THE COCOON ™: 10/01/2010 - 11/01/2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

31 October 2010

FACEBOOK : Dulu-dulu punya stail

0 EDITOR COMPLAINING




Read more

28 October 2010

TERKESIMA Juliza

0 EDITOR COMPLAINING
                Sebenarnya, aku memang terkesima. tadi aku ada la chat kat ym! dengan sorang user dalam friendlist aku. aku dah lama add dia sebenarnya, tapi entah macam mana tadi aku tegur dia, dia respon. ada la aku berbual dengan dia serba sedikit, tapi yang membuatkan aku kelu, kenapa dia jadi macam tu? maksud aku dia tak berkawan dengan orang, takde kawan, takde bf ke suma kan.  hidup duk telan ubat pastu jadi ala-ala saiko pon ada. tapi suma tu aku tak pandang pon.

        untuk langkah pertama, dia cakap dia reply la pm aku ni, baru nak mula kawan atau nak ada kawan. ok. aku tak kisah pon, tapi bila aku tanya suma ni, dia dah macam tak boleh nak jawab. aku bukan nak kesiankan dia tapi aku sedih. kalau dia tipu aku, maksudnya aku tipu korang la kan, aku sedih sebab ada lagi ke manusia macam ni? tak pernah nak bermasyarakat dengan orang sekeliling, tak pernah nak ada kawan. cantik tu memang cantik. serius aku cakap, memang tak di nafikan cantik, tapi sayang.... tak berkawan dengan orang. kalau setakat nak kenal-kenal kat chat room ke, dunia siber ke, masuk forum je la kan, bagi prinsip aku, kalau nak berkawan, biar jadi kawan betul-betul, bukannyer kawan macam tak kawan je, kalau gitu, takde kawan pon takpe rasanya.


hidup ni aku rasa bazir macam tu je, duk kat umah, ym, online. tak watpe. nak kuar ke pe, kuar dgn adik beradik. bukan sebab aku takleh nak kuar dgn dia, aku wat citer macam ni, tapi pe yang aku nak cakap kat sini, walaupun chat tak sampai 10 minit, dari soklan-soklan yang aku tanya tu, aku jadi terkejut. nak tido kena  makan ubat tido, pastu susah nak berkawan dengan orang. abis tu selama ni dia berkawan dengan sape?

kalau ada kengkawan korang yang macam ni, jangan la korang pinggirkan dia. orang nak nilai pon, dari cara kita berkawan dengan orang, macam mana dengan semangat setia kawan itu sendiri. kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis tu, leh la bilang dengan jari, kalau ada la kan..
Read more

21 October 2010

Rest Day @ Tanjung Malim

0 EDITOR COMPLAINING
salam semua

hari ni rest. tak buat kerja pe pon sangat. bangun pagi tadi, siap-siap suma, sarapan roti canai 2 keping pastu pegi ke Bukit Beruntung sebab ada nak amik packaging keropok ikan segera. sebenarnya projek tu tak boleh jalan lagi. yang boleh buat setakat ni cuma la keropok lekor je. buat pun untuk ikut tempahan sebenarnya. ikut plan nak edarkan kat gerai-gerai sekitar tepi jalan gitu. tapi nampak tak jadi lagi sebab ada masalah teknikal dari segi adunan.

pegi tadi cuma cuci mesin, sediakan makanan ikan je. pastu pegi umah hafiz, amik packaging kat umah dia. dengar semalam kata nak hantar kat kedai tapi tak hantar pon. semalam dah cuci semua sekali dengan mop lantai. kira ok la tu. terpikir nak cat sket kat kedai tu, tapi rasanya kena buat lain kali sebab rushing nak g amik adik kat tadika pukul 12.

hari ni rest kat umah je, sambil pikir nak wat adunan baru keropok lekor. nampak gaya kena jual sendiri la pasni. kalau guna orang tengah pon, tak dapat untung sangat. takleh nak rotate duit untuk modal. nak g KL pon , bosan lak. lepak kat umah je la.
Read more

Kisah Al Maunah

0 EDITOR COMPLAINING


Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.

Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion. Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.

Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.

Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

Kedua: Jahil tentang agama.

Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.

Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.


"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;

"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.

Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190 
dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.

Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya. 

Read more

11 October 2010

Khas Untuk Ibu Bapa Yang Baru Mendapat Anak Pertama

0 EDITOR COMPLAINING


(Penting)Khas untuk mereka yang baru dapat anak pertama.....ini adalah tips untuk mengajar ibu bapa cara menjaga anak pertama mereka...



         

 





Read more

Cara Mengetahui Password Facebook Kawan Anda

2 EDITOR COMPLAINING


Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengetahui password teman anda:



1. Tanya sendiri kepada teman anda apa password facebooknya, jika dia memberitahu bererti anda beruntung dan teman anda itu ‘bangang!’

2. Di saat teman anda ingin login di facebook, cepat intip password yang dia tulis tanpa pengetahuannya , jika kantoi – risiko anda.

3. Pergilah ke tempat yang boleh mengajar anda untuk membaca fikiran orang lain agar anda dapat membaca fikiran orang itu di saat dia menulis password untuk login facebook.

4. Ancam dengan menggunakan senjata ke teman anda / orang lain agar dia memberitahu passwordnya, jika dia report polis, itu tanggung jawab anda.

5. Pergilah ke dapur anda untuk mengambiL pisau atau meminum baygon agar anda cepat mati, kata orang-orang kalau orang sudah mati, roh dia mengetahui semuanya, jadi anda boleh mengintai passwordnya dengan mudah. Lagi sekali risiko anda tanggung sendiri- jangan cari aku nak cekik dah la.

6. Kalau semua cara di atas tidak berhasil, maka anda kurang beruntung dan loginlah di facebook anda sendiri kan senang, apakejadahnya nak login akaun facebook orang kan?

Selamat Mencuba!!
Read more

Kisah Al Maunah :: Amik Ikhtibar

0 EDITOR COMPLAINING








Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.


Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. 


Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion. Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.

Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.

Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.
Kedua: Jahil tentang agama.
Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.

Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.


"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). 



Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;

"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.

Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. 



Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190 dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.
 

Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya.
Read more

Siapa Botak Chin?

0 EDITOR COMPLAINING



Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.


Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.

Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu.

Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.

Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here