THE COCOON ™: Oct 7, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

07 October 2011

::Perempuan Jatuh Dari Langit:: Aku jatuh pe?::

2 EDITOR COMPLAINING

Tengok iklan deodorant Axe tadi, buat aku terpikir kan bagus kalau memang ada macam tu. hahaha mula nak merepek suda. Iyelah bila aku tengok iklan tu, pakai semburan tu, tetiba berderup derap pompuan jatuh dari langit semata-mata datang untuk kita. Tak ke best macam tu kan kan? Aku tak harap gitu pon hahaha

Camne derang leh imagine sampai gitu sekali? Aku memang suka tengok kalau iklan yang agak-agak boleh blow my mind ni kan. Bukan sekadar iklan tapi pikir teruk-teruk gitu. Aku memang suka pikir benda yang orang rasa "alaaa benda kecik je tu, watpe ko sibuk nak sakit kepala pikir pasal tu" hahahah Sambil melayan Johnny English siap gelak-gelak ni, memang otak aku tak brape nak center kot.


Malam minggu ni ape plan korang? Plan aku? tetap sama dengan plan yang minggu lepas, bulan lepas, atau tahun tahun lepas yang berikutnya. Sound like boring right? yeah quit a boring pon. Ah.. bosan suda. Tu yang aku malas nak sebut benda-benda bosan ni. hahaha mesti perasaan bosan datang menyelinap sikit sikit kat mood aku yang duk gelak-gelak tengok Rowan Atkinson neh. 

2, 3 hari lepas, aku ada beli sotong. Agak besar jugak la sotong aku beli tu. Bukan yang biasa2 tu. Ni sekilo rm18. Aku beli sekilo je la. Dapat la dalam 5-6 ekor kot. Aku pikir nak wat sambal sotong atau Sotong masak air je. Ala yang letak air, serai, bawang putih je tu. Penah wat? Umi aku selalu masak gitu kat aku time aku kecik-kecik dulu. Kadang-kadang dia buat sotong sumbat. Tapi aku nak kena beli beras pulut kot. hahaha cuma cadangan aku ingat nak wat sotong masak air atau sotong sambal. Sotong besar-besar ni memang wat aku terliur sikit. Nak masak dah tadi tapi terpikir pasal takde serai, memang tak best nak masak. Aku kalau nak masak bahan-bahan tu memang nak kena ada cukup gak ler. Kalau tak mesti tak sama rasa..Doakan moga aku leh masak sotong esok. hahahahaha... orang lain berdating, aku dating kat dapur n pc aku je. best takk hahahahahha memang best.


FootNote ~ Tetiba aku mengidam nak makan sotong skang. Pe ke hal???
Read more

::Freeganism::Just Wondering::

0 EDITOR COMPLAINING
Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa itu Freegan. Aku tahu pasal benda ni sebab aku terpandang kat tv pasal Freegan. Kalau korang pon tak tahu.. aku lagi tak tak tahu. Kita mungkin panggil orang kutip sampah je kot


Freegan ni take the exact extreme opposite of consumerism...erm..kita sebagai muslim memang tak terima consumerism and capitalism life...tapi derang ni take it to the extreme...sampai takkan beli makanan, mereka hanya akan korek dalam tong2 sampah, cari makanan lebihan org dan ambil apa yg elok2 utk di makan (dumpster diving)....Daging atau makanan tenusu yang ada expired date ni memang derang tak amik ler. Ada gak akal nak pikir kan benda expired memang takleh makan hahahahahha
tapi kalau kita baca apa yang derang nak bawa dlm life ni, mmg interesting cam apa islam bawa...kesian tak nampak islam untuk di terap dalam hidup...tapi tu la, nak kebahagiaan itu mengikut neraca akal, Tak makan daging kerana kesian kat binatang, walhal, Allah menciptakan binatang utk kita, supaya kita dpt gigih beribadah kepadaNya!

