THE COCOON ™: Aug 25, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

25 August 2011

Perkara Yang Tak Patut Di Lihat Ketika Bulan Puasa

0 EDITOR COMPLAINING

Selamat berbuka pada yang muslim semua dan selamat menatap ruangan kepompong aku neh. Tergerak kat dalam hati aku ni untuk posting disebabkan oleh satu perkara yang aku lihat tak patut orang buat waktu bulan mulia gini. Kalau aku bawah hp yang ada kamera, memang aku dah tangkap gambar dah tadi dek kerana terkejut dengan perbuatan sesetengah hamba allah ni.

Pertama sekali aku ni bukanlah sempurna mana, tapi cukup jugak dengan akal fikiran dan bekalan ilmu agama yang cukup-cukup makan jugak. Kat sini aku nak share sikit cerita yang aku aku rasa memang tak patut betol. Saje jalan-jalan kat pasar area Tampoi, niat nak cari makanan untuk berbuka nanti. Tengok jam Titus kat tangan aku neh..baru pukul 6, so aku pon singgah la kejap dekat satu kedai ni dekat dengan kedai cd. Sambil rehatkan minda, tubuh yang menahan lapar dan dahaga ni, aku perasan 2 benda kat sini hasil dari pengamatan aku sendiri hehehe
Sekadar hiasan time Sentapppp jeeee

Pertama, aku tengoklah sepasang kapel ni duk berjalan-jalan pusing sana sini, shopping, pastu paling kerap si lelaki ni, abis semua kedai kalau boleh dia tegur, memang dia akan tegur. Pendapat aku, mungkin jugak dia kije kat sini. Tu tak kisah la kan. Yang aku kesiankan... aku rasa dia nak tayang awek dia dengan kengkawan dia semua kot. HAhahHa sekali imbas aku tengok muka RIAK tak blah. hahahha yang awek dia pulak terconggok kat luar kedai, sengih-sengih macam kerang busuk. Seksi? Seredup mata memandang, Sekurang tu jugak pahala posa aku time tu la...tapi takleh tengok lama-lama laaa. hehehe . Tu baru bahagian satu, untuk kisah duk tayang awek kat semua orang. Sapa tak bangga wehhhhhh caklempoi habaq mai kang hanggg...Ho Ho Hotak Kaw hahaha
Gambar sekadar hiasan ~ Wink Wink

Kedua, kisah kapel tu dah abis setakat tu je, tapi dari situ pulak, aku boleh tengok dengan selamba badak sumbu cap kelapa laut africa la derang ni. Memang selamber dengan orang ramai-ramai lalu lalang kat kedai derang tu.. Budak melayu dan islam yang siap bertindik haha ada yang tak bertindik jugak kuarkan kotak rokok, On-The-Spot cucuh rokok, isap rokok gitu... macam takde mendee gitu la kan. Derang hisap rokok, tapi rokok tu cover sambil silang tangan ke belakang la. Aku perati la betol-betol.. tengok melayu ke ni, ke bukan ni. Tengok jam pulak, uish takkan dah berbuka posa kot... Geleng kepala je la.

Tujuan aku cerita kat sini, bukan nak aibkan sape-sape. (Kalau tunjuk gambar, sensor kat mata tu dah kira aibkan orang la tu kan kan), tapi sekadar nak berkongsi cerita. Kalau korang tak posa sekali pon, nak makan ke hisap rokok ke, hisap je kat rumah. Jangan duk tunjuk sangat kita ni buas ke, ganas ke dengan petik rokok ke lantai waktu bulan posa gini. Sekurang-kurangnya, hormat orang lain yang puasa dan hormat juga bulan yang penuh keberkatan ni.

sekadar gambar hiasan jeeee...

