THE COCOON ™: Jun 2, 2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

02 June 2010

Teringat zaman study @ Cosmopoint.

0 EDITOR COMPLAINING
salam semua.., to my blog n to myself.


tetiba aku dah flash back lak waktu zaman aku study kat cosmopoint dulu. tahun 2003-2005. pengalaman yang banyak mengajar aku erti susah senang, persahabatan, dan sebagainya la kan. memula aku jejak kaki kat rumah sewa baru aku tu, yelah.. lepas register semua, derang bagi la hostel atau rumah sewa. so aku dapat la serumah dengan senior-senior neh yang aku tengok memang otai la macam amir, fendy, wazi, kamal dan ramai lagi yang aku tak sebut nama tapi aku ingat kat korang. kat situ la aku kenal skateboarding, gig, jamming, dreadlock dan macam-macam lagi la.

kat rumah tu gak la yang mengajar aku susah senang nak hidup sendiri. kalau silap langkah maksudnya result untuk jadi diri kita sebenar pon mesti la negatif kan. mana yang hanyut tu.. memang hanyut lah. kalau yang boleh bertahan, dapat la jadi manusia dari tak jadi pe langsung.
satu part yang aku ingat dimana aku kongsi nasi bungkus. beli nasi , kuah n ikan goreng kot. pastu kongsi 3 orang makan. duit sape aku tak ingat la yang beli nasi tu, tapi aku ni salah sorang yang share makanan tu dengan derang la. pastu kalau ada duit sket ke kan, time nak makan, suma orang makan sepesennn je. nasi putih, telur dadar dengan sup kosong siap sambal belacan kot kalau tak silap.. hari-hari duk mengadap makan tuuuu je la.

hampir-hampir la aku nak give up dalam study aku dulu sebab kebetulan hari tu ayah aku masuk hospital, operation kena prostat. lama gak la. aku dgn adik beradik aku, my mom bergilir-gilir la jaga ayah aku kat hospital neh. tapi heheh ayah aku tak suka kalau aku yang jaga sebab aku garang. heheeheh.. adoi..
sebut pasal ayah aku.. hurmmm.. memang aku teringat sangat kat ayah aku. kadang2 aku macam flashback balik. ishh.. kalau dah banyak flashback ni, macam nak menunggu mati je kan.. aku teringat susah payah ayah aku tu., ada part aku dgn ayah aku memang tak brape sependapat sangat. aku lebih suka mintak pendapat umi. hehehe tu lagi bagus. bila aku teringat kat abah, aku jadi macam sedih pon ada. rasa macam aku ada banyak buat salah, dan aku memang banyak sangat buat salah. maafkan along, abah, umi. manalah tahu kalau2 along tak sempat jumpa umi dengan abah kan. kat sini je jadi catatan memori.

dah brape hari memang aku tergerak hati macam nak jumpa derang. tapi tengah plan-plan gak neh. tapi dengan kerja yang macam pe je. mungkin lambat sket.

berbalik kepada kisah aku kat rumah sewa tu atau hostel. aku dengn kengkawan senior aku tu pon pernah gak kena halau kuar dari rumah tu. abis barang-barang dalam rumah tu pihak pengurusan bungkus dengan plastik sampah. hahahaha bayangkan la malam tu takde tempat nak merempat tido, bawak plastik sampai yg berisi baju2 n buku2, dah macam orang mintak sedekah je. aku pon terus la cari sape2 yang ada rumah sewa nak bagi join kan. tapi malam tu memang la merempat tepi jalan aku. pening kepala nak cari rumah. tapi nasib memang menyebelahi aku la. ada gak yg dah adjust rumah sewa, so esok tu aku terus letak barang kat rumah sewa baru aku neh.
karenah kat rumah sewa baru ni lain sket lak. masing-masing macam buat hal sendiri je. takde la ramai orang setakat 3 orang je serumah. sorang sebilik. 2 orang budak IT dan aku sorang budak Multimedia.. tapi sorg tu kawan aku, n sorang lagi tu tuan yang punya bayar sewa. hehehe tapi aku respek la dia neh. best. nampak slow gitu tapi mak aiiii layan pon lagi hebat. otaimer la kan. hahahah

tu la salah satu kisah yang tak seberapa sangat. tetiba la ada orang yang buat aku teringatkan pasal zaman susah senang aku neh. thanks yek. hehehe pepon all take care.
Read more

Get it easyyyyy guys..

0 EDITOR COMPLAINING
salam n nite to all,

     first of all, skang dah pukul 1.34 pagi dan aku masih duk melayan faceook, dok mendunlod movie dan lagu-lagu. so aku ucap la selamat pagi eh. hari kije ok je la. lagi pon dalam 2-3 hari ni badan pon semacam je. nak demam pon ada, batuk-batuk sket, selesema sket. teringat kat parent aku ni kot. memang ada merancang gak ingat nak balik kampung barang sehari dua ke kan. lagi pon adik-adik aku suma dah balik duduk kat kampung, yang abis belajar, yang berenti kija n yang dah bekerja. suma dah duduk kat kampung. happening gak ni kalau aku ada, tapi cuma aku sorang je yang takde kat situ.. adoiiiii hahahha

 so jadual kija aku untuk bulan ni dah dapat, kena pegi stocktake kat skudai, pastu 15hb dengan 30hb kena pergi training lak kat plentong, pastu tarikh2 penting stoktake GCH southern region pulak start bulan depan. tiap-tiap bukan ada stocktake kat outlate lain. hehehe kira ok la tu. tapi dalam masa yang sama aku terpikir gak pasal resign ni. yelah kije teruk-teruk tapi gaji ciput je. sape yang nak kan? ot lak tak bayar. so suma yang kije kat situ aku tengok memang balik on time la.

   berbanding dengan kerja aku yang sebelum ni, pon ok. nyesal berenti pon ada gak, nak masuk balik lagi tebal muka la kan. heheheh kije dengan jepun ni memang lain sket. budaya kerja kat jepun , kalau balik awal tu malas la. kalau balik lewat baru pekerja yang rajin. heheh tapi kalau takde kije watpe nak lepak sampai lewat-lewat kat opis kan. tu makan gaji buta namanya. hahahhahahhaah. tapi tu la pengalam kije ni kadang-kadang kita boleh guna kalau kija kat tempat baru.

lambat tol la tunggu dunlod ni. nasib baik la tenet laju sket. kalau harap guna broadband, memang leh kirim salam la kat tuan page dunlod tu. esok sepatutnya aku offday. semalam dah amik offday. hari ni terpikir pasal mc lak. kalau bangun awal , leh la pegi klinik amik mc. haha tu pon kalau dapat mc, kalau tak dapat, ponteng je terus. ok tak? hahahaha jahat jahat..
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here