THE COCOON ™: 12/01/2008 - 01/01/2009
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

04 December 2008

Sex Melayu

0 EDITOR COMPLAINING


Sex Melayu khususnya bagi pelaku sex melayu sebelum nikah merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada pelaku Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah) itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh keluarganya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji (Sex Melayu) ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah), Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya.


Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:


  • Pelaku Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah) membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
  • Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pelaku Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah). Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
  • Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah) dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah melakukan Sex dengannya.
BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada pelaku Sex Melayu (khususnya bagi sex melayu sebelum nikah), bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya sex, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Read more

Kejadian Nabi Adam

0 EDITOR COMPLAINING
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if


MENURUT IBNU ABBAS:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA: -
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.


TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-
1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.


Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)


Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.


Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan."

Wallahualam. ..
Read more

Rahsia Ladies

0 EDITOR COMPLAINING
1.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

2.Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

3.Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

4.Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

5.Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

6.Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

7.Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

8.Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !

9.Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

10.Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

11.Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

12.Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

13.Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.

14.Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

15.Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

16.Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!

17.Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

18.Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

19.Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

20.Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

21.Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
Read more

03 December 2008

Bukan Semua Mengenai Melayu Hambar

0 EDITOR COMPLAINING

DALAM kita mengkritik dan mempertikaikan kepemimpinan politik Melayu-Bumiputera, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa semua aspek kepemimpinan Melayu-Bumiputera gagal.

Sebaliknya kerana kepemimpinan yang diterajui oleh Melayulah, Malaysia muncul sebagai salah sebuah daripada sebilangan kecil negara bekas tanah jajahan yang berjaya.

Walaupun kita terus berbalah dan mempertikaikan hak satu sama lain, Malaysia sebenarnya sebuah oasis di tengah-tengah dunia yang bergolak.

Lihat saja penaklukan Amerika di Iraq, peperangan di Afghanistan, keganasan di India, tunjuk perasaan yang melumpuhkan kerajaan di Thailand, penindasan politik di Myanmar dan peperangan kaum di Afrika.

Bukan semua pembesar politik, pentadbir awam, polis dan tentera, cendekiawan, usahawan dan pengurus korporat Melayu hambar, korup dan tidak bertanggungjawab.

Tidak sama sekali. Tetapi oleh sebab orang Melayu ramai dan menerajui bidang-bidang ini, maka seekor dua kerbau yang membawa lumpur maka habis semua terpalit.

Apatah lagi media massa yang dimiliki atau diterajui oleh orang Melayu sendiri sangat gemar memburuk-burukkan bangsa sendiri dengan cerita-cerita sensasi mereka.

Kalau melalui blog ini, saya mengkritik kepemimpinan Melayu yang korup dan hambar, tujuannya adalah agar setitik dua nila yang meleleh itu tidak merosakkan susu sebelanga.

Realitinya, negara bernama Malaysia ini tidak akan terjamin kelangsungannya jika peranan Melayu-Bumiputera yang berupa 60 peratus daripada warganegaranya tidak dimantapkan daripada segala aspek – politik, ekonomi, akidah dan guna tenaga.

Misalnya, sesiapa pun boleh membuat tuduhan terhadap perkhidmatan awam, polis dan tentera, tetapi hakikatnya tanpa orang Melayu yang sedia berkorban, bidang-bidang ini tidak akan terisi.

Kaum-kaum lain boleh membuat pelbagai tuduhan dan memberi pelbagai alasan, tetapi hakikatnya majoriti mereka tidak berminat menyertai perkhidmatan awam, polis dan tentera kerana gaji yang rendah, terpaksa menurut perintah dan berpindah randah.

Orang Melayu pun begitu. Yang berpelajaran tinggi, dwi- atau multi-bahasa dan berkelulusan profesional tidak lagi berminat menyertai perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Mereka lebih suka menyertai sektor swasta atau bekerja sendiri. Melalui blog ini sahaja, saya mendapati begitu ramai profesional Melayu yang bekerja dengan syarikat multinasional raksasa di merata dunia.

Melayu sudah menjadi warganegara global dari aspek ekonomi dan bercempera (diaspora). Orang Melayu sudah mula merantau (membangsat, menurut loghat Utara) untuk tujuan ekonomi dan sosial.

