THE COCOON ™: Nov 13, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 November 2011

::Organ::Darah::Sunday::Sundae::

5 EDITOR COMPLAINING
Tadi aku keluar kejap sambil cari bekalan untuk santapan tengahari. Lalu la Perling Mall, tengok ramai pulak orang hari ni. Pergi la ushar kan. Kalau orang dah ramai, mesti lagi la suka kita nak menyibuk. Kalau jenis aku sebenarnya tak suka tengok orang ramai-ramai, past dengan pack ke ape kan, cuma tertarik sebab tengok banyak baju putih je kat situ.
Oh.. Ok ok... ada Kempen derma darah dengan organ rupanya. Patut la ramai PBSM dengan nurse tadi. Dulu aku dah pernah gak masuk derma darah ni. Kalau tak silap aku, nak derma darah pon derang tengok berat badan ko sama, tengok darah ko ada HIV ke tak hahahaha.. tapi disebabkan aku ni kategori ringan, aku ingatkan tak lepas la nak derma dulu kan, lastly dapat gak derma walaupun sekali. Ok la tu. Lagi satu tertarik gak pasal kempen derma organ ni. Aku ada gak rasa macam nak wasiatkan organ dalaman aku ni hahahaha tetapi bila aku pikir dan tengok balik kan... dah la aku perokok tegar gitu, memang sah la organ dalaman aku dah tak cantik, merah-merah, pink-pink, fresh dan sebagainya yang akan buatkan orang nak amik organ aku untuk orang lain yang memerlukan. Mesti pikir banyak kali punya la kan. Jadi, aku batalkan je niat nak derma organ aku. hahahahaha
Tapi hari ni pukul 2 tu aku rasa macam lain macam jugak. Suasana tengahari tu semacam je. Feel macam pukul 11 pagi. Betol aku cakap... ke sebab aku cukup tido? cukup pon tak cukup sangat sebab pukul 6 pagi tadi aku baru melelapkan mata sebab melayan movie The Thing kat Youtube. Tapi bukan yang baru, yang lama punya. Kalau ada movie yang serupa tapi versi baru, memang aku akan tengok yang lama dulu la sebab aku nak tahu part apa yang baru tu kan. Tu je. Selamat berehat di hujung minggu.

FootNote ~ Happy Sunday semuaaa.. sebut sunday teringat Sundae lak. hahahha
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here