THE COCOON ™: Jul 28, 2013
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

28 July 2013

Suggie, Sugar Glider, Sugar Bear

0 EDITOR COMPLAINING


Ohsem ke, ohyea? hahha mana pon boleh. Baru nak berjinak-jinak dengan SG ni so kura-kura yg di bela dari sebesar syiling 50sen sampai ke besar tapak tangan terpaksa ni legto sebab nak amik pet baru. Memang shiok pulak bila balik kampung hari tu, tengok adik aku yang bongsu dah ada seko, cuma yang dia tu jinak-jinak merpati tapi best sebab seronok tengok SG tu panjat badan n bertapa kat kepala. hahahahah


Untuk minat baru punya pasal, aku pon nekad nak beli sekor SG ni. Kira ok la kot sebab home-breed, pastu dia bagi satu set semua. Ada sangkar, tent, bonding pouch, makanan HPW kot kalau tak silap. Pastu aku ada plak accessories waktu aku bela hamster dulu tu kan. Kira ada part yang boleh recycle la kan. Jimat la sket duit kat situ.



Untuk pengetahuan pembaca, SG ni di beri nama OYAN. hahaha jangan tanya kenapa.Gambar ni di amik dalam tempoh 3 hari dia ada dengan aku. Boleh la jinak-jinak. Yang penting kena la research dulu pasal nak jinak kan, bonding, makanan dia, behavior dia macam mana kan dan tak lupa tip-tip dari orang yang terdahulu ada pengalaman bela SG ni. Alhamdulillah, 3 hari dah boleh jalan-jalan kat badan, boleh tido kat celah ketiak. Paling tak boleh blah bia dia masuk dalam baju aku ikut belakang leher. Kira masuk kat kolar baju tapi belakang leher. hahahah geli tu jangan cakap la. Terjerit-jerit aku tahan geli kalau SG aku ni main kat tengkuk. Meremanggggggg seh


Dan dari hasil pembacaan aku jugak, dengar-dengar binatang exotic ni memang kena ada lesen. RM3.00 untuk seekor. So memang tengah pikir-pikir sikit. Tapi takpe.. untuk mu.. apa saja wahai SG dan lupa aku nak bagitahu, yang ni SG jantan. Nak kasi dia ada karakter aku sket. hehehe nak bela betina tapi aku ingat, kalau dah ok dengan yg ni, baru pikir nak cari partner untuk kawan sorang ni. akhir kata... salam ramadhan dari kami berdua.. hahahaha

Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here