THE COCOON ™: Nov 1, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

01 November 2011

::Pakcik Menang MOTO::eqbalzack.com::

4 EDITOR COMPLAINING
Alhamdulillah... akhirnya. Memang aku tak sangka boleh menang. Sebelum ni aku duk blogging ikut suka ati je, bila dah ketandusan idea, aku cuba untuk masuk contest. Bukan niat untuk menang tapi sekadar nak kembangkan otak dalam mencari idea yang baru. Bagi aku, ini adalah contest pertama yang aku masuk dan memang tak sangka jugak berpeluang menang.(aku ada mimpi yg aku menang contest umarfaruq hahahaha)

Terkejut jugak bila author eqbalzack.com text bagitahu yang aku adalah salah seorang pemenang. Tapi aku tak sangka pulak menang di tempat pertama. Gemuruh? Memang gemuruh sebab hasil tulisan dan pendapat aku yang tak seberapa ni menarik minat juri dan ni jugak telah menaikkan semangat aku untuk lebih berkarya. Cuba untuk memberi kelainan. RARE is special, and it's not about being freak to the eye of beholder. Yang penting, kena percaya pada diri. Memang kalah menang adat bertanding tapi niat aku cuma untuk menguji kemampuan diri aku sendiri. Tahniah jugak buat peserta yang lain. Entry derang pon memang bagus semua. Jom tengok kat SINI

Kesimpulan dari hasil tulisan aku sendiri, aku bukan nak jadi blogger kaya atau blogger yang ada income masuk setiap bulan, aku cuma nak menjadi seorang penulis yang berada didalam jalan aku sendiri dan didalam dunia aku sendiri. Sebab itulah aku namakan THE COCOON. Penulisan didalam kepompong aku sendiri tanpa duduk dibawah tempurung, tanpa ada anasir-anasir yang tak elok dan sebagainya. Tak mencari SEO, tak mencari aku follow kau, kau follow aku dan takde amik port pon blogger tu famous macam mana pon. Kalau nak jadikan blogging sebagai kerjaya, buat la blog ni macam tempat kerja kita. Our own WorkStation. Ni tempat aku beriadah, bukan tempat bekerja. hahahaha jadi penulisan pon gaya santai.

Akhir sekali, terima kasih kepada Author eqbalzack.com sebab menganjurkan contest yang agak lain dari yang lain, dan terima kasih untuk kemenangan ni. Kalau tak banyak blogger dalam Malaysia ni, mungkin aku pon tak tahu macam mana nak cerita dari sudut pandangan aku terhadap dunia blog di Malaysia. Insya allah kalau takde aral melintang, nak mencuba jugak contest yang kedua.

FootNote ~ Nama Pena = Wan AdLiE. hahahahha kan semua penulis ada nama pena sendiri kan. hehe
Read more

::Bunga Poppies Pada Jersi::Premier League::

2 EDITOR COMPLAINING
Semenjak dua menjak ni, kalau korang tengok bola, mesti korang ada perasan menantang apa yang ada pada jersi derang semua ni. Aku pon ada jugak mencari-cari sebab sebelum ni memang tak perasan pasal tu. Tetiba semua jersi ada. Pada pendapat aku, mesti derang ni tengah support cause apa-apa kot. Kalau korang nak tahu bunga pada gamba di atas dan pada jersi ni adalah bunga poppy. Bukan flop poppy. heheh

Remembrance Day (juga dikenali sebagai Hari Poppy, Hari Gencatan Senjata atau Hari Veteran) adalah hari untuk negara-negara Komanwel bagi mengingati  angkatan tentera mereka yang telah meninggal dunia atau terkorban yang telah bertugas sejak Perang Dunia I.

11 November untuk mengingati penghujung dan penamat Perang Dunia I pada tarikh tersebut pada tahun 1918 secara rasmi dan permusuhan secara rasmi berakhir "pada jam ke-11 hari ke-11 bulan ke-11" 1918 dengan termeterainya Gencatan Senjata Jerman ("pada jam ke-11" merujuk kepada kelulusan jam ke-11, atau 11:00 pagi)

Popi merah telah menjadi lambang pada hari Remembrance Day kerana ia di petik dari sajak In Flanders Fields. Popi ini berkembang di beberapa medan pertempuran terburuk dari Flanders dalam Perang Dunia I, warna yang merah sebagai simbolik untuk darah yang tumpah dalam medan perang.

Jadi kat sini terjawab sudah persoalan aku, kenapa bila aku tengok Premier League, semua jersi team bolasepak ada benda ni tak terkecuali dengan pengurus dan jurulatihnya sekali. Kalau tak silap aku, ada 3 pasukan bolasepak yang tak support benda ni. Tapi aku dah tak ingat pulak. Ada sebab derang tak sokong dan ada sebab derang sokong. Bukan aku nak menjadikan benda ni satu ikutan tapi mengenali budaya orang lain bagi aku adalah untuk menambah ilmu pengetahuan kita supaya otak kita berkembang. Jangan duduk bawah tempurung je. Pikir diluar kawasan kotak penalti sikit. Bukan tak boleh kan? Ini tidak, sikit-sikit semua nak konspirasi itu la, ini la. Duk pikir teruk-teruk pon, amal ibadat kita tu dah setakat mana ntah. Tak amik tahu ke? hahahaha aku dah mula nak melalut.
Lagi satu, ada sesetengah kelab bolasepak jugak menganjurkan bid yang tertinggi untuk baju yang di pakai sempena Poppies Days ni dan duit yang derang dapat, derang akan sumbangkan pada kebajikan. Kira macam baju Limited Edition la ni kan. Pastu selain dari bolasepak, ada jugak sukan-sukan lain yang amik bahagian dalam menyampaikan hari Poppies Days ni. Apapon.. sekadar infomasi yang aku nak kongsi dengan kengkawan. Harap sudi follow dan komen. Terima Kasih.

FootNote ~ Kalau kat Malaysia, kitaorang panggil Hari Pahlawan. Ingat tuuuuu!
Read more

::ICELAND Reader::

0 EDITOR COMPLAINING
Someone had mention to me about antarctic reader maybe read my blog... and .. wow... really surprise. haha As far as you can go. Without taking the flight, ferry or boat, you can still make the journey to the center of the earth really makes me surprise yaw..

FootNote ~ If it this good for you, then it's good for me too. Thank you.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here