THE COCOON ™: Oct 15, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 October 2011

::Maher Zain dan Bolasepak::

5 EDITOR COMPLAINING
Yeahh hari sabtu yang dengan aktiviti santai bersama monitor aku dan talibesen kat dalam bilik ni sambil ditemani oleh Nescafe ais yng baru aku tapau sekejap tadi.

Sebenarnya bukan pasal Maher Zain main bola sepak pon hahaha tapi aku tengah melayan lagu Maher Zain - Allahi Allah Kiya Karo yang aku pasang dari semalam tak tutup pon. Begitu addict nye aku bila mendengar satu satu lagu tu.Bukan satu lagu ni tapi lagu mana-mana yang aku dengar pon kalau sedap didengar oleh halwa telinga maka satu hari suntuk aku duk dengar je la dan kaitannya dengan bola pulak? Yeahhh aku tengah tengok siaran ulangan Jordan membelasah Singapore 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. hahahahha dah brape kali ulang kat channel singapore ni pon aku dah tatau.

Hari sabtu dan ahad memang dah sinonim dengan movie hindustan. Tak tengok pon. Kalau balik kampung ni kompom punya orang tua aku duk melayan hindustan dah neh. Bangun pagi tadi pon dapat Morning Call. kalau tak memang aku tak bangun dah. Mesti melayan kepala aku yang suh tidooo tidooo jangan bangun.. awal lagi neh. peram macam peram buah mempelam. Tunggu sampai masak. hahah Memang kena marah dah dengan umi aku ni kalau bangun lewat.

Sebab dah bangun lewat, sarapan dan surat khabar pon aku dah terlepas. Tadi masak je sardin yang simple-simple. Malas pulak nak wat sambal. Kira fast food jugak la tu. Lagipon aku dah takde hp berkamera dan bergetar, takleh la nak share gamba kat sini. Kalau tak dapat la aku share gamba aku masak beserta dengan kosnya sekali. rm3.40 untuk satu hari makan. hahahaha murah tak?? tapi takde la hari hari aku nak makan sardin. Muakkk.


FootNote ~ Allahi Allah kiya karo, Dukh na kisi ko diya karo, Jo duniya ka malik hai, Naam ussi ka liya karo. Allah hee Allah…(ulang 2 kali beserta korusnya yek)
Read more

::Perutku Main Lagu DanceDutt::

2 EDITOR COMPLAINING
Dah nak dekat pukul 4 pagi? Memang tak sedar dan cepat masa berlalu. Sebenarnya aktiviti hari ni aku abis dah  dengan blogwalking, tinggalkan komen, shout apa apa yang patut. Sekali keluar blog list tengok duk update benda baru. Aku memang suka tengok tajuk dulu pastu baru tengok isi karangan.Tajuk yang tak berapa nak memberangsangkan minda kreatif ni mungkin aku tengok tapi tak tinggal komen kot.

Yep.Perut aku dengan layan lagu Dance Dutt. Aku lapar. Rasanya lepas ni aku boleh terus ke Restoran Mamak yang berdekatan. Nak turun ke dapur aku duk ingat ingat.. ada la biskut kering dengan biskut Tiger. Ais nak nak kena topup. Sekarang aku kena buat kos lepas. Pilihan kedua yang terbaik terpaksa aku lepaskan. Nak pegi restoran mamak ke nak pegi dapur je? Keputusannya lepas ni. hahahah
Alhamdulillah. Bersyukur sangat la aku sekarang. Follower dah cecah 40 orang. hahahaha tak banyak? Ye. Memang tak banyak tapi aku berharap dalam 40 orang yang follow, dapat 10 orang pembaca tegar blog aku ni pon dah kira alhamdulillah. Kalau nak diikutkan.. blog list aku memang banyak. Betol.. tak tipu. Tapi orang tak perasan kot aku follow blog derang. hahahah tapi takpe. Aku ni jenis suka yang membaca sesuatu yang tak memberatkan kepala otak aku. Bacaan ringan dan santai. Itu yang aku selalu dan suka baca dan aku tak suka sesuatu yang mengarut karut. Mengalahkan tukan karut dikir barat. Kalau nak serius masuk debat. Lagi baik. Blog review pon aku suka masuk. Kalau tak review pasal gadjet  ni, review benda-benda erotik hahahhaa mengarut suda.

