THE COCOON ™: Jan 6, 2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

06 January 2012

Aksi berani makan diri

0 EDITOR COMPLAINING
PERIKSA...anggota JPJ memeriksa kenderaan yang diubah suai.



KUALA LUMPUR: Layan drift depan anggota kereta peronda. Begitulah lagak berani seorang pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ mampu menjejaki kenderaannya berdasarkan nombor pendaftaran digunakan.

Hasil intipan Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama keretanya itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras kelmarin.

Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota peronda JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.


“Pasukan peronda yang mencurigai mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan mempamerkan aksi drift di hadapan kereta peronda sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, melalui nombor pendaftaran kenderaan itu, Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan itu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati keretanya itu kebiasaannya dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota bagaimanapun cara badan kereta dan ekzos itu tidak diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan biasa adalah kesalahan berat kerana ia bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.


Pendapat aku :

Ni tak lain tak bukan mesti dah terikut dalam filem ni. Yeahh terlalu banyak minda rakyat yang disogok dengan filem-filem. Kat Malaysia ni bukan macam kat luar, Fast and Furious, Grand Thief Auto atau Need For Speed Underground. Main game kuat ke atau tengok wayang kuat neh?

FootNote ~ Duk driff je, brape kali tuka tayar dalam seminggu?
Read more

‘Saya bukan Nur Amalina’

0 EDITOR COMPLAINING
PALSU...akaun facebook menggunakan nama Nur Amalina.



JOHOR BAHRU: Belum pun reda isu penulisan blog memfitnah dan memburukkan pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri, 23, kini timbul pula individu menyamar sebagai gadis itu di laman sosial facebook hingga mengelirukan pengguna lain.

Selain menggunakan nama dan biodata sama, individu berkenaan dilihat menggunakan gambar Nur Amalina sebagai profil gambar akaun itu hingga menarik perhatian pelayar Internet lain yang menyangka laman itu milik pelajar terbabit.


Bagaimanapun, ketika ditanya individu yang curiga dengan kesahihan akaun berkenaan, pengendali akaun palsu itu berterus terang dan berani mengaku dia bukan Nur Amalina dan mendaftar akaun berkenaan hanya untuk suka-suka.

Antara persoalan pengguna kepada pengendali itu termasuklah ‘Gara-gara keluar berita kau berubah, ramai nak add kau sebab nak tahu cerita sebenar, ini Amalina real (tulen) ke Fake (tidak tulen) ni?


Bagaimanapun, pengendali akaun itu dengan selamba menjawab ‘trully fake’ (sah tidak tulen) terhadap soalan individu terbabit.

Di petik dari Harian Metro

Pendapat aku :

Ntah apa la sampai ada yang nak menyamar jadi Amalina ni? Kalau setakat jadi FAKE Amalina kat Facebook tu, baik tak payah. Takde pon naik Unique Visitor ke ape ke kan. Pastu mak Amalina ni dah siap bagitahu kalau tak tutup ke ape akaun FAKE tu, dia nak report polis. Haa.. cepat la tutup yek jangan mudah nak amik kesempatan keatas benda-benda hot gini, amik kesempatan dan salah guna pulak tu.

FootNote ~ Apa yang dia dapat aku pon tak tahu sebab takde untung apa pon menyamar jadi Amalina ni.
Read more

Kenapa Wanita Sekarang Enggan Tutup Aurat

0 EDITOR COMPLAINING
"Saya suka.. saya suka..." Kata Tuan Hussein Lempoyang

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

FootNote ~ Nak seribu daya, taknak seribu dalih... berbaloi-baloi dalih hahaha
Read more

HIDUP ADALAH UJIAN....Dunia adalah medan ujian.

0 EDITOR COMPLAINING
 
Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk menerima ujian-Nya. Allah SWT akan menguji manusia dari semasa ke semasa tanpa diketahui masa dan bagaimana bentuknya. Ujian adalah latihan, pendidikan dan tarbiyah daripada Allah SWT yang tidak diperolehi dari mana-mana Universiti terhebat di dunia. Sama ada suka atau tidak setiap individu perlu bersiap sedia untuk menerima ujian daripada Allah SWT ini.

Firman Allah SWT ,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

Ibarat mereka yang menduduki peperiksaan akademik, tentu ada yang lulus dan gagal dalam peperiksaannya. Demikian juga ujian Allah SWT, ada yang berjaya melulusinya dan ada yang gagal melepasinya.

Bagi mereka yang lulus peperiksaan akademik, mereka akan ditawarkan ke universiti untuk belajar bersama orang-orang yang bijak dan pandai. Sama juga jika seseorang itu berjaya dalam menghadapi ujian Allah SWT, mereka akan diganjari syurga tempat golongan yang baik-baik di akhirat kelak.

Ujian yang Allah SWT turunkan kepada manusia wujud dalam pelbagai keadaan. Ada yang berbentuk ketakutan terhadap musuh (dalam peperangan), kelaparan, kemiskinan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa orang-orang yang tersayang.

Firman Allah SWT,

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Surah al-Baqarah : 155)

Allah SWT juga menguji manusia bukan untuk menganiayai manusia. Dia menguji manusia untuk melihat sejauh mana kesabaran manusia. Kesabaran adalah penting untuk mencapai kejayaan. Tanpa kesabaran hidup manusia akan huru hara dengan segala kepincangan. Tanpa kesabaran segala-galanya mahu dilakukan dengan segera, cepat, gelojoh, rakus sehingga menimbulkan bencana dalam kehidupan. Hanya mereka yang memiliki kesabaran pasti akan beroleh kejayaan, kesejahteraan, kebahagiaan dan menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar bahawa dunia dan segala kekayaannya adalah milik Allah SWT yang mutlak. Jika Dia mengurniakan harta kekayaan, ia bukanlah sesuatu yang kekal untuk dimiliki oleh manusia selama-lamanya. Sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia hanya sementara dan boleh diambil oleh-Nya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Ia juga menyedarkan manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, dhaif, serba kekurangan dan amat memerlukan pertolongan daripada Tuhan yang Maha Perkasa.

Perlu disedari bahawa setiap ujian yang Allah SWT beri adalah sesuai dengan batas kemampuan manusia itu sendiri. Allah SWT yang Maha Mengetahui sifat kekurangan manusia sama sekali tidak menurunkan ujian yang manusia tidak boleh menghadapinya.

Firman Allah SWT,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”(Surah al-Baqarah : 286)

Oleh itu apa sahaja ujian sama ada kemiskinan, kesusahan, kesakitan dan kematian adalah sesuatu yang boleh ditanggung dan dihadapi oleh manusia. Bagi mereka yang beriman ujian-ujian seperti ini memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan amal, memantapkan iman, menguatkan akidah, tidak berputus asa serta sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah SWT.

Orang yang beriman hendaklah bersangka baik dengan setiap ujian yang mereka perolehi kerana ia sebenarnya telah ditentukan oleh-Nya sejak azali lagi. Mereka hendaklah redha dan berlapang dada dengan ketetapan itu. Mungkin ada ujian itu tidak gemari oleh mereka tetapi itulah yang terbaik di sisi Allah SWT.

Firman-Nya,

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah al-Baqarah:216)

Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)


FootNote ~ Hidup kita ni pon memang sebuah bilik darjah yang luas...
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here