aku rasa aku penah dengar pasal sorang kawan aku yang buat pon ala-ala macam ni kot. Tapi bukan kutip sampah untuk dimakan, tapi lebih kepada orang-orang dari kebajikan masyarakat yang menolong orang bergelandangan. Kan ada masuk kat tv3 pasal ni. Bukan pasal Freegan tapi pasal gelandangan. Tak tahu gelandangan tu ape? hahah orang yang merempat-rempat ni la. Aku penah gak merempat gak time study dulu. Kena halau dari rumah sewa. Akibatnya merasa la merempat untuk 2-3 hari kot. Tapi skang bukan yang tu aku nak cite.
Islam is moderation, wasathiyyah....dalam apa2 jua keadaan...even dalam beribadat! Kalau kita extreme akan jadi lah seperti derang nih, Freegans la, Vegans la, Capitalist, Communism... apa yg Islam gariskan tu lah yg paling cantek dan terbaik, alhamdulillah beruntung kita berada dalam Islam!

FootNote ~ Understand yourself, your fate and your future.
Read more

::Friday the Laziness::LOLz

0 EDITOR COMPLAINING

Haa.. sebut je hari jumaat, benda yang tergambar kat kepala otak aku skang ialah waktu tengahari yang memang takleh nak tolak kalau tido. Aku tak tahu nape kalau hari-hari lain takde pon rasa macam ni tapi kalau jumaat je, memang waktu yang agak berlainan kalau nak tido tengahari. Betol tak? Untuk lelaki memang kena pergi solat jumaat la. Tapi waktu dalam masjid, nak tunggu imam abis khutbah tu, jangan cakap ler, tercabar iman dan memang tak dinafikan ramai yang kecundang waktu khutbah dibaca. Sebab pe aku cakap kecundang? sebab ramai yang menongkat dagu. Tidoo.. hahahaha


fatpita.net :: funny random pictures

Kalau aku? Tak dinafikan memang aku rasa best sangat nak tido tu kalau hari jumaat lagi-lagi waktu solat jumaat. HAhahahah... tapi sebolehnye aku memang akan cuba la dengar juga khutbah yang iman nak bagi kat atas mimbar tu. Mesti berkaitan dengan isu-isu semasa. Comfirm.. dan juga diselitkan juga dengan nas-nas yang berkaitan. Setakat ni alhamdululillah, takde lagi aku dengar pasal benda politik kat khutbah jumaat. Aku masih ingat lagi waktu aku menyediakan khutbah untuk iman-iman disekitar masjid negeri Perlis. Dulu aku praktikal kat Jabatan Agama Islam Perlis. So aku memang tahu la macam mana prosedur yang derang buat tu. Selalu derang akan tengok jugak isu apa yang akan derang bagi dengan membuat rujukan silang pada pejabat agama di negeri-negeri lain. 
Untuk sesape yang bekerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu tu, hari jumaat adalah hari yang akan dinantikan sebab esok cuti. Dapat lepak kat umah, rehat dengan secukupnya. hahaha kiranya menggunakan masa yang berkualiti di rumah dengan berehat. Yeah aku suka tu dan hari ahad adalah hari yang mood malas nak datang sebab tahu, hari isnin dah kena kena mengadap benda ni balik. hahahah bagus... bagus.
Suasana hari ni memang redup je dari pagi tadi. Tak panas sangat pon, tak mendung sangat. Bagi aku kira ok la tu. Kadang-kadang, panas pon orang komplen, dah bagi hujan untuk sejukkan bumi tuhan ni pon still lagi komplen hahahahhaa mana ada orang nak puas ye dak? Cik Squarepant, sorry sebab aku tertido semalam. Aku dah paksa jangan lelap tapi aku terlelap juga. hahaha akibatnye, ko terpaksa tunggu dekat 15minit sebelum ko out. hahaha minta maaf banyak ye

Serba sedikit imbasan berita, Steve jobs iaitu Founder kepada Apple dah meninggal sebab penyakit kanser Pankreas, Kumpulan Sepah lak dah bubar dan tubuhkan kumpulan baru iaitu Sepahtu, Team Malaysia ada game nanti tapi sayang sambutan cuma 7000 orang je setakat ni kalau nak dibandingkan dengan game2 yang sebelum ni. Tu saje lintas langsung dan rangkuman berita ringkas hahahaha

FootNote ~ If you must have motivation, think of your paycheck on Friday. hahahahahaha


Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here