THE COCOON ™
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 August 2010

Murtabak Meggi... sodappp

0 EDITOR COMPLAINING
salam all... hehehe.. bersempena dengan bulan puasa ni, pe kata kita cuba la resipi ni. sedap dan murah. kalau untuk yang bujang-bujang ni, boleh la cuba eh. hahahaha.. bukan pe tetiba rasa macam nak makan murtabak meggi lak. heheh ok, camni eh cara-caranya.... lalalala





Murtabak megi


Bahan2 :-


1. 3 bungkus Megi perasa kari (saya guna 3 bngkus utk mkn 1 family)
2. 6 biji telur (kalu masa gaul tu x lekat, tambah telur lg)
3. daging / ayam cincang (beli yg cap ramlee je)
4. bawang besar potong dadu kecit2
5. daun sup
6. daun bawang




Cara2:-
Rebus mi megi dlu, pastu toskan. rempah megi letak tepi dlu.

Gaulkan daging@ayam cincang + mi +rempah megi + bawang cincang + daun sup + daun bawang.




Gaul bahan2 di atas sehingga sebati kemudian masukkan telur dan gaul sehingga semua bahan betul2 sebati melekat. Kalu nmpak x brp nk lekat atau kering masuk sebiji lg telur.




Kemudian panaskan minyak dan goreng dlm ketebalan 1 inci.

Potong2 dan sedia utk di makan.

senang je nih, klu x silap ada dlm suratkhabar itu hari, tp cuba lah mmg puas hati sbb sndiri buat, daging pun bnyk, klu murtabak biasa tu rs bawang je lebih..huhuhu
Read more

09 August 2010

smoker pasti heaven lah

0 EDITOR COMPLAINING
salam all...

hehhe... betol tu smoker pasti heaven... so dah tuka profession lak jadi penjual rokok elektronik... memang bagus sangat. kije tak stress mana, dan setakat ni memang bagus. kije kat jusco pulak aku kali ni. hahahahha

hari selasa ni dah tengok anak bulan. sedar tak sedar, dah hampir jugak kita nak berpuasa dan aku ucapkan pada semua kat sini selamat berpuasa.. moga-moga bertambahlah lagi pahala kita di bulan yang mulia. so tahun ni rasanya aku tak dapat la nak balik ke kampung untuk menyambut hari puasa pertama bersama keluarga aku, dan begitu jugak dengan raya rasanya. lagi pon kereta dah ada kat adik aku. dulu senang la sket sebab adik aku belajar kat utm, so bila dia balik, leh la aku tumpang sekaki. ni dia dah jauh, so agak payah dan susah la bagi aku walaupun bagi aku pengangkutan awam tu ada, tapi memang menyusahkan... hehehe

so pada kengkawan yang lain sempat lagi ke ganti puasa ni? hahaha tepuk dada tanya akal korang sendiri la kan. skang alhamdulillah, aku dapat juga pakai laptop, jikalau nak bandingkan dengan pc aku yang dah uzur tu, yang ni rasanya lagi bagus walaupun ada macam-macam processor yang ada seperti core i3, i5 dah sebagainya, dengan Intel Core 2 Duo ni pon aku dah bersyukur jugak. yang aku perlu buat skang ni cuma nak mencari bateri laptop Compaq aku yang baru ni. hehehe bukan pe, ada 2 bateri lagi bagus pe kan. hehehe

so yang perlu aku buat skang ni settlekan bil P1 aku yang tertunggak sebulan ni. huhuh pikir-pikir lagi macam nak cari duit lebih, prepare gak untuk raya sama ni.. tapi bersyukur gak,

untuk kengkawan aku yang kat Retail tu, aku mintak maaf sebab blah tak bagitahu korang, korang memang la kawan yang best tapi aku terpaksa la cari kija lain yang lebih tenang untuk aku bekerja, nak stress sangat pon memang aku tak suka dan bila orang cakap aku ni macam takde pendirian, so aku terpaksa la tunjukkan pendirian aku. lagi pon aku taknak la menyusahkan korang juga. kije tak hepi, watpe nak kije gak kan. betol tak? kalau nak kije biar la kita hepi dengan kerja kita, baru la seronok dah ikhlas nak wat kije.
Read more

21 July 2010

15 day

0 EDITOR COMPLAINING
Salam,

15 hari... yup dah 15 hari aku tak posting apa-apa kat blog aku. Paling terbaru pon aku posting dated 5hb. skang ni dah 20hb? 21hb? mana-mana lah. last posting aku cerita pasal aku berenti kija 3 hari + 1 hari aku offday. lepas pasa kes tu aku bekerja macam biasa, facebook, games and so on. terlupa lak nak update blog ni. bukan takde cerita aku bagitahu kat sini tapi mudah alpa dan kusyuk dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu. hahaha ayat skema sey.

