THE COCOON ™: Sep 8, 2008
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 September 2008

Mamak oh mamakk

0 EDITOR COMPLAINING
Assalamualaikum. ..
semoga berhati2 dengan kedai mamak yang kita masuk...cerita ni saya dapat dari salah seorang kawan saya..
Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu 'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya, Senawang . Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-
Frank : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
F : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
F : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking... )
F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."
Pendekkan insiden perbualan sampai sini...
Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4 kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun (langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol dia gabrah...
Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah, buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya, pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).
So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah forward to some of you earlier.
Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada, berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.
Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan. Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan makanan kita.
Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan tu suroh dia mengucap tengok!
Read more

serba sedikit perkembangan semasa...

0 EDITOR COMPLAINING

Salam Ramadhan Buat Semua ....


Semoga rakan2 semua dapat menjalankan ibadat puasa dengan sempurna
di bulan yang mulia ini. Sama2lah kita berdoa agar ibadat kita diterima Allah
SWT yang maha mengetahui.


16 September 2008 ... Ramai yang tertunggu2 akan menjelangnya tarikh ini dikalangan rakyat semua.
Bagi aku, ia tidak ada apa2 beza dengan 8 September, 9 September atau tarikh2 yang lain. Ditakdirkan 31 Ahli Parlimen BN melompat ke Pakatan Rakyat pada 15 September, tidak bermakna DSAI akan menjadi PM pada 16 September. Ia tidak semudah yang disangka untuk menubuhkan kerajaan baru. Ia juga tidak semudah itu untuk melantik DSAI sebagai Perdana menteri yang baru. 




Mereka terlebih dahulu kena melalui beberapa proses dewan rakyat sebelum kerajaan baru ditubuhkan. Salah satunya yang perlu dilalui dahulu ialah mengusulkan "Proses Undi Tidak Percaya" terhadap Perdana Menteri sedia ada. Setelah usul diterima, dan ditakdirkan "Undi Tidak Percaya" itu berjaya, maka bermulalah satu lagi proses iaitu memilih seorang PerdanaMenteri baru dari kalangan ahli dewan itu sendiri. Sesiapa saja yang dipilih mesti mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan ini bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Memang betul diatas kertas, DSAI akan menjadi pilihan tetapi belum tentu dia akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan. 


Ini adalah politik dan akan terus jadi mainan dikalangan ahli2 politik itu sendiri walaupun mereka berada didalam satu pakatan atau gabungan. Setelah itu, seperti yang tertulis dibawah, ia mesti mendapat pekenan Yang Di Pertuan Agung. Walaupun didalam keadaan "biasa", Yang Di Pertuan Agung akan terus memberi pekenannya tetapi didalam keadaan yang agak "luar biasa", kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Bila keadaan "ketidakpastian" ini berlaku, kita lihatlahlah bagaimana ahli2 politik dari semua parti, dari semua kaum akan mula mencari "pasangan2 yang sesuai" buat mereka untuk di ketengahkan. Pada ketika itu, masing2 akan sedar yang mereka semua menjadi "penting" disebabkan majoriti yang tipis yang ada didalam dewan. 


Bila keadaan "kebuntuan" begini, akan ada kemungkinan yang dewan akan dibubarkan dan tidak semua yang akan suka mengadakan pilihanraya umum sekali lagi. Kesimpulannya, pada aku, apa jadi sekalipun, 16 September 2008 adalah tetap sama seperti hari2 yang lain. Ini adalah pandangan aku semata2. Terpulanglah kepada rakan2 lain, dengan pendapat dan pemikiran rakan2 sendiri.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here