa)
5 EDITOR COMPLAINING:
Mudah2an Malaysia akan terus gemilang mutu permainannya. :)
yeah... Harap Malaysia akan terus gemilang
go harimau malaya go! saya nak masuk team bolasepak malaysia lah! haha.
oh.. nak masuk pasukan bolasepak wanita eh? heheh boleh keee
penjaga gol malaysia memang world class
Post a Comment
DON'T LET THE NOISE OF OTHER OPINIONS DROWN OUT YOUR OWN INNER VOICE AND MOST IMPORTANTLY, HAVE THE COURAGE TO FOLLOW YOUR HEART AND INTUITION ™