(Dengan izin, semua tiga orang anak saya yang dewasa belajar di luar negara – dengan belanja sendiri). Seorang kini menetap di Switzerland. Dua di Malaysia. Seorang menjual insurans bagi pihak syarikat milik Cina. Seorang bekerja dengan syarikat multinasional Amerika. Dalam erti kata yang lain, mereka mempunyai mobiliti global. Dua yang kecil belajar di sekolah kebangsaan.)

Tetapi kita kena ingat. Majoriti orang Melayu-Bumiputera masih memerlukan bimbingan dan bantuan kerajaan. Begitu juga dengan sebilangan orang Cina dan India yang tercicir.

Jadi kepemimpinan Melayu yang cekap, bersih dan amanah adalah kemestian bagi menjamin kesejahteraan semua kaum dan bangsa di negara kita ini, tidak kira si kaya atau si papa.

Dalam konteks ini, saya sangat gembira menyaksikan kejayaan berterusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan skim-skim saham amanah yang dilancarkannya sejak tahun 1981.

Saya mohon maaf kalau saya emosional mengenai PNB dan skim saham amanahnya kerana sejak 1981 lagi saya membuat liputan dan menjejaki perkembangan agensi amanah Bumiputera ini.

Utusan Malaysia 28 November melaporkan 490 juta unit tambahan Amanah Saham Wawasan 2020 untuk bukan Bumiputera habis dijual dalam tempoh enam jam 10 minit. Unit-unit berkenaan dibeli oleh 70,713 pelabur bukan Bumiputera membabitkan 27,479 pelabur baru.

Sokongan kuat pelabur bukan Bumiputera itu adalah undi percaya kepada PNB, khasnya dan kepada pengurusan Melayu-Bumiputera, amnya.

Memang kita akui bahawa pada tahun 1981, PNB memperoleh pelbagai saham yang dipegang oleh kerajaan bagi pihak Bumiputera pada harga kos (harga pembelian).

Dengan saham-saham itulah PNB melancarkan skim saham amanah yang pertama, iaitu Amanah Saham Nasional pada tahun 1981. ASN kemudian ditukar menjadi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Selepas itu, PNB terpaksa membuat pelaburan baru, sama ada secara terus atau melalui Bursa Malaysia, dan bersaing di pasaran terbuka untuk memperbesar dan memperkukuhkan portfolio pelaburannya.

Peneraju asal PNB seperti Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Ismail Mohd Ali, Tan Sri Mohd Desa Pachi dan Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim perlu diingati dan diberi penghormatan kerana melatih begitu ramai pengurus korporat dan pelaburan Bumiputera.

PNB membuktikan secara sahih dan mutlak bahawa melalui kepemimpinan yang berwibawa dan berintegriti, Bumiputera boleh dilatih menjadi pengurus yang berjaya.

Sebab itulah banyak pihak yang kebelakangan ini menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan politik dan pihak luar dalam urusan PNB.

Ini termasuklah penggabungan tiga buah syarikat perladangan milik PNB, iaitu Sime Darby Berhad, Guthrie Corporation Berhad dan Golden Hope Plantations Berhad – di bawah panji-panji Synergy Drive milik CIMB Bank pada tahun 2006.

Umum tahu bahawa penggabungan itu “dipaksakan” ke atas PNB. Cadangan penggabungan ini pernah dikemukakan oleh seorang penggerak pasaran saham berketurunan Cina pada era Dr Mahathir, tetapi ditolak kerana Dr Mahathir tidak mahu aset PNB disentuh.

Kebimbangan ini terbukti berasas apabila Malayan Banking Berhad, sebuah lagi syarikat milik PNB membuat pelaburan busuk (bad investment) dengan membeli Bank Internasional Indonesia (BII) pada harga empat kali nilai buku.

Pada pandangan saya, antara tugas dan amanah paling berat yang dipikul oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak ialah menjamin aset PNB dan agensi amanah lain seperti Khazanah Nasional, Felda, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak digugat apatah lagi dirompak oleh penyangak korporat.

Sekiranya ini terjadi, Mohd Najib akan dicap sebagai pengkhianat bangsa dan anak derhaka kerana kewujudan agensi-agensi ini adalah legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Read more

Secondhand Serenade

0 EDITOR COMPLAINING
Artist : Secondhand Serenade
Title : Fall for you


Best thing about tonight's that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I am trying......
I know you’re wearing thin down to the core..

