THE COCOON ™: Oct 16, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 October 2011

::Al Kisahhhh..::

2 EDITOR COMPLAINING
alkisah, tayib...
alkisah maka tersebutlah kisah, tayib...
sang kancil datang beramai2 mengadap ke bawah duli yang maha mulia sultan firaun...
mana firaun pakai sultan..entah...



Tadi sibuk Pak Mat duk ushar fesbuk, duk ushar tiub U. Tetiba Pak Mat rasa lapar. Ada orang sebut lak pasal roti canai je, terus Pak Mat rasa lapar. Dengan pantas Pak Mat pegi ke pintu dan dengan pantas jugak Pak Mat terus naik  motokar.
 
Nak dijadikan cerita, tengah sedap Pak Mat bawak motokar ni, teringat cerita Fast And Furious (aisehh pandai pula Pak Mat cakap omputeh neh).. jalan lurus la katakan teruslah Pak Mat memecut laju. Pak Mat tengok jalan situ takde pon kereta lain. Seronok bukan kepalang.... iye lah dapat naik motokar. Selalu naik basikal je kan. Sedang tengah seronok Pak Mat memandu ni, dengan tak semena mena keluar satu motokar lain dari arah kanan terus ke lorong kiri sedangkan Pak Mat memandu dibahagian lorong kiri jalan. Si pemandu tak nampak ke Pak Mat yang tengah bawak kereta ala-ala Fast And Furious (cakap omputeh lagi) neh?
 
Terus Pak Mat tekan brek macam nak setat enjin motosikal. Tekan rapat abis sampai berdesing telinga Pak Mat dengan bunyik tayar Dunlop tu. Pak Mat perasan motokar Pak Mat dah buang sikit ke kiri sebab nak mengelakkan motokar yang kuar dari simpang kanan tu terus makan je lorong sebelah kiri. Kenapa la pemandu tu tak terus ke lorong kanan dia kalau dia tahu ada motokar lain kat sebelah lorong kiri ni?? Memang Pak Mat hangin jugak la. Terus Pak Mat tekan hon dan tengok driver tu dengan muka buku eh muka garang dan bengkek. Kalau Pak Mat duduk sebelah lorong kanan tadi, memang confirm (omputeh lagi) motokar Pak Mat akan langgar motokar orang tu beserta dengan pokok pokok dan sudah pasti Pak Mat akan pening kepala memikirkan nak selesaikan motokar Pak Mat neh di bengkel.


Alhamdulillah, nyaris nak kena dah tadi tu. Nak mengelakkan motokar Pak Mat berlanggar dengan motokar orang tu dan pokok pokok yang sebesar pemeluk kat tepi jalan tu memang kena elak, pastu tepis dan segala bagai. Kalau Pak Mat panik tadi, semestinya bumper motokar Pak Mat akan kena cium jugak motokar orang tu.
Kat sini apa yang Pak Mat nak cerita... jangan sampai jadi macam ni :



SUDIN Makcik.. Makcik !!.. encik !!.. Encik ni cakap.. PakMat  wroooooooo ruhhhhhh kelepok..kecepar...pon pon pon... belanggar !!! motokar...
MAKCIK Pak Mat kau selalu begitu .. naik basikal.. tak pernah naik motokar ..
SUDIN (Nada Geram)… Pak Mat Tempe Belanggar dengan motokarrrrrRRRR...



Kalau jadi gitu sape nak jawab??? Kalau kita berhati-hati pon tak guna jika orang lain cuai. Harus kita juga yang kena kan. Oleh itu pesanan Pak Mat..semua kena amik perhatian dan berhati-hati. Semua orang. Bukan diri kita saja.
Sekian dulu coretan Pak Mat.


FootNote ~ Terima kasih sebab menjadi pemandu yang berhemah. 
Read more

:: Untitled Sunday::

4 EDITOR COMPLAINING
Dahhhh setengah hari dah hari ahad. Asal cuti je mesti rasa sekejap kalau kije mesti rasa lama. Pesal eh? aku pelik betol ar. Baru je rasa semalam hari Jumaat. Hari ni dah hari Ahad pulak. Esok? mengadap la jalan tar nak pegi ke tempat kerja. Comfirm bangun tido esok dagu duk terseret ke lantai dah neh. Malas punya pasal.

Tapi takpe. Rasanya aku dah guna masa rehat ni dengan penuh sebaik-baiknya. Ok. Bercerita pasal hari ni macam yang lain sedia maklum kan...er aku tak maklumkan lagi dan sekarang aku nak maklumkan aku baru je selesai menunaikan tanggungjawab Masterchef kat dapur rumah aku sendiri. Kalau tak silap aku ada beli barang-barang dapur sikit. Disebabkan aku ni jenis malas sangat nak kuar lepak g kedai makan yang aku sendiri tak tahu tahap kebersihan A, B atau C kan, so aku amik keputusan untuk masak. Memang aku bukan jenis yang hari-hari masak. Tapi aku masak kalau aku malas keluar dan seangkatan dengannya.
Tadi ingat nak masak benda lain tapi aku masak benda lain jugak hahahaha... Ok. Menu aku untuk hari ini sampai ke malam nanti adalah ..

