THE COCOON ™: Dec 9, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

09 December 2011

Hard Rock Cafe dengan Optimus

2 EDITOR COMPLAINING

Maybe aku dah takde kije sangat sampai nak riak dengan baju yang adik aku bagi hahaha.. serious shit riak dan bangga la konon. Tapi terpulang pada yang nak menilai. Kata orang, sekeping gambar memberi seribu erti. Yeah.. tak jejak tapi dapat baju pon dah kira ok la kan. Entry kali ni sekadar nak merepek dan meraban saje sambil tengok tv. Mata ada 2 biji, oleh itu gunakan sebaiknya la kan. Satu tengok monitor, satu tengok tv. Serentak pulak tu. Nampak sangat aku tipu.
Dah lama tak keluar entry yang merapu. Paling bangsat pon aku duk posting life aku sebagai manusia kat muka bumi ni. Kata Optimus Prime, dia tahu English daripada World Wide Web. Tu yang dia bagitahu masa mula-mula dia turun kat bumi ni. Sam Witwickey yang tanya. Ada kot spesis Cybertronian yang duk melayan blog jugak ni.

Bila lama tak online, bosan sebab takleh nak online, nak mengacau orang ke, nak ber Kampungchat ke atau berforum sesama user. Kalau dah boleh online, sampai satu tahap minda yang tepu, memang aku sedut je memanjang. Cari movie ke, lagu ke atau nak kena cari pasal?Uish.. syukur la dengan nikmat tu weh. Filem kat tv3 pon tak berapa nak menarik minat aku menonton. Bourne Ultimatum kalau tak silap aku yang aku ingat dah brape kali tengok pon tak tahu la.

Jari dah sampai tahap malas nak menaip lagi. Nak berjalan-jalan kat blog orang pon aku dah malas ni. Typical, lame, bullshit semua ada. Lagi bagus aku diam kot dari aku duk ngate orang hahahaha dah dahhh

FootNote ~ Sempat lagi tak aku nak jerit TGI Friday?


Read more

Immortal :: Ulasan Filem

0 EDITOR COMPLAINING

Baru je abis tengok movie Immortals. Kalau korang tengok trailer kat youtube, mesti ada yang cakap macam cite Clash Of The Titans atau 300 je. Bagi aku cerita yang nampak lebih kurang sama je. Effect takde la teruk mana dengan 300, tapi jalan cerita seakan - akan Clash Of The Titans. Nape aku cakap macam tu? Meh aku explain sikit-sikit dari sudut pandangan aku sendiri.
Kalau dalam Clash Of The Titans, tetap ada dewa dewi Greek atau yang paling terkenal sekali, Zeus. Tapi kat Zeus ni ada anak iaitu  Perseus, nak kena lawan Kraken dengan Medusa iaitu perempuan lawa berbadan ular dan rambut pun dari ular. So dia kena la lawan banyak binatang-binatang mitos ni. Kalau dalam Immortals, Theseus ada manusia yang di pilih oleh Zeus untuk melawan King Hyperion yang ganas dan brutal. Kesimpulan aku, kiranya Zeus ni memang banyak la pilih manusia untuk wat kije-kije macam tu. Choose man to do god job. hehehe Hampir sama jalan cerita tapi perkara yang berbeza derang buat.
Ni la dewa dewi Greek
Dalam filem 300, cerita pasal 300 tentera Spartan melawan Persian. Xerxes iaitu orang yang anggap diri dia tu tuhan, nak rakyat Spartan menerima Persian dan Xerxes sebagai tuhan. Macam Firaun jugak kan. labih kurang la. Jangan pikir benda teruk-teruk, pikir pasal cerita ni je. Takde kaitan dengan fakta atau mitos sebab kita berdiskusi dan buat ulasan pasal filem saje. heheh Persamaan dengan filem 300 dan Immortals ni, derang memang lawan dengan askar yang melambak-lambak di pasaran, dan kat effect pulak, memang tak terlawan la kot dengan kesan khas pada 300 yang ada slow motion, percik darah sana sini, kepala putus tu kan tapi dalam filem Immortal, part tu ada sikit-sikit je. Takde teruk sangat macam 300 lagi-lagi bila scene dalam Immortal tu, bahagian dewa-dewi  Greek berlawan dengan Titans. Ada la kesan khas slow motion ala matrix tu.
Keseluruhan bagi aku? Permulaan cerita yang agak lembab sangat. Nak story pasal Epirus Bow iaitu senjata memanah yang dicipta oleh dewa Ares, dan sepatutnya filem ni diberi tajuk Dawn of War atau Wars Of The Gods. Tapi last minit di tukar kepada Immortals tatau pasai pa. Nak bagi bintang? Aku bagi setakat 3 setengah daripada 5 bintang sebab permulaan cerita yang lembab, pastu part lawan-lawan duk last sekali dan memang aku leh expect la macam 300 atau Clash Of The Titans. Sekian. Pegi la tengok kalau nak tau best ke tak. hehehe

FootNote ~ Nampak macam best je Epirus Bow tu sebab tak payah bawak anak panah. Terus tarik dan lepas. hahahhaha
Read more

CONTEST :: Cik Suzlin's FIRST Giveway!

2 EDITOR COMPLAINING
CARA DAN SYARAT PENYERTAAN
[#1]
Follow blog Cik Suzlin
[here and here]

[#2]
Buat satu entry bertajuk "Cik Suzlin's FIRST Giveway!" beserta banner di atas dan link kan ke entry ni.
Jangan lupa selitkan sekali kat dalam entry, makanan kegemaran
Kalau nak bubuh resepi sekali pun boleh.