Bekas air aku yang berkapasiti 700ml dah tinggal 300ml. Air nescafe dalam tu. Tinggal banyak tu je. Kalau aku topup ais, mesti naik ke 1liter terus ni. Disini aku nak mengucapkan selamat berehat kepada kengkawan yang tak bekerja di hari sabtu dan ahad. Gunakan masa yang ada ni dengan sebaik baiknya. Rehat, santai dan enjoy yek. ayuh kitaaaa ..

FootNote ~ Tetiba ada kamera zoom in kat muka aku, pastu aku kena wat muka susupen..terus pergerakan aku jadi slow motion. demit Monolog versi Indonesia... pe kes?
Read more

::What would happen if :: Kalau Aku Dapat Tebuk Bumi neh?

0 EDITOR COMPLAINING
Apa akan jadi kalau aku dapat tebuk Bumi ni sampai tembus ke hujung sana? Hujung mana? hahahha


Walaupun memang mustahil untuk berbuat demikian di bumi, tapi kita boleh buat di bulan. Bulan mempunyai teras yang sejuk dan tak macam teras bumi yang panas gila tuh. Di samping itu, bulan tidak memiliki atmosfera, takde graviti kurang. Kalau kita tebuk bumi ni, sah sah la graviti tu tarik kita masuk terus dalam lubang gila-gila punya la tapi kalau korang wat lubang kat bulan, takdenye jatuh terus dalam lubang tu. Kiranya takde daya geseran yang teruk la berbanding kat bumi ni.. Aisehh macam saintis gilaaaa hahaha

Jadi, aku sedang bayangkan bahawa terowong yang melalui bulan adalah 20 kaki (7 meter) diameter. Jangan tanya aku pasal jisim ke teori itu ini... memang aku tak ingat dan tak tahu hahahah ( tanya cikgu korang. aku bukan cikgu). Aku cuma nak bayangkan, sebab memang berbeza kalau kita duduk kat bulan tu dengan duduk kat bumi. Graviti memang sentiasa tarik sebab tu kita boleh berdiri. Er... macam teori Newton. Apa saja yang ada kat atas, mesti akan ke bawah. hahaha hampess.
Kalau kita gali sedalam mungkin(nape aku rasa macam benda ni ada yang dah buat movie?) terus ke dalam teras bumi, pastu konon-konon la sampai ke hujung sebelah sana tu kan, aku rasa memang seksa sikit sebab tak kira sebelah mana pon kita masuk atau keluar, graviti tu akan buat kita duduk di tengah2. Tapi..... kalau kita buat macam tu kat bulan (seperti yang aku dah sebut.. bulan takde graviti kot) ahh aku dah pening. Ade ke tak eh graviti kat bulan? ada tapi tak seteruk kat bumi kot sebab bumi dengan bulan ni berkaitan. Ape hal aku nak susah cite pasal fizik ni hahaha aku bukan amik fizik pon. Sastera la wehhhh.
Jika aku dah digerudi terowong terus melalui pusat bulan, dan boleh mewujudkan dalam vakum, benda pe yang jatuh ke dalam terowong itu akan sampai ke bahagian lain bulan hanya dalam masa 42 minit! betol keee??? Aku pon dah pening suda. Sekadar nak berangan benda-benda yang aku terpikir tapi tak tahu lak leh complicated gini hahahah

FootNote ~ In case you are wondering, the correct answer is - The moon has gravity just like the earth, only weaker.
Read more

::Aku Yang Inesen::

0 EDITOR COMPLAINING

Bertanya Kepada Ahli Ilmu Jika Tidak Tahu
Allah swt mengajar kita supaya beradab dalam menimba ilmu iaitu kita tidak boleh memandai-mandai menafsirkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, Allah swt menyarankan kita supaya bertanya kepada pakar-pakar ilmu jika kita tidak faham atau tidak tahu tentang sesuatu perkara seperti firmanNya yang bermaksud;
“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya’: 7)

