THE COCOON ™: Sep 21, 2009
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

21 September 2009

Hari Rayaaa semua bagai nak gila... HAhahHAHAhhAhhah

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt...

Hari terakhir puasa..pukul 6 pagi, aku dan ahli keluarga aku semua dengan 2 buah kenderaan kereta wira sebijik dengan Toyota Hilux bergerak dari Tanjung Malim ke Tumpat, Kelantan.

Penat gak meredah highway. banyak gak la pemandangan orang tak puasa ... hahahhaa berenti makan kat RNR sebab musafir... hhahah.. yeke? hahaha ye kot. kitaorang macam biasa la tahan gak puasa tu sampai berbuka puasa di Kota Bahru. Yang paling semput, sampai kat Kuala Krai. Jalan jammed hampir 5 jam gak kat situ. nak tuka ke gear 2 pon tak sempat. sampai macam tu sekali la jammed yang teruk membuatkan sesape yang ada kat tempat aku tu pon sanggup lagi jalan kaki dari tunggu dalam kereta.

dari pukul 6 pagi bertolak.. sampai kat Tumpat pon dalam pukul 10 malam kalau tak silap aku. tu nasib baik tak Jammed kat Jambatan Kota Bahru. kalau tak memang beraya dalam kereta la. heheheh.

Tahun ni dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya... aku tetap tak beli baju raya.. sebabnya baju raya yang tahun-tahun lepas tu ada lagi. so disebabkan taknak membazir.. bukan kedekut lak. hahhaha aku pakai je pe yang ada.. masih ok lagi. bukan sebab jarang guna.. baju melayu yang ada untuk pakai solat pon ada. yan raya tahun lepas tu jarang la usik sebab yang lama dah ada kan. guna je asalkan boleh di pakai. tu cara jimat kot. heheheh

takde aktiviti menarik sangat beraya kat kampung kali ni. dah brape lama aku tak balik.. pon aku dah takleh ingat. nampak sangat la aku ni jarang jumpa nenek aku kan. sepupu sepapat, sedara mara.. dah la tu cam kenal tak kenal je aku dengan sedara mara. hahhaha hampeh gak aku ni.

dulu-dulu punya raya, maksudnya time aku kecik dulu la. memang happening abis gua cakap lu. g beraya rumah orang pon boleh ikut rempuh je. kenal ke tak.. rempuh.. asalkan dapat amik collection duit raya. tak macam adik2 aku skang yang kecik nieh. nak g beraya pon malas. nak ikut orang tua aku je. pastu mula la kalau dah dapat duit raya sikit je. malas nak mengutip hasil pendapatan, macam tu la jadinya.

tapi skang bila dah tua bangka macam ni, mana nak ada duit raya dah kan. heheh berjala pon dah kurang. asyik nak lepak umah, makan sambil layan tengok TALIBESEN. lagiii sodap. balik ke kampung ni ummi aku masak Nasi Dagang je. memang peberet aku ni.. kalau sapo yg pandai masak masakan kelantan ni.. memang dah amik sebahagian dari hati aku la sebab aku mmg suka makan makanan kelantan. hahahah

raya ke 3, pas subuh aku dengan family aku akan gerak balik ke Tanjung Malim, Perak. cuti kija aku sampai 24hb je. tapi aku nak lanjutkan ke 27hb. hhehe tambah 2 hari cuti sendiri. saje ar nak cuti pepanjang. nak kije pon dah takde hati. hik hik.. ntah nape ntah takde hati. sebab malas kot rasanya aku neh. pe la nak jadi neh..

pastu banyak la masalah yang sedang tunggu aku kat Johor Bahru. kena siapkan mental dan fizikal neh. hahahhaa... aku je yang tahu. hhahah

ok ar. dah lewat benar neh. sok dah la malas nak g beraya ni. so kena la tido lewat, pastu bangun lewat.

wassalam







Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here