But hold your breath
Because tonight will be the night that i will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear its true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed
But I have loved you from the start

Oh, But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
It’s impossible

So breathe in so deep
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
Breathe me in
I’m yours to keep
And hold onto your words
‘Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you’re asleep

Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find

Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find
Read more

02 December 2008

Umpama mimpi dalam mimpi

0 EDITOR COMPLAINING
Mimpi terbang atas awan?


Pernah ke mimpi masa tidur? Biasa la tu.

Kadang-kadang mimpi jadi orang kaya. Ada rumah besar, kereta besar, banyak harta. Tinggal dalam taman-taman. Berjalan sana sini. Gelak ketawa…

Kadang-kadang mimpi suspen. Kena kejar rasaksa. Lari.. lari. Rasaksa tu makin dekat. Jantung berdebar…

Kadang-kadang mimpi sedih. Tak tahu kenapa. Menangis. Hu.. hu..

Bila bangun dari tidur, semua mimpi hilang. Yang tadi jadi kaya, harta semua dah hilang. Yang kena kejar rasaksa, rasaksa pun dah tak de. Mungkin dah kena fire dengan ultraman. Yang sedih menangis, cepat-cepat cover line. Nanti orang perasan.

Itulah perumpamaan dunia ni. Macam mimpi. Cuma mimpi yang lebih panjang. Bila sedar dari mimpi? Bila dibangkitkan masa dalam kubur.

‘Oohh, dah mati aku rupanya!’

Mana harta yang aku usahakan siang malam tu? Mana isteri dan anak-anak? Mana kawan-kawan yang sama-sama bergelak ketawa tu?’

Nabi Isa as telah melihat dunia melalui kashaf menyerupai perempuan tua yang telah tercabut semua giginya. Ia berpakaian dan berperhiasan seperti pengantin baru.

Nabi Isa as bertanya kepadanya, ‘Selama ini telah berapa kali kamu sudah berkahwin?’

Dunia menjawab, ‘Sehingga kini sudah tidak terhitung banyaknya.’

Nabi Isa as bertanya lagi, ‘Apakah mereka semua telah mati atau menceraikan kamu?’

Dunia menjawab, ‘Aku sudah bunuh mereka kesemuanya.’

Nabi Isa berkata, ‘Celakalah bagi bakal-bakal suamimu yang tidak mengambil pengajaran daripada bekas-bekas suamimu yang kamu telah bunuh meraka satu persatu.’

Inilah hakikat dunia. Seperti seorang perempuan tua yang menghiaskan dirinya dengan pakaian dan perhiasan yang cantik sehingga ramai manusia terpedaya dengannya. Manusia yang sedar adalah dia yang menyingkap tirai di wajah dunia dan barulah dia dapat melihat rupanya yang hodoh itu.

Ya Allah, jauhilah kami dari tertipu oleh dunia.
Read more

01 December 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt...

pe kabor sume yek. sihat-sihat la hendaknya. cerita yang aku nak bawak hari ni ialah Hari Ini Dalam Sejarah. wahh macam dalam talibesen la pulak kan. yang tv2 tu. saje ar aku gurau. hari ni 1hb december. hari permulaan untuk bulan yang terakhir tahun nih.. dalam sepanjang tahun ni, banyak kenangan dan benda yang kita dah lalui. benda yang tak elok ke, benda yang elok ke, pepnadai la korang suma kan. aku pon camtu gak. rasa cam cepat je masa ni berlalu. dulu ingat cam baru je kije. pejam celik dah nak sampai hujung tahun dan semestinya bila tiba tahun baru nanti ramai yang nak tanya azam kita lak. hehe... ada ke orang tanya orang tanya aku pasal tu? semestinya orang tanya gak. tapi aku pon dah tak brape ingat pe azam aku. rasanya azam aku tu nak berada di tempat yang aku berada sekarang kot???


kita tinggalkan pasal tu. weekend aritu parent aku datang. derang g muar. tgk sepupu aku nak kawin. aakad nikah kena 3 kali. tergelak gak aku. hahahahaha

sambung sok
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here