-- Ikan Goreng (semua reti masak tuhhh)
--Udang Goreng Kunyit (Priority aku, makanan laut. peberet tau)
--Sup sayur
--sambal belacan

3 benda ringkas dan simple. Mangkala kata budak-budak mana yang bujang ni tak kira laki ka pompuan, kalau tatau nak masak hat ni, memang aku tatau nak habaq pa dah. Salah satu faktor yang boleh buat kita survive dan jimat duit adalah dengan memasak makanan kita sendiri. Pakat hat simple setakat teloq mata dengan nasi putih tu pon aku kira lepaih bagi. Slang berubah lak.
Disebabkan aku tengok udang pon ada sikit dalam 5 ekor gitu, aku amik keputusan nak abiskan udang tu je. Simpan lama-lama dalam freezer pon tak elok gak. Kalau duk makan nasi dengan benda goreng ni takde kuah kuah, mau tercekik gamaknya kan. hahaha pasal tu jugak la aku buat satu sup yang ringkas janji ada kuahberkuah. Dah nama pon sup memang la ada kuah hahaha kecuali Sop lidah hahahahah tak ar aku wat Sup sayur. Setakat letak sawi, cabai ke cili besar? mana-mana la kan, cili padi sikit, bawang putih dan sedikit perasa. Garam dan kiub pati ayam. Wallaahh.. dah siap. Senang, mudah dan cepat.

Bukan aku nak kata aku terer masak hatta terrorist masak sekali pon. Tapi disebabkan kebiasaan aku dan mungkin gak sebab kerja aku dulu sebagai tukang masak sementara yang takde certificate membuatkan aku boleh masak. Dari benda yang simple dan benda yang tak simple. Minat tu ada tapi takde la mendalam. Kesan dan akibat kalau anak jantan selalu duk tolong mak kat dapur hahahaha adik adik pompuan aku lebih suka melayan tv cita korea la, melayu la, sinetron la dari duk nak jenguk tengok apa yang boleh tolong. hahahahha

Gile kaw.. muka rok, ganas macam nak makan orang, rambut panjang macam jembalang, seluar carik macam pengemis, berseluar yankee dan berkaki ayam tapi boleh pulak duduk dapur. Satu benda peribadi yang boleh aku kongsi kat sini. Yep.. aku suka masak. Tapi Average je.

Ok cite bab makan, aku memang tak makan lagi walaupun lepas masak. Satuuu lagi hal pasal aku ni(tak abih2 bongkak riak dan takbur - ciri orang munafik), kalau aku dah masak memang aku lambat nak makan sebab rasa macam kenyang lak bila duk bau sedap je. Lepas siap masak semua, aku akan masukkan lauk dalam mangkuk hayun, mangkuk tingkat suma, terus port bawah tudung saji. Tak petang ni, malam karang la aku makan. hahaha camne la tu. Anda fikir dan anda tentukan (macam pakar motibasi)
Cukup dengan tulisan aku untuk aktiviti hari ni di hari Ahad yang bosan. Cuaca panas tapi macam mendung datang merangkak. Niat hati baru nak cuci kereta jap tapi nampak gaya tak sempat aku nak cuci gak neh. Selamat menjamu selera dan berehat.

FootNote ~  "Kesian ye.. 3 hari tak makan " Jawab kura-kura kepada Arnab. Aku tak reti angkat bakul sendiri, aku angkat bakul guna forklif je.
Read more

::KuciNtAmU SayaM::HahAhahAhAH::

6 EDITOR COMPLAINING

Telah lama aku pendam hasrat hati aku kat kau. Dari generasi kedua sampai ke generasi ke 4s. Kali pertama aku tengok kau walaupun kau belum lagi boleh bercakap, aku dah memang jatuh hati dah. Takleh nak kontrol dah perasaan ni. 

Aku tak kisah kau putih atau hitam, aku memang tak kisah semua tu. Terlalu elegant buat aku bila terpandang susuk Stainless Steel pada diri kau tu. Dengan bahan Aluminosilicate Glass yang ada pada kau, aku tahu, kau memang kukuh dalam hati aku, tetap 'Scratch Resistant' , walaupun hati aku bagai nak mencakar-cakar permukaan kau itu dan aku yakin semestinya kau memang fingerprint resistant jugak. Itulah yang selalu disebut sebut oleh hati aku dan dibisikan di telinga ku.

Lapisan casing disekeliling kau kali ini dilindungi oleh Stainless Steel berbahan aloy yang padat, lebih kuat 5 kali dari  bahan stainless steel dan pada umumnya kalau aku nak bandingkan kau dengan yang  lain.Video Call kau dengan two sided kamera nya bersama Retina Display , paparan HD Video Recording serta  A4 Processor dan OS4 yang lebih multi tasking membuat aku terpegun, kaku ( tetiba ada kamera datang zoom in, zoom out, pastu aku berpaling ke arah lain dengan gerak gaya yang lebih slow motion). Aku yakin, kau dapat menguruskan segala kerja harianku dengan sempurna tanpa kompromi.

Memang konsep kau telah mengubah dalam banyak hal, khususnya dalam revolusi hidup aku dan orang yang lain,  Tapi tentu saja itu semua ada baiknya, i love you sayang.. sangat-sangat ! Tapi untuk mengubah gaya hidup aku, tetap merasakan kau sudah cukup memberi perubahan dalam banyak hal dengan kemunculan diri kau versi baru beberapa tahun lalu. 

Aku harap aku dapat kumpulkan segalanya yang aku ada hanya untuk memiliki kau. Walaupun Nuffnang belum lagi berminat meletakkan iklan di blog aku, tapi aku yakin, suatu hari nanti, kau pasti akan jadi milik aku dengan hanya bermodalkan iklan-iklan. Hantaran untuk memiliki diri kau hanyalah tak lebih 2 ribu, 2, 3 kali ganda gaji aku sebulan dimana kalau aku belanjakan semua tu, aku akan makin kurus sebab ikat perut semata-mata untuk kau tapi aku yakin, rezeki ada di mana-mana. Aku akan berusaha untuk memilikimu sayang.

Yang Meminati mu.

FootNote ~ Doryoku no seikō no hashigo (usaha tangga kejayaan) aku dah merepek lagi hahahahahha
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here