Layan jap...
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin
hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu
untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan
lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika
itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih
terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia
akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang
benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah
terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama
1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang
bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk
belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang
tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan
keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah
lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan
pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk
menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui
ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia
menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia
akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah
kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf
Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi
pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat
yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya
sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada
Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang
mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia
masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa
kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food,
Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu,
anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak
makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut
dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir,
jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang
beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah
sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat
penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.
Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di
Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa
nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu
Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air
tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri
Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!
Followers
Blog Archive
Blog
20 October 2008
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah..."
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 09:59:00 AM 0 EDITOR COMPLAINING30 Real feeling of a Girl
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 08:36:00 AM 0 EDITOR COMPLAINING2. When she ignores you after you've done something wrong, it's best to give her some time to cool down before touching her heart with an apology.
3. A girl can't find anything to hate about the guy she loves (which is why it is so hard for her to 'get over him' after the relationship' s over.)
4. If a girl loves a guy, he will always be on her mind every minute of the day, even though she flirts with other guys.
5. When the guy she likes smiles and stares deep into her eyes, she will melt.
6. girl likes to hear compliments, but usually not sure how to react to them.
7. When a particular guy flirts with a girl very often, a girl would start thinking the guy likes her. So if you treat a girl just as a friend, go easy on the smiles and stare ok?
8. If you don't like a girl who likes you, break it to her gently.
9. If a girl starts avoiding you after you reject her, leave her alone for a while. If you still treat her as a friend, talk to her.
10. Girls enjoy talking about what they feel. Music, poetry, drawings and writing are ways of expressing themselves (which explains why most girls like writing journals).
11. Never tell a girl that she is useless in anyway.
12. Being too serious can turn a girl off.
13. When the guy she likes calls her for the first time, the girl may act uninterested during the call. But as soon as the phone is back on the hook, she will whoop with joy and immediately start telephoning her friends to spread the news.
14. A smile means a lot to a girl.
15. If you like a girl, try making friends with her first. Let her get to know you.
16. If a girl says she can't go out with you because she has to study, leave.
17. But if she still calls you or expect a call from you, stay.
18. Don't try to guess a girl's feelings. Ask her.....
19. Hearing the words "I love you" is a great reassurance to a girl that she is beautiful.
20. After a girl falls in love with a guy, she'll wonder why she never noticed him before.
21. If you need tips on how to flirt with a girl, read romance stories.
22. When class pictures come out, a girl would first check who is standing next to her crush before actually looking at herself.
23. A girl's ex-crush will always be in her memory, but the guy she loves now stays in her heart.
24. Girls love having fun!
25. A simple 'Hi' can brighten a girl's day.
26. A girl's best friends usually know best what she is feeling and going through.
27. Girls hate it when a guy pays attention to them just to get close to their 'prettier' friend.
28. Love means devotion, caring and happiness to a girl, in that order.
29. Some girls care about looks, some care about brains, but ALL girls want a guy who will love and care for them.
30. Girls want nothing more than to feel loved.
12 Ways To Know That You Love Someone
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 08:35:00 AM 0 EDITOR COMPLAINING
TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.
ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.
TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.
NINE:
You smile when you hear his/her voice.
EIGHT:
When you look at him/her,you do not see other people around you.You see only him/her.
SIX:
He/She is everything you want to think.
FIVE:
You realise that you smile every time you look at him/her.
FOUR:
You would do anything to see him/her.
THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.
TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number 7 is missing.
ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.
NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST.......
Dating tips for guys....
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 08:08:00 AM 0 EDITOR COMPLAINING
1. Wear the right kind of after-shave lotion or perfume. But remember, not too much, not too less!
2. Though you would like her to think of you as a toughie so she feels protected in your presence. This particular attitude puts off a lot of girls. Most of the times guys are so consumed with acting macho that makes girls think you are not sensitive enough! So, take it easy!
3. Most of the men don't think they have to pay attention to the way they dress. Well...you may not want to apply make-up though some guys do but that doesn't mean you land up on your date just like that! Remember to shave and a neat haircut should make you presentable. C'mon ...all you guys want your partners to look their best so why not look presentable yourself. She wouldn't like going out with a shabbily dressed date herself, right?
4. Remember to complement your date. But it should be genuine! It could be her hair, her smile, her outfit, her lipstick, her sense of humor... or just about anything! After all she's YOUR date! There's definitely something about this girl or you wouldn't be dating her in the first place, right?
5. Say their names every time you speak to them. It does make a person feel important. Having a pet name for them thought by you after a few dates together is a nice idea. It will make them feel special!
Kesah bonar dari nogori semilan
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 07:54:00 AM 0 EDITOR COMPLAINING
NAJIS KOCIK...NAJIS BOSAR Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita. Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :- a) Cuba Mengucap b) Apa rukun dan fardunya. Berpeluh juga BEB. Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum... Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian. |
Ps ; Orang Nogori Jgn marah yo citer nie cumo suka2 jo...
Lewat Sebulan
SOSCOD PROGRAM BY :: Unknown AT 10/20/2008 07:44:00 AM 0 EDITOR COMPLAININGSepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye...ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
???????????? ???????.. .......... ......... .
Popular Posts
-
You’ve seen these famous logos countless times, but have you seen the hidden images and messages within them? There’s more to brand designs...
-
Apakah Glosari? atau bahasa omputehnye Glossasry. Sebutan ~ /ˈgläsərē/ /ˈglô-/ glossaries, plural Glosari bermaksud senarai abjad ...
Total Pageviews
My Blog List
-
Makan Kenduri Dalam Talam - Hidangan kenduri bertalam Masa kecik2 dulu, merasa makan kenduri yang dihidangkan dalam talam. Kemeriahan itu sangat terasa. Seronok. Kenduri dulu2, leti...1 month ago
-
-
Legenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia - Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah p...8 years ago
-
Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...8 years ago
-
Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com11 years ago
-
THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...11 years ago
-
Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...13 years ago