FootNote ~ Walaupun kubur masing-masing, kat akhirat kelak kita kumpul ramai-ramai tau. heheheh... aku wat salah, korang tegur, kalau korang wat salah, aku tegur.. jangan sentap lak hehehe gurau je.. tak main sentap-sentap ikan neh.
Read more

Undi lah Aku di Facebook page 1Kampus heheh

0 EDITOR COMPLAINING


Selamat berpuasa dan salam Ramadahan. Apa kata di bulan yang mulia ni kan, sambil-sambil membaca, cuba korang sedekahkan sorang satu VOTE untuk aku. Disebabkan baru 15 orang je like kat Facebook ni, Rasanya macam takde orang minat la kot nak ushar-ushar blog aku ni kan hahahah


Kat sini aku bagi cara untuk membuat undian. (Kalau boleh undi blog aku la heheh Kalau la boleh yek)


step by step untuk mengundi.( tak payah pakai i/c, validate akaun FB pon ok.)

Bila dah login ke Facebook, korang taip je 1kampus.com kat search box tu. Bila dah kuar Page 1kampus.com..



korang kena like page tu dulu. ni linknya > https://www.facebook.com/1Kampus

Dah selesai langkah pertama.. langkah seterusnya. 



Lepas dah like Page 1kampus.com, boleh terus klik link berikut 


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150260650911127&set=a.10150255246076127.321764.181682521126&type=1&theater
Link ni akan direct terus ke peserta No. 7, iaitu.. tadaaaa aku ler hehehe... memang tak banyak vote sebab aku tak brape cekap baguih duk ada nak promote blog ni kan. Dah brape kali anta msg kat fb, personal msg kat fb... yang respon pon.. banyak tu la yang duk vote. Tatau macam mana derang boleh vote sampai 100 lebih LIKE.. terbaekk tu Edot. hahahaha.. Harap harapannya.. ada lah kiranya incik-incik dan cik adik manis sudi kiranya meng"LIKE"kan blog hamba di page tersebut...

Usaha Tangga Kejayaan = Motto sekolah aku dulu.







Wassalam.....




FootNote ~ Usaha sudah... yakin pon sudah... Cuma tinggal Tawakkal kepada Allah je. Kalau ada rezeki tu, ada la. Kalau takde tu... memang bukan rezeki aku. hehehe ... lain kali cuba lagi. Insya Allah... 


Read more

The Joker :: Heath Ledger death / In Memory

2 EDITOR COMPLAINING
Serba sedikit info tentang The Joker dalam filem The Dark Knight 2008. Walau pun cerita ni dah lama, tapi sebab lakonan The Joker ni memang bagi kesan sket kat aku. The Best Joker ever... Serba sedikit pasal pelakon yang memegang watak The Joker. 

Heath Andrew Ledger (4 April 1979-22 Januari 2008) merupakan pelakon filem dan televisyen dari Australia.. Selepas melaksanakanperanan dalam televisyen dan filem Australia pada tahun 1990-an, Ledgar berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1998 untuk membangunkan kerjaya filemnyaHasil kerja beliau meliputi sembilan belas filem-filem, termasuk 10 Things I Hate About You (1999), The Patriot (2000), Monster's Ball (2001), A Knight's Tale (2001), Brokeback Mountain (2005), and The Dark Knight (2008)


Jika korang dah tengok The Dark Knight, korang mesti setuju yang ada sesuatu yang tak kena dengan The joker ni. Bila aku tengok watak The Joker, benda pertama yang terlintas di fikiran aku, memang saiko gila neh. Tapi tu cuma pendapat aku je.Kalau korang Ingat adegan di mana rakan sepasukan Joker nak tembak dia kat bank kemudian Joker akan cakap -" No, No, I kill the bus driver". Bila lelaki itu dengar gitu, terus kompius. Dia tak tahu pulak ada pasal pemandu bas. Jadi, pada asasnya joker telah berfikiran lebih ke depan untuk 3 hingga 5 saat  untuk mengalihkan minda penyerang tu, satu kenyataan yang sebenarnya akan dia jangkakan dari seseorang. Bila orang tu dah abis pikir, baru bas tu datang rempuh dinding dan langgar orang tu. heheh


Joker memang macam orang gila. Tindakan dah macam Psychedelic. Dia sekadar berlakon atau tu memang diri dia sebenar? Watak dan tingkah laku yang tak normal gitu kan...Tapi sayang... Untuk filem terbaru The Dark Knight Rises, kita tak akan jumpa The Joker yang macam tu lagi. Tiap-tiap baris dialog dia yang di sampaikan seolah-olah memang mempunyai niat jahat atau pun sebaliknya dan boleh membuatkan penonton banyak berfikir atau leka sekejap.


