THE COCOON ™: Feb 12, 2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

12 February 2012

It's FINGER Licking GooooD

2 EDITOR COMPLAINING
Oh yeah baru je selesai pasal pekerja KFC yang lap minyak tumpah dah perah balik masuk kat tempat masak tu dan ayam goreng KFC perasa tapak kasut dan keluar pasal kes bergaduh antara pelanggan dan pekerja KFC. Mesti ada je masalah yang ditimbulkan tapi takkan kita nak tuding-tuding jari je kan.

Bila moto "Costumer Always Right" yang menjadi pegangan maka pekerja-pekerja pon akan rasa tertindas la gak sebab nak memuaskan hati pelanggan. Untuk yang dah penah kerja nak kena hadap banyak pelanggan memang serious aku cakap nak kena marah ke ape ke, derang akan cakap pelanggan selalu betol. Memang pelanggan tu ada macam-macam karenah. Bagi aku pelanggan tu tak patut sebenarnya cakap gitu. Kena faham kondisi orang yang serve kita tu dan bagi pekerja tu pulak, bergaduh ke, maki hamun ke bukanlah penyelesaian kepada perangai pelanggan yang macam tu. 

Aku rasa mungkin pekerja KFC tu dah stress kerja kot. Orang ramai nak, stok pulak dah takde. Macam mana nak penuhi keperluan pelanggan macam tu kan? Tu satu hal lak kan. Derang nk kena masuk kursus kot macam mana nak bersabar ke ape. 

SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Aku tahu ada tempat yang tak macam tu dan tak semua pon macam tu. Sebilangan tempat saje. Untuk yang bekerja dengan rangkaian perniagaan yang besar ni, memang akan busuk la nama baik syarikat tu. Tapi kita ni jangan la nak sama kan semua tempat macam tu. Pikir sama yang derang kerja cari rezeki. Waktu kes ayam KFC tapak kasut, minyak masak yang kena perah masuk balik tu memang aku tak pergi KFC untuk jangka masa yang lama gak tapi lepas tu aku pergi gak makan. Kalau benda yang aku makan tu kotor tanpa pengetahuan aku pon, tu antara orang yang masak dengan tuhan je la. Tak pon kita boleh cakap, BUAT BAIK DI BALAS BAIK, BUAT JAHAT DI BALAS JAHAT. Nak lari ke mana kan? heheh KARMA

KFC pon kena banyak hantar pekerja di pegi kursus ape-ape ke yang boleh buat derang berbudi bahasa sikit dan kita sebagai pelanggan pon jangan main ikut sedap kepala kita je sebab kita pelanggan. Nak demand macam raja memang takleh blah la. Nanti kena kat batang hidung sendiri... baru tauuuu hahaha

FootNote ~ Penah kije fastfood tapi takde lagi jumpa pelanggan gitu, penah kije retail dan mmg banyak jumpa pelanggan yang kurang ajar tak reti sabar. peace yow
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here