THE COCOON ™: Oct 28, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 October 2011

.::Hujan::Semenanjung::.

2 EDITOR COMPLAINING
Wah.. satu hari suntuk, Johor Bahru hujan lebat. Dengan kondisi kesihatan aku yang selesema, batuk dan rasanya nak demam.. memang terbaik jugak la ni. Hari-hari pon hujan jugak. Sejuk jugak bumi ciptaan Tuhan ni kan. Apa aktiviti yang boleh dibuat kalau hujan macam ni? meh meh kita tengok aktiviti dikala hujan.
Kopi dan Semekut (biskut kering)
hahah yeahh skang ni ada lagi ke yang minum kopi dan makan biskut? Sesetangah orang suka makan pisang goreng kot kalau musin hujan ni. Feeling tu lain. Selain daripada kopi, teh o panas ke, nescafe ke kan mesti best kalau dapat pekena time hujan-hujan, duduk dalam rumah sambil menonton sinitron Siluman Ajaib Dengan Anak Kura-Kura Tapioka.
Bantal dan Selimut
Kalau pergi kerja, pastu hujan pulak kan, sejuk segala bagai, bantal, tilam dan selimut duk memanggil manggil je kat rumah. Kalau yang tak tahan godaan, mesti kompom punya akan amik half day. Bertambah lagi kalau kena hari Jumaat. hahahaha lagi kuat rasa nak tido time hujan ni kat rumah kan kan.
Kereta yang basah
hoh? hahaha bagi yang ada kereta, kalau hari-hari hujan, nak basuh kereta ke atau nak anta ke Carwash ke mesti pikir banyak-banyak kali. Nak pegi anta cuci kereta ni semestinya ada timbul niat 50-50 je kan. Silap pergi cuci nanti, hujan pulak, tak cuci kotor lak. Disebabkan hujan sepanjang hari, jalan basah akan memudakan kereta yang baru-baru ni nampak mudah kotor.
Otak Tepu
Yeahh otak tepu... dah sejuk sebab hujan, aktiviti pon jadi perlahan gitu. Production tak berapa nak bagus sangat sebab duk set nak tido, berbungkus dengan selimut sambil menonton movie kat laptop atau depan tv. Tepu sangat bendalir dalam otak tu la gamaknye. Tapi tu yang best.
Takleh cuci baju
ha... bab ni yang lemah ni kan. Nak basuh baju. Disebabkan musin hujan je sepanjang masa so baju yang nak dibasuh akan tinggal bertimbun timbun. Korang guna dobi? Kalau dobi aku tak tahu la. Kali terakhir aku guna dobi waktu tingkatan 1 dulu kat sekolah asrama. hahahah kalau dah duduk umah gini, memang nak basuh banyak-banyak tu takde la, 2 hari sekali ke basuh kan, kalau nak basuh sehelai dua, masuk dalam mesin basuh memang sah rugi air tu bertambah lagi kalau guna mesin basuh fully automatic hahahaha... nak jimat air? basuh je guna tangan kalau sanggup.

Serba sedikit aktiviti di musim hujan. Kalau tempat yang jarang sangat dilanda banjir memang tak risau tapi kalau tempat-tempat yang selalu dilanda banjir kalau hujan tak berhenti ni, sentiasa la beringat nak kemas apa yang patut sebagai persediaan. Mana la tahu kalau tetiba banjir, tapi harap-harap takde la kan dan didoakan semoga semua selamat.

FootNote ~ Kecik-kecik dulu best kalau dapat mandi air hujan. Lari keliling kampung. hahahaha
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

  • Pening, Menggigil, Tak Larat - Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan...
    1 month ago
  • TANDA AWAL STROKE - *PENTING...* *Tanda² kedatangan STROKE* Dalam sebuah majlis keraian, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba² si isteri tersandung & jatuh. Si ist...
    1 year ago
  • おとめ座と牡羊座 - どの占いでも恋愛に纏わるラッキーカラーは「ピンク」です。 ピンクの小物を持っていると自然と恋愛運がUPする効果を持っているのです。 ピンクは恋愛のつよい味方! 風水占いでも開運占いでもピンクには強い恋愛の気が満ちています ... Read more
    9 years ago
  • Muka nak mintak penumbuk - Minggu ni memang minggu untuk orang beratur terima makian aku.Petang ni je aku hampir nak tumbuk muka HR.Sekali-sekala buat perangai jantan kabaret tak sal...
    9 years ago
  • Upcoming Transformers Figure : Fansproject Down Force - Transformers Fansproject Causality CA-09 Car Crash aka Drag Strip source : http://www.tfw2005.com
    12 years ago
  • THE MORNING AFTER - I had a dream that I had committed a hideous crime. Someone was murdered but I knew not who. Neither was I sure the victim was a man or a woman. All I knew...
    12 years ago
  • Solution - Lately, I've been too tired to think about sex. I still think about this blog, just not sex. If my man can't perform in bed because of his crazy workload, ...
    14 years ago

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here