puasa dah nak dekat, raya lagi la dah lama lama. yang bermain kat fikiran aku ni bukan pasal puasa atau raya tapi pasal cuti bila raya nanti. huhuhu nampak gaya tahun ni aku tak merasa la nak cuti lama-lama macam kerja aku dulu tu. puasa pon agak mencabar la jugak berbanding dengan tahun lepas dimana time rehat n kerja, badan takde la terasa penat mana pon sangat sebab duduk kat kerusi dan lepak kat meja je. tapi skang ni dah lain sket la. puasa atau tak, kerja yang meletihkan badan dan minda ni bercampur. dulu pon bila aku kerja camni, time puasa, memang serius cakap, memenatkan. sebab badan kehilangan air, buat kerja-kerja berat ni, berpeluh pastu nak mengadap bos-bos lak yang pelbagai karenah. totally mind and body akan terlebih letih la.

pagi tadi baru balik rumah dalam pukul 8.30pagi. kerja aku lak abis pukul 6 pagi tadi tapi kawan aku ajak teman dia g Hospital Sultanah Aminah. nak g klinik kat situ, amik ubat untuk makcik dia. aku pe lagi, tido dalam keta la. semalam gerak dari rumah pukul 8.30 malam pergi Giant Hypermarket Leisure Mall. aku sesi pengiraan barang sampai pukul 6 pagi. so memang tak brape cukup tido la siang hari tu sebab malam tu dah nak berjaga sampai pagi.

balik rumah, nampak bantal dan tilam je. terus la tido sampai la ke malam. untuk kawan-kawan, mintak maaf la kalau tak dapat call ke sms ke, hp memang off sebab taknak ada gangguan. hehehe skang ni berjaga la sebab terlebih tido pulak. malam macam siang dan siang macam malam. hehehehehe

rasanya nanti lak aku citer. tetiba terpikir sesuatu lak..

wassalam
Read more

05 July 2010

Merdeka!!!! 1 Malaysia

0 EDITOR COMPLAINING
salam all...

dah masuk 4 hari.. aku merdeka. hahahahaa... sebab pe, sebab dengan hati waja, die hard, terus aku blah dari tempat kija aku. meninggalkan manusia yang tak pernah rasa nak hormat aku tapi aku lak kena hormat derang. aku hormat derang pon derang tak hormat aku jugak.

so dengan segala hormat nya, aku sendiri yang berambus dari stiu. dengan management yang kuropsi, pastu politik pejabat.. suma ada. setakat repot-repot, bodek-bodek ni. memang bukan makanan aku la. heheheh dari dulu kija memang aku bukan jenis ass-licking-person la. hahahha kah kah kah adoi.... pe pon skang aku masih mencari kerja yang baru. mencuba pe saja yang boleh. biar gaji rendah sket tapi hati kita hepi bekerja. jadi kuli pon takpe asalkan bos memahami kerja kita.

aku ni sebenarnya kalau wat kija, memang aku fokus wat kija, bagi komitmen sepenuhnya dah juga mendengar arahan. tak bangkang langsung. tapi sejak derang mempertikaikan cara aku kerja, aku jadi frust. aku rasa aku dah bagi yang terbaik. tapi ada jugak manusia yang nak menjatuhkan aku. serius aku memang takleh terima kalau kerja aku tu aku buat betol-betol tapi ada manusia yang dengki iri hati. kalau cakap nak tolong aku, nak naikan aku ke pe, macam tu ke cara? dah tu lak cakap aku ni kaki kelentong. adoi... aku pun pernah gak kerja mc tu sebelum ni tapi watpe nak keletong pasal kija kita sendiri. ikhlas bekerja tapi orang tak nampak. kalau bab bodek atau cakp kipas udang, cepat je puji pasal kerja.

tapi kan.. dalam masa yang sama aku sedih jugak. sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan aku yang ada di sisi aku ketika jatuh bangun aku kat sana walaupun sekejap. aku minta maaf sebab tak bagi tahu korang yang aku nak resign terus secara mengejut. dah lama sangat aku pendam dengan karenah bos aku dua orang tu. makan hati. stress... kerja pon tak tenang sebab asyik tension dengan karenah derang. bukan tension pasal skop kerja aku.

skang ni memang aku takda kerja tapi aku nak cuba kat kilang-kilang lak. mana la tahu derang nak amik technician ke kan.. kalau ada rezeki, ada lah kerja aku. insya allah
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    11 months ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    10 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    10 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    13 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    13 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here