THE COCOON ™: 01/01/2011 - 02/01/2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 January 2011

Saya Selesema Cikgu.....pastu mimpi pulak

0 EDITOR COMPLAINING
        Bersin, selesema, pastu meleleh leleh macam lagi lentok tangkap leleh. dah la lentok pastu leleh pulak.. abissssss

Dah brape hari aku tak update blog? lost count actually. Ada masa aku nak kemaskini blog ni, terus je aku buat tanpa mempedulikan keadaan alam maya neh. hehehe. Cerita yang aku nak kongsi dengan kengkawan seantero semua ialah, aku deman dan selesema. Rasanya dah masuk 3 hari kot. Memang terseka jugak la kalau demam attach dengan selesema ni. nak bergerak tu maklum la yek. semalam aku dengan telan ubat Uphamol 500 kot, aku mintak ubat soluble tapi dia bagi Uphamol lak, hentam je ar telan, kendian terus selimut tebal-tebal dalam bilik biar kasi mandi wap sket... ada la dalam 2 jam kot aku duk kukus diri aku ni dalam bilik. nak sembuh punya pasal la neh.

 Semalam pulak, pukul 4 pagi aku terjaga sebab mimpi ngeri. pasal mimpi tu aku tak payah cerita la sebab ntah hehehe.. kebetulan lak baru nak layan mata lelap, lektrik lak takde. adoi... pe lagi aku berjaga la sampai ke pagi sebab panas dan nyamuk. Matahari naik je, dalam kul 8, terus la cover balik 3 jam aku berjaga tu hahahhaa.. bley gitu?

kepala pon dah berat nak taip ni, otak tiba-tiba jadi tepu lak, so lain kali kita story mory lagi yek.
Read more

20 January 2011

2011 new posting in a new year

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat pagi semua,

Tetiba lepas posting, aku terasa nak wat posting lagi. Macam nak buat satu kesimpulan dalam tahun-tahun yang tak berapa lama jugak bagi aku yang memasuki dunia blogging neh. Bila aku tengok posting yang aku dah buat, tak sangka, dah masuk tahun ke 4 aku kat dalam dunia blogging ni, tapi macam takde improvement apa-apa kot. Orang lain blogging buat duit tapi aku blogging tak mendatangkan duit sangat pada aku, tapi aku mula blogging ni sebab sekadar suka-suka, minat. tak banyak pon cerita yang aku nak share taip aku share pe yang aku lalui dalam life aku. itu saje.

Kadang-kadang, aku dapat la sikit-sikit buat review posting untuk apa-apa je di atas permintaan gak, ada merapu, ada yang tak, so kalau di tengok-tengok balik, tak pasti la aku ada buat apa-apa kemaajuan ke tak setakat ni. Kepada yang terasa hati ke pe, aku nak mintak maaf la kan. Manusia memang selalu bertindak dulu baru berpikir..lumrah alam la katakan tapi pe yang aku taip ke pe, tu la kebenaran.

Tahun 2010 ni banyak kenangan gak bagi aku tapi tu lah, Manusia Kena Jalan Dan Pandang Ke Hadapan, Bukan Ke Belakang. Itu la kata-kata yang aku ingat tapi sampai skang, aku cuba tengok ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.Perit di masa lepas tu terbawa-bawa sampai ke masa sekarang dan terus ke masa hadapan kita. Dengan kedatangan tahun baru ni, di harap ada la perubahan kalau tak dapat buat banyak, buat sikit pon jadi la daripada kita tak buat apa-apa langsung kan.

so tepuk dada, tanya selera masing-masing yek hehehe
Read more

Tanjung Malim -> Bukit Sentosa -> Tanjung Malim

0 EDITOR COMPLAINING
Salam dan selamat pagi kepada semua penghuni alam..

Hari ni kat tempat aku dah cuti Taipusam. er.. betul tak aku eja neh. hehe kira betul je. Lenguh betol badan aku ni lepas bangun tido, yela tido atas tilam nipis je, nak kena amik tilam tebal gak neh. Celik je mata tadi terus aku naik atas, basuh baju yang aku rendam semalam dalam mesin basuh. Dah 2-3 kali pusing, tuka air suma, baru la terus aku keringkan dan sidai kat luar.

Bulan ni, parent aku pindah dan aku pon pindah gak. akiu pindah dari JB ke Bukit Sentosa, parent aku lak pindah dari Tanjung Malim ke Bukit Sentosa, so dalam bulan ni memang berangkut barang la aku. Cuba nak pecahkan rekod.. heheh bawak barang-barang dalam rumah bawak dengan Hilux je. hahaha..time malam je bawak je barang yang tinggi. senang sket. Kalau siang hari ni, bawak barang yang tak tinggi. Skang kat rumah sana tinggal barang yang besar-besar dan dah tinggal sket je. huhuuh memang serius penat tapi takpe, orang tua punya pasal. 

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri aku neh, aku nak bagi tahu yang aku dah menetap dan berpindah ke Bukit Sentosa, hehhe baru sangat-sangat. Maaf la kalau tak sempat maklum yek. Macam mana dengan sambutan Tahun Baru korang? hahaha dah hujung bulan, baru nak tanya pasal Tahun Baru hehehe... lambat tol aku neh

So pagi ni sarapan pe korang suma? aku ni tak sarapan pepun lagi. celik mata, pegi tengok baju, basuh baju, pastu dengar Hitz.fm sambil melayan blog dan email. hehehe. Kira sarapan tengah hari terus la ni aku neh hahaha...pe pon nanti aku update lagi yek. dah lama gak aku tak update untuk tahun baru ni. aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Selamat Tahun Baru 2011, dan selamat dalam segala-galanya
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here