THE COCOON ™: Nov 12, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

12 November 2011

::EKKKsiDENTE::

2 EDITOR COMPLAINING
Salam musim tengkujuh buat penulis dan pembaca sekalian alam yang disaksikan oleh titisan air hujan melimpah ruah lalu menyemai keperibadian didalam misteri lohong hitam yang belum tentu diketahui baik buruk padahnya untuk membuat keputusan seribu panji alam. Fuhh intro panjang. Disebabkan dengan musim hujan dan jugak titisan air hujan yang tak henti membasahi bumi dari pagi tadi sampai la petang sekarang pon panjang gak aku taip intro ni untuk kali kedua.

Kuar beli surat khabar, tengok berita dan kita telah digemparkan dengan kemalangan yang meragut nyawa di Behrang (susur keluar yang dah dekat dengan kampung aku) dan kalau tak silap aku sebelum ni jugak ada kemalangan yang sama membabitkan penunggang motosikal dimana ia terjadi disubuh hari, kereta yang lalu lalang kat highway situ terus melenyek-lenyek tubuh mangsa sampai daging hancur dan bersepah-sepah di atas jalan raya dan bila hari cerah dan terang benderang, baru orang tahu rupanya ada kemalangan kat situ. Tapi sayang sungguh, hancur badan mangsa sebab digilis dek kereta, lori, 4wd, Subaru, proton, Mitsubishi yang ingat mereka sekadar menggilis bangkai.
Kalau setiap orang dari kita ada kesedaran sivik, mesti kita akan berhati-hati kan? tapi kalau orang yang takde sivik lak melanggar orang yang ada sivik tentang keselamatan ketika memandu tu macam mana pulak? Malang memang tak berbau dan ajal maut tu jugak ditangan tuhan. Tak banyak kejadian kemalangan yang aku dapat saksikan sendiri didepan mata. Antara yang aku ingat sewaktu di kedah (sekolah menengah tahun 1997 gitu) ada kemalangan membabitkan lori hantu (lori yang angkut pasir) dengan motosikal, pon hancur gak badan mangsa kemalangan serta meninggal di tempat kejadian. Yang terbaru? Sewaktu aku di Rawang, melalui jalan highway Cameron Highland berhampiran susur keluar Pulai ape ntah dimana waktu tu aku dalam perjalanan pulang dari Kelantan untuk balik ke Rawang dengan menaiki Toyota Hilux (urusan kerja) aku dapat saksikan tempat kemalangan yang membabitkan kematian 25 pelancong asing didalam bas ekspress (bas pelancong). Jalan kat situ memang la ngeri sebab selekoh yang tajam tu memang sesuai untuk bermain drifting. Kalau tak terkawal bawak kenderaan memang nahas gitu la akan menimpa.

Tu belum lagi kalau korang layan jalan Bukit Fraser yang sempit ya amat sangat. Boleh berselisih side mirror kalau kenderaan by pass to each other dimana memerlukan skill dan tahap sivik dan hati-hati yang tinggi. Tapi kat sini bukan aku nak cerita pasal skill bawak kereta tapi nak cerita pasal kesedaran sivik. Nak mengelakkan dari kejadian gitu. Kesian kat Adun BN tu yang berenti nak tolong orang, last-last nyawa dia pon turut melayang. Kesedaran sivik arwah sebab nak tolong orang yang eksiden.

Pesan aku kat sini, musim hujan ni kalau korang drive ke ape, bawak la leklok sebab kalau bawak laju, nak brek.. kompom la kereta akan terlajak dalam 10-20 meter dari tempat korang tekan brek tu. Kalau motor? memang sah akan jatuh dan terseret. Jadi hati-hati yek

FootNote ~ Baru baca suratkhabar pukul 4 tadi. Puuuiiiihhhh hahahaha
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here