Kira-kira 2:45 pm , pada 22 Januari 2008, Ledger didapati tidak sedarkan diri di atas katil oleh pembantu rumahnya iaitu Teresa Solomon dan Diana Wolozin di dalam apartmennya. Menurut polis, Wolozin, yang telah tiba awal untuk temujanji pada pukul 3:00 pm dengan Ledger  telah membuat panggilan kepada Mary-Kate Olsen untuk meminta bantuan dimana ketika tu Olsen berada di California lalu dia mengarahkan pengawal keselamatan dari syarikat swasta  New York City untuk pergi ke tempat kejadian. Paramedik telah tiba di tempat kejadian 7 minit selepas Wolozin membuat panggilan telefon 911. Pada Pukul 3:36 pm, Ledger diisytiharkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke hospital.

Close up of a man's face with brown eyes, tousled brown hair and scraggly beard growth. He is looking toward his left. He is wearing a grey jumper with an orange stripe near his left shoulder and upper left arm. The background is blue with out of focus writing.

2 minggu selepas kematiannya di gembar gemburkan oleh pihak media dengan pelbagai spekulasi, pada 6 Febuari 2008, Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan New York mengeluarkan kenyataan dan kesimpulan, berdasarkan bedah siasat awal 23 Januari 2008, dan analisis berikutnya toksikologi lengkapLaporan itu menyimpulkan, di mana , "Mr.Heath Ledger meninggal dunia akibat mabuk akut oleh kesan gabungan oxycodone, hydrocodone, diazepam, temazepam, alprazolamdan doxylamine (Dadah, stress, tension dan kemurungan) dan cara kematian adalah akibat kemalangan iaitu  penyalahgunaan ubat-ubatan dan preskripsi. Ubat-ubatan yang terdapat dalam analisis toksikologi biasanya ditetapkan di Amerika Syarikat untuk insomnia, kegelisahan, kemurungan dan sakit.



Selalunya kalau artis-artis luar yang nama tengah melonjak naik, pastu tiba-tiba meninggal dunia, filem pon jadi pecah panggung gitu, tak lekang jugak dengan macam-macam kontroversi. Lepas dia meninggal tu, filem The Dark Knight buat dia terima banyak anugerah walaupun dia dah takde. Meninggalkan nama je la. Pastu anugerah nanti wat pameran je. Royalti masyukkk

FootNote ~  The Joker ni memang best kalau nak dibandingkan dengan pelakon lain. kan kan

Read more

Music Best Describe Me!! Love in Theory and Practice

0 EDITOR COMPLAINING
Malam gini dah bosan sambil melayan Hawaii-Five-O. Kejap-kejap dengar lagu sambil mata tengok kat tv je. Sini aku nak share sikit la lagu-lagu yang aku selalu dengar. Mungkin ada yang tak dengar kot. Apa pon layan je. 

The Rasmus - In The Shadows

HIM - The Sacrament

Nightwish - Sleeping Sun

Children Of Bodom - Everytime I Die

Untuk pengetahuan korang jugak, ketiga-tiga band dalam video klip ni berasal dari Finland. Kira produk keluaran Finland la ni. Macam mana aku leh terjebak dengan benda-benda ni? Rasanya influence dari kengkawan waktu belajar dulu la kot. Sekolah dulu melayan Nirvana, Metallica dan sebagainya. Bila dah masuk kolej ni, dengar kawan-kawan macam best lak. Sampai sekarang, melekat je duk dengar lagu ni. Apapon layan kalau korang suka. hahahahaha 


Read more

Jom Tikam hehehe Bukan Tikam Nombor...

0 EDITOR COMPLAINING
Salam semua user dan program... heheh merepek pulak... Lagi berape hari dah nak menjelang Hari Raya ni, tiba-tiba entah macam mana aku boleh flashback balik waktu zaman aku kecik dulu. Setiap orang ada pengalaman sendiri dan kali ni aku nak kongsi la serba sedikit waktu kecik aku ni kan. Boleh tergelak sendiri kalau di kenangkan balik.

