THE COCOON ™: 05/01/2008 - 06/01/2008
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

23 May 2008

life will never getting better

0 EDITOR COMPLAINING
erm... pe yang aku nak tulis. mcm banyak idea tapi aku tak tahu nak mula mcm mana kan.
hidup ni kdg2 bosan dansibuk dgn semua urusan. setiap org, ada masalah masing-masing, tak terkecuali aku. hidup pun kena hadapi masalah, mati pun kena hadapi gak.


banyak benda aku nak kena pikir skang berbanding dulu. kena wat banayk keputusan pastu kena lak wat pilihan terbaik dari pilihan-pilihan yang aku ada. ingat senang ke nak wat pilihan? bukan macam ujian UPSR, SPM.. huhuhuh..
pe yang aku tahu, setiap pilihan yang aku buat akan mempengaruhi setiap tindakan aku. tol tak. best gak skali sekala meraban sowang dlam blog ni. sekurang-kurangnya, kalau xde tempat aku nak lepaskan keluhan pun, kat sini pun jadi la.. hehehe..
Read more

Dengan menggunakan jari sahaja

0 EDITOR COMPLAINING
Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin...Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak...

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah
sebab tak tahan...tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut
tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan... Satu hari si bini yang
dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut
bukan sahaja angin yang keluar...semua isi perut awak pun akan keluar sama,
masa tu baru padan muka awak...", si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba...keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam
banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru... maka timbullah idea
si bini nak pek! ena laki dia...Masa laki dia tengah seronok tido dia telah
longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu
dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.. .

Dipendekkan cerita...maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia
melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk
baunya....si bini tunggu dengan penuh khusyuk...Dari dalam bilik tido
terdengar suara laki dia terjerit sakan, histeria gitu...sibini
tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa...20 minit pastu si laki pun
kedapur untuk sarapan...si bini pun buat donno dan control macho..."masin
betullah mulut awak...habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap
hari tue"....Kata laki dia bersungguh-sungguh. .. "Habis tue abang buat
macam mana?" tanya si bini sambil control suara dan perut yang nak pecah
sebab nak ketawa..."nasib baik abang tak panic...abang
terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..."
"abang buat macam mana?" Tanya si bini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi...tak payah susah2
pegi hospital untuk operation"...
Si bini terdiam kaku...
Read more

Koga san : Gambette Kudasai

0 EDITOR COMPLAINING
ni lak aku nyer boss, Mr Koga-san. kuat tol dia tiup belon. hehehh.. tapi tiup bukan nak bagi pecah. tgk sape yg lebih besor tiup.. hahahaha

ni sume rakan sekerja aku la. tapi tu la aku x dapat pegi sebab ada masalah yg tak dapat di elakkan. best je aku tgk.
Read more

Life Book part tak tahu

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualikum wbt..

pagi tadi aku bangun awal. ada gak dlm pukul 6, tapi bangun je awal, badan x bergerak pun dari katil. dalam pukul 6.15 gitu baru bangun ank g mandi. ntah kenapa tiap2 kali bangun pagi je mest dahaga sgt2. selalu la gitu.

dah brape hari aku kurangkan merokok. dah x isap sekerap dulu lagi. pastu dah banyak gak aku tinggalkan kaffein, dah ta minum kopi, nescafe. tapi kadang2 gak pekena ali cafe. hehehe.


semalam ada 2 org new member baru masuk. tapi engineer la. pompuan dua2. cina dan melayu. tempat aku ni kurang skit laki. banyak je pompuan take over. hehehe.. baru tahu mcm mana rasa kan. bagi aku ok la sebab pengalaman baru. jarang dapat suasana kerja mcm ni. tempat kija aku sebelum ni pun kena berjumpa dgn orang ramai. kira ok la sket kalau bab2 komunikasi nih.

pastu aku kerja kuat sket seblum ni, jalan kehulu kehilir, kejap g stor, kejap g office, kejap g selling floor. pendek kata, x duduk setempat la. hehehe.. org lain nampak cam ngular lak. tapi takk. aku wat kija sebenarnya..

hehehe
Read more

22 May 2008

Faktor Kelembapan Streamyx dan Cara Penyelesaiannya

0 EDITOR COMPLAINING
saja aku post mende ni sebab ada yg lembab sket pasal strymx ni... pas ni kalau mengong gak, aku tatau la sebab ada hamba allah tu cakap merepek, tutup tenet dia, x bagi guna, kalau guna kena bayar rm300. mengong ke tak mcm tu?


Faktor Kelembapan Streamyx dan Cara Penyelesaiannya


Sejak akhir-akhir ini, aku rasa macam ada yang tak kena dengan talian Streamyx. Lembab yang amat.


Antara faktor yang boleh menyebabkan isu ini adalah seperti:
1. Kualiti wayar telefon.
2. Jarak antara kabel di rumah anda dengan “Exchange” TM (sebaik-baiknya kurang dari 5km).
3. Cuaca (hujan dan kilat).
4. Kesan elektromagnet. Pastikan modem anda dijauhkan dari perkakasan elektrik seperti televisyen, radio, mesin faks, peti sejuk, penghawa dingin, lampu, ketuhar gelombang, telefon bimbit dan sebagainya.
5. Pencapaian komputer (saiz ruang cakera keras, pemproses, RAM, program yang dijalankan secara serentak).
6. Kesesakan internet terutamanya bagi aplikasi “online game” dan P2P.