Makanan Kegemaran : Spaghetti Meatballs

BAHAN-BAHAN:
Spaghetti 1 paket
Meatballs / Daging Cincang (Boleh digunakan untuk buat meatball)
Button Mushroom (di potong 4)
Green Peas
Parmesan Cheese (di parut)


UNTUK SOS ATAU KUAH :
1 Biji Tomato di potong dadu
5 sudu besar Sos cili
5 sudu besar Sos Tomato
1 tin Tomato Puree (kecik)
4 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi 
Sos Prego (Optional)

Cara-cara menyediakan Spaghetti :
Didihkan air didalam periuk. Tambahkan sedikit garam kat dalam air. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti dan tunggu sehingga lembut. Untuk mengetahui spaghetti dah lembut atau tak, cuba putuskan dengan jari. Kalau susah maksudnya tak masak lagi. Kalau dah masak, angkat dan terus tos kan.

Cara-cara menyediakan sos / kuah spaghetti : 
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu minyak masak. Tumis bawang putih sampai wangi kemudian masukkan tomato yang sudah di potong. Masak sehingga tomato lembik. Amik air yang ada didalam tin green peas dan Button Mushroom, kacau hingga sebati dan tomato tersebut hancur. Skang leh masukkan kacang hijau dan cendawan butang. Selepas tu masukkan lak tomato puree, sos cili, sos tomato dan cili padi. Kacau hingga sebati . Dah selesai semua tu, masukkan meatball. Kacau sikit kemudian tutup. Tunggu hingga mendidih. Kalau Meatball tu dah timbul, tu tandanya dah masak.

Cadangan Hidangan :
Bila menghidang, taburkan Parmesan Cheese kat atas, ala-ala topping gitu dan sedikit daun pudina  atau yang korang rasa sesuai. Bagi nampak cantik dan sedap dimakan. Nak makan macam laksa pon bolehhhh

[#3]
Share entry ni kat Facebook and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.

ATAU

Share entry ni kat Twitter and tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan.


[#4]
Tinggalkan link entry dekat kotak komen dan jangan lupa sertakan Facebook ID dengan Twitter URL


[#5]
Tarikh Tutup 12/01/12. Pemenang akan dipilih menggunakan Random.org.



FootNote ~ Masuk je. Bagi support kat kengkawan blog yang nak memulakan buat contest. hehe asyik masuk contest je kan. By the way cik suzlin, sy dapat gak Hada Labo punya product tu hihihihih tapi wat simpan je la hahahha
Read more

BLOG = REMOVE Unwanted BLOG

0 EDITOR COMPLAINING

Mungkin korang ada terpikir nak buang blog sape-sape dari bloglist korang sebab dah malas membaca ke atau tak suka nak baca blog dia ke atau pon sebab blog dia tak aktif, so korang pon nak buang dari duk menyemakkan list korang kan. Kalau korang google atau perasan, ada banyak cara yang boleh kita buat tapi ada sesetengahnya tak menjadi. Bug ke tu?


Dari antaramuka Blogger Dashboard tu sendiri kita leh tengok, cara untuk kita buang blog yang kita dah taknak. Antaranya ialah melalui butang Manage kalau kita boleh setup kat tempat Follower dengan memilih option Stop Following This Site . Ketiga-tiga ni aku dah cuba dan aku dah tengok kat google help. Tapi banyak komen mengatakan cara ni tak berkesan. Disebabkan aku ada gak blog yang aku dah cuba nak buang dan tak boleh buang, jadi aku cari gak cara nak buat.

Korang leh cuba buang melalui Google Reader. Macam mana nak cari benda ni? Kedudukan perkataan yang sebaris dengan Add , Manage kat Dashboard interface. Ia ada tertulis View in Google Reader. Bila korang dah klik link tu, dia akan keluar seperti gambar di atas. Senarai blog disebelah kiri, dan isi kandungan atau entry yang terbaru di sebelah kanan. Lalukan cursor disetiap blog list di sebelah kiri, ada macam roll over effect kan. Keluar simbol anak panah kecik kebawah.
Seterusnya klik kan blog yang korang nak buang dari list korang, nanti akan ada keluar drop down menu yang tertera di tepi cursor. Carilah perkataan Unsubscribe . Jangan lupa remove profile kita di widget Follower blog terbabit. Lepas tu baru la kita buat langkah Unsubscibe ni. Takut nanti tak jadi pulak kan.


Bila kita dah klik perkataan atau link Unsubscribe ni, akan keluar satu pop-up windows untuk pengesahan yang kita memang nak berhenti melanggan update dari blog ni, pilih je OK. Selepas tu page ni akan auto refresh, dan korang leh tengok ada ke tak blog yang korang nak buang tu. Kalau rasa tak yakin gak, pegi semula ke Blogger Dashboard interface, lepas tu double check. Dah takde?

Maka dengan ni korang dah berjaya buang blog yang korang taknak dari blog list korang, so takde la dapat tengok update lagi kan dari blog yang korang tak suka ke, tak aktif ke atau blog yang korang nak ignore. Senang kan? aku ni yang sakit otak gak duk pikir macam mana nak buang. hahaha tengok kat blogger helper, suma takleh pakai.Ada gak yang bgtahu buang melalui google reader tapi tak berjaya sebab tak menjadi kot atau salah cara. Alhamdulillah, aku dah menjadi. So takde la serabut sangat kan dengan blog yang tak di kehendaki. Sekian. Sila la komen dan bagi pendapat. heheh terima kasih



FootNote ~ Bug bug bug... kalau takde bug, apa pon takleh nak improve, hatta Firmware sekali pon.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here