Kat sini aku nak cerita sikit pasal Papan Tikam atau lebih kurang macam kertas cabutan bertuah.. Kat kampung aku dulu memang ada jual benda alah ni. Tapi sekarang aku tak tahu la ada ke tak lagi. Niat aku cuma nak kongsi pengalaman waktu kecik dulu je. Tapi ingat... Judi tu haram. hahahahah Seperti tajuk yang korang tengok ni kan, pasal Papan Tikam ni.Kalau dapat duit raya je dulu, memang benda ni aku beli dulu. Bukan ape, cuma nak bawak balik modal je. Jadi peniaga sambilan. Papan Tikam ni memang la satu permainan judi. Dulu aku main pon sebab aku tak tahu benda ni haram. Mungkin takleh nak beza mana baik dan mana buruk kot. Asal boleh dapat duit je. Hentammm hahaha 

Serba Sedikit mengenai Tikam

Permainan Tikam ni lebih kurang sama dengan permainan cabutan bertuah. Cuma cabutan bertuah ni dapat hadiah best la kan jika nak dibandingkan dengan permainan Tikam ni. Kertas keras yang macam kalendar ni aku panggil papan je la. Nanti korang kompius pening lak. heheh... ok Selalunya hadiah yang terdapat dalam kertas cabutan ni selalunya pulangan duit syiling 20sen, 50sen rm1 atau sebagainya, bergantung pada papan yang kita beli. Modal untuk beli benda ni tak banyak. Ni cerita dalam tahun 80an ke 90an gitu la.. ada yang rm2, ada yang rm1.80 dan sebagainya. Paling kurang pon kertas untuk cabutan tikam ni ada dalam 200 keping kot.. Itu pon aku dah ingat-ingat lupa. Kalau jual 10sen untuk sekali cabut, memang untung la kan. 

Dulu-dulu aku selalu beli tikam ni kat Rumah-Ala-Kedai-Runcit je. hahah..Korang tahu ke mende Rumah-Ala-Kedai-Runcit neh? Alaaa.. Sebuah rumah dalam kawasan rumah tu dia buat kedai runcit.. penah tengok? Tak pernah? er.. zaman skang ada lagi ke? ada tapi tak banyak. Ada macam-macam permainan tikam yang derang jual. Selain dari papan tikam ni, ada jugak yang jenis gores. Zaman skang kan ada org buat Gores Dan Menang-Tipu kan kan... Mungkin idea ni jugak yang derang amik ni. Pasti punya lah. hahahha

Cara nak bermain tikam ni senang je. Mula-mula bayar la kat taukey tikam ni. Katakan untuk 2 keping kertas cabutan tu 10sen, korang pon cabut. Kemungkinan yang akan korang dapat, cabutan hadiah duit atau peluang untuk buat cabutan secara percuma dimana terdapat nombor cabutan yang lain. Selalunya macam tu la. Kalau kertas cabutan korang tu takde kedua-duanya, bermakna korang kalah.Kat sini la kita leh nampak tu judi hahahaha sebab korang menghabiskan duit untuk sesuatu yang sia-sia. Aku taukey judi je hahahaha.. gurau je. Aku cuma nak cerita je macam mana nak abiskan duit budak-budak yang pegi beraya sakan. heheheh Jahat tol. 

Aku ada survey juga pasal papan tikam ni, ada la jumpa 2-3 org blogger yang posting pasal ni. Tetiba aku teringat je so aku ingat memang nak share jugak pengalaman aku ni kan. Kalau di kenang, memang best. Tu belum cerita pasal mandi sungai, serkap ikan kat bendang, meriam tiang telefon, meriam tanah dan macam-macam lagi. Apa yang kita lalui waktu kecik dulu kalau dikenang bila dah besar, memang boleh buat kita senyum sorang-sorang. 


FootNote ~ Judi Itu Haram.....heheheh Selamat Bersahur 
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here