Lepas tu pulak, aku dinasihatkan untuk melakukan langkah-langkah penyelesaian seperti di bawah:


1. Jangan guna “splitter”/”micro filter”/mesin faks/”lightning protector”.
2. Membuat sambungan terus dari modem ke soket dinding (Tanpa sambungan selari).
3. “Flush” DNS.


a) Untuk Windows 98/ME:
- Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
- Taip “winipcfg” kemudian klik “OK”
- Pilih jenis network card yang digunakan oleh komputer anda
- Klik pada butang “Release”
- Kemudian alamat IP akan menunjukkan bacaan 0.0.0.0. dan kemudian klik “Renew All”
- Klik “Close” untuk menutup tetingkap program


b) Untuk Windows 2000/XP:
- Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
- Taip “cmd” dan klik “OK”
- Taip “ipconfig /flushdns” dan tekan butang “Enter” di keyboard
- Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
- Taip “exit” dan tekan butang “Enter” di papan kekunci bagi menutup tetingkap program


c) Untuk Windows Vista:
- Klik butang “Start”
- Klik “All Programs”
- Klik “Accessories”
- Klik kanan pada “Command Prompt”
- Pilih “Run As Administrator”
- Taipkan “ipconfig /flushdns”, dan tekan “Enter”
- Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
- Taip “exit” dan tekan butang “Enter’ di papan kekunci bagi menutup tetingkap program


4. Menghapuskan ruangan “Cache” (”Temporary Files”, “Delete Cookies” dan “Delete Files”) bawah “Internet Options”.


5. Sila ubah konfigurasi pelayar (”browser”) kepada “Default”.
- Klik “Tools”
- Pilih “Internet Options”
- Klik “Advanced”
- Klik “Restore Defaults”


6. Sila jangan gunakan fungsi “firewall” buat sementara waktu.


7. Menghapuskan “SSL Certificates”.
- Klik “Tools”
- Pilih “Internet Options”
- Klik “Content” tab
- Klik “Clear SSL State”
8. Melaksanakan imbasan Windows.
9. Sila jangan gunakan fungsi Anti-Virus.
10. Sila jangan gunakan aplikasi P2P.
11. Membuat dialer dan mengkonfigurasi DNS. (Preferred DNS Server: 202.188.0.133/Alternate DNS Server: 202.188.1.5).
12. Matikan bekalan kuasa modem dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum menghidupkannya semula.
13) Matikan bekalan komputer.
14) Bacaan ujian “Bandwidth” melalui ‘Bandwidth Test Page’ kami di http://202.188.95.52:8080/speedometer/ . Bagaimanapun, sekiranya keputusan ujian bandwidth dibawah 70% daripada kelajuan maksimum, sila sertakan keputusan ujian tersebut dalam kilobits (kbits).

Last sekali dia bagi tau aku, kalau tak jadi jugak, bolehlah menghubungi Unit Teknikal diorang di talian 100 dan pilih “Perkhidmatan Internet” sekiranya memerlukan bantuan bagi langkah-langkah di atas.


Jadi korang semua kalau ada masalah, try dulu buat benda-benda kat atas ni. Pastu kalau tak jadi, report kat diorang, email ker, call ker, dan bagi tau semua benda-benda kat atas ni.


Yang penting, jangan biarkan diorang suruh kita buat apa-apa yang kat atas tu. Suruh diorang datang terus ke rumah korang dan buat pemeriksaan ke atas talian internet korang.


Kalau tak dapat jugak, pesanan aku, carilah pengganti Streamyx. Ikutlah nak pakai Celcom Broadband ker, Maxis Broadband ker, Jaring ker, janji puas hati.


Wallahu a’lam.
Read more

suatu pagi yang ceria di pagi waktu kerja

0 EDITOR COMPLAINING

assalammualaikum wbt..


ntah tak tahu nak mula mcm mana, penah ke korang bangun pagi2, pastu rasa dahaga sgt? aku ada gak rasa mc tu, bangun pagi pun lewat sket sebab semalam layan citer adam sandler The Longest Yard. klako lak. adik aku bz je duk sms tanya mcm mana nak tgk bola kat internet, aku cakap je la search kat yahoo. pagi tadi final Man Utd vs Chelsea. Tak tahu la aku dia tgk ke tak.
so, bangun pagi tadi pun lewat le, tapi sampai awal lak, heheh.. x sedor aku bawak moto laju sangat, sebelum ni bawak keta, jalan jammed teruk sangat antara nak masuk ke simpang ke senai.balik lagi teruk jammed. tapi aku dah naik moto ni, kira ok la gak kan. thanks la utk kawan2 kat tempat kija yang banyak tlg, walau pun waktu aku masuk mula2 tu, pemalu mcm sial.


x banyak sangat benda yang aku nak tulis pagi ni, tapi tu le, tiap2 kali ada idea yg nak kuar, mmg terus tulis, waktu blaja dulu pun aku selalu gak menulis , tapi tu le, dah lupa password blog aku. terpaksa la aku buka blog baru walaupun nama blog ni kureng enak sket dengar, tapi ape yg aa pada nama. kan kan...
Read more

21 May 2008

ngomel ngomel

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualikum wbt...


dalam 2-3 hari, aku dah tak banyak kija, yang ada pun sket2 ja.
kije aku mula 30hb. pcsoft..
tempoh dalam sebulan gak.. alhamdulillah, kije kat sini aku tgk lebih baik dari aku kija sebelum ni..
memula pun kekok sket, skang dah ok. tapi..
hhe ada tapi gak, ramai pompuan dari laki..
heheh tatau ar nak cakap mcm mana kan tapi kalau yg penah alami tu, hehehe mesti faham kot
rasa mcm keciikkk je..


heheheh....
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here