THE COCOON ™: Mar 20, 2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 March 2012

TBS - Cinta Bandar Tasik Selatan hahahaha

0 EDITOR COMPLAINING
 

Huaa aku masih lagi kat kampung. 3 minggu kat kat Rawang neh. Penangan sakit dan juga pasal nenek aku meninggal tu. Ok semalam aku pegi la anta adik pompuan aku yang num 3 neh. Dari Bukit Beruntung ni aku drive je sampai ke bandar Rawang, pastu naik Komuter pegi ke Bandar Tasik Selatan nak pegi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Agak bosan gak sebab ada la dalam sejam perjalanan pergi. Aku pegi waktu tu dalam pukul 8 malam kot. Adik aku nak balik Pulau Tioman, tapi dia nak pegi Melaka dulu sebab adik aku yang pompuan, num 2 kije kat sana. Dia nak tumpang tido pastu keesokkan harinya baru la dari Melaka pergi ke Mersing. Jauh berjalan yek. hehehe

Pengalaman aku kat stesen bas besar-besar ni cuma la kat Shahab Perdana, Larkin, Kota Bahru, Bukit Jalil dengan Pudu dan seriously memang aku tak brape suka. Seksa woo nak pegi kat stesen tu sebab banyak sangat la ulat tiket. Yang tu la aku paling tak suka kalau nak pergi stesen bas neh. Zaman aku naik bas ni waktu aku sekolah dulu-dulu la. Travel dengan bas memang best tapi penat. Tapi bila aku jejak je kaki kat TBS ni wow memang cantik sungguh. Sebelum ni tengok kat tv je la dan memang tak pernah jejak pon.

Masuk je dalam TBS ni, memang serba serbi nampak molek, cantik, bersih dan ala-ala canggih sket la. Betol la sebijik macam kat airport. Lepas tu takde sesak sangat, ada polis lagi tunggu kat pintu masuk nak ke bas. Hanya pemegang tiket saje yg boleh masuk. Hehehe tapi kira ok la macam ni. Aku lagi suka nak berurusan ape-ape pon kalau macam ni kan. Kalau nak flashback balik waktu kat pudu tu, serius takleh nak kata pe. Dengan panas, ramai orang, ulat tiket sana sini. Nak beli tiket pon tak tenang kan.

Aku pegi malam tu pon kejap je. Sampai dalam pukul 9 pastu beli tiket, pukul 10 adik aku dah gerak balik Melaka. Sampai la dalam pukul 1 pagi gitu. Alhamdulillah selamat sampai. Tapi bagi aku tu memang pengalaman yang menarik. Sebab pe menarik, sebab skang ni balik kampung ke, pegi mana-mana ke, naik kereta je. Dah jarang nak jejak naik bas. Paling kurang pon aku naik train JB ke Tanjung Malim. Lagi senang kot. Heheheh servis memang terbaik lah...
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here