THE COCOON ™: Jan 30, 2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 January 2010

Ustaz 'LEMAS' Dalam Kereta.......

0 EDITOR COMPLAINING
KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan
itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa
kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di
tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan,
sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang
terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer.
“Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
(JAHEAIK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.

Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Moral : SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBUKA AIB SESIAPA!!!!...

TAPI INGIN MENGAJAK ANDA SEMUA MERENUNG KEJADIAN INI SEBAGAI SEMPADAN....

beginilah roda kehidupan.. tiada seorang pun akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup.Semakin tinggi pendakian kita, semakin kencang angin dan badai cubaan yang harus kita harungi..

seperti 'ustaz' diatas... logiknya, dia tahu hukum tahu akibat... namun, gelora hidup tidak semudah lidah menyebut, akhirnya dia kecundang jua. kenapa?

sebab itu kita sering diingatkan, jangan mudah menghukum orang bersalah, asbab kita sendiri tidak tahu, kalau dia seorang yang bersalah akan terus jadi 'hantu' ... mungkin satu hari hantu itu jadi baik.. dan orang yang kita anggap 'dah ada ilmu' mesti /gerenti baik.. juga belum tentu kekal baik..

kalau kita orang marhain.. mungkin setan yang datang menggoda sekadar 'prebet' tapi bagi mereka yang berilmu..sudah barang pasti Setan 'general' yang turun padang menjalankan jarumnya.

Inilah sebabnya kita tidak digalakan dengan mudah menjatuhkan hukuman dan memandang serong kepada orang yang melakukan kesilapan dalam hidup mereka.. benarlah dari segi zahirnya memang mereka bersalah, tapi Allah lebih tahu. Jadi kalau kita memberi komen atau memberi pandangan itu, berilah dengan berpada-pada..jangan sesedap mulut dibuka, fikir..fikir... fikir.. sebelum melontar bicara.

memang kita tak buat perangai begitu, kita mungkin saja 'dah cukup baik'.. tapi mungkin saja kita bakal diuji dengan orang sekeliling kita.., ahli keluarga. sahabat. rakan.. lalu.. mari kita bersihkan hati... muhasabah diri.. mohon agar Allah sentiasa bantu kita bersangka baik dan mendoakan yang baik-baik.. untuk diri kita, keluarga, saudara mara, rakan taulan.. jiran tetangga.. dan semua orang.. semoga dengan doa kita.. Allah akan sentiasa pelihara dan lindungi kita dari sebarang .......tragedi masyarakat...

tepuk dada.. tanya iman..
tepuk kepala.. tanya akal..
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here