Tak suka tengok bola? bukan sebab taknak sokong atau cintakan negara tapi memang dah tak suka tengok. tak boleh ke nak jadi diri sendiri?. yeah takpe tu. Sama macam aku jugak, yang tak suka tengok cerita siaran langsung anugerah anugerah semua. Bukan aku tak sokong industri muzik ke atau industri seni tanah air kita, tapi memang aku tak minat. hahah tapi aku dengar gak lagu atau tengok jugak hasil seni keluaran tanah air kita.(walaupun tak semua)
Tetapi bagi bahagian yang boleh menaikkan nama malaysia di mata dunia, tak suka sekali pon tak salah kalau kita bagi sokongan kan? Sape lagi yang nak sokong tanah tumpah kita sendiri kalau bukan kita sendiri iaitu penduduknya. It's ok kalau nak jadi diri sendiri pon. tak salah sebenarnya dan aku bukan sape pon nak cakap tu takleh ni takleh tapi semangat jati diri kita tu kan membentuk sape kita sekarang. Sebab tu gak la bila ada je sentuh isu perkauman, kita lantang bersuara, sentuh isu agama pon lantang bersuara dan aku pon terus terang memang tak suka racist dan soal menjatuhkan atau memalukan agama ni macam satu mainan pulak. ha aku dah melalut.
Andai kata kalau kita yang sedang terhempas pulas nak harumkan nama negara, mesti la kita lagi bersemangat untuk buat yang terbaik, dan berharap gak ada orang yang akan sokong kita yang duk berjuang demi tanah air ni. Tak semestinya nak kena kena jadi askar, polis atau sebagainya kan untuk harumkan nama negara kita. Part tu memang derang dah berkorban untuk keamanan negara kita ni.
Untuk yang berfikiran negatif tu, takpe, abaikan. Kita yang positif ni, terus la menyokong dan bagi semangat pada pasukan negara kita walaupun jauh kat sini nak pegi jerit kat stadium tu, tapi dengan semangat kita kat sini, moga pasukan negara dapat menjulang sekali lagi nama Malaysia di mata dunia. Kalau nak jadi diri sendiri, silakan la sebab aku pon jadi diri sendiri ikut tempat gak. Dunia tu dunia gak, tapi hidup bermasyarakat dengan orang lain pon kena gak tu sebab mati nanti pon, bukan kita sendiri yang nak kena usung keranda kita sorang-sorang. Cuma kat kubur je sorang-sorang nanti nak bersoal jawab. hahahahah
FootNote ~ Malaysia
BOLEH ! dan kau tak boleh
BLAH ! walawehhh jom jerit ramai-ramai hahahha
Read more