Dari ayat ini dapatlah kita mengambil pelajaran bahawa, jika kita tidak faham sesuatu permasalahan semasa membaca buku, keliru atau ingin kepastian lanjut, maka ketika itu, seharusnya kita bertanya kepada orang yang tahu iaitu pakar-pakar dalam bidang yang dibaca ataupun orang yang tahu permasalahan tersebut.
Anjuran Berkata “Allah lebih mengetahui” (Allahu A’lam)

Salah satu dari tuntutan akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah mengatakan “Allah lebih mengetahui” dalam perkara-perkara yang tidak jelas kepada kita. Inilah tuntutan disiplin ilmu dalam Islam. Kita hanya boleh berkata dalam ruang lingkup yang kita tahu sahaja, sebaliknya jika kita tidak tahu hendaklah kita mengatakan Allahu A’lam (Allah lebih mengetahui) dan berdiam diri dari menambah-nambah perkara yang dia tidak tahu.
Pernah sekali Imam Malik r.h didatangi oleh seorang lelaki untuk bertanya kepadanya tentang empat puluh persoalan. Akan tetapi beliau hanya menjawab empat daripada empat puluh persoalan tersebut. Selebihnya beliau menyatakan “Saya tidak tahu”. Sehingga lelaki yang bertanya itu mengatakan, “Saya datang dari negeri yang jauh dengan tungganganku dan anda hanya mengatakan ‘Saya tidak tahu’
Imam Malik lalu berkata “Naikilah tungganganmu, dan kembalilah ke negeri asalmu dan katakanlah “Saya telah bertanya kepada Malik, dan dia hanya mengatakan “Saya tidak tahu”.
Demikian juga Nabi saw, apabila ditanya sesuatu yang belum diturunkan wahyu kepadanya, beliau akan menunggu sehingga ada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepadanya.
Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati semua itu akan diminta petanggungajawabannya” (Al-Isra’ :36)

Oleh itu, kepada para pembaca. Marilah kita menuntut ilmu terutamanya ilmu berkaitan dengan agama. Yang dikatakan agama itu adalah al-Quran dan As-Sunnah.

Sumber mendapatkan ilmu itu ada pelbagai. Melalui kuliah agama di masjid secara bertalaqi, mendengar mp3 atau pun rakaman video, malah melalui pembacaan. Semua memberi manfaat kepada kita semua.
Usah takut untuk membaca, kerana membaca itu adalah kunci ilmu. Kejayaan sesuatu tamadun adalah kerana tingginya budaya membaca dalam masyarakatnya. Yang penting, kita mestilah mengikuti adab dan disiplin dalam menuntut ilmu.

FootNote ~ Semoga Allah mengampuni kesilapan kita semua atas kejahilan kita yang terdahulu. Semoga bermanfaat. Wallahua’lam.
Read more

::Memahami Erti Konspirasi::Jangan Memandai::

2 EDITOR COMPLAINING

Aku tak suka bermain dengan konspirasi. Cukup la dengan hidup aku ni yang aku cuba nak paham. Aku tak pandai nak tunjuk pandai dan nak memandai mandai dalam perkara yang aku rasa semua benda kita nak kata  itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi lumrah kita sebagai manusia... memang nak pikir benda complicated. Memang saje nak buat susah. Tapi ini sekadar pemahaman. Baca, research dan tanya pada yang lebih pakar atau arif. Itu saje. Selamat menjamu minda.


Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.

Jika anda 'terjebak' ke dalam pencarian jawapan-jawapan kepada misteri atau konspirasi di seluruh dunia ini,anda perlukan 'The Trafficker Code' ini.Ini sebagai panduan sahaja,namun jika anda mempunyai keberanian dan keyakinan serta sedikit pengetahuan yang benar,anda pasti tidak tersesat dalam ribut konspirasi ini.Ini penting,jika tidak anda akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya anda menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.

The Trafficker Code terdiri dari tiga perkara penting.Tiga sahaja.Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru.Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi. Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'alien' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luar biasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand.

Ingat tiga point penting ini.


Jangan tanya aku pasal benda-benda yang aku memang taknak amik. Aku bukan nak tunjuk pandai tapi aku memang tak pandai pon bab-bab nak pecahkan kod rahsia menantang mende alah tu suma. Nak baca.. baca je. hahahahahhahaa


FootNote ~ Jangan tersasar dari landasan. Jalan-jalan cari pasal. Takde pasal mencari pasal. Amik kaw
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here