THE COCOON ™: 11/01/2011 - 12/01/2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 November 2011

OH Lambatnya

5 EDITOR COMPLAINING
Di Kuala Kubu Bahru
Dengan keadaan kelajuan internet aku yang kurang memuaskan (pakai berukban je), frekuansi aku meng'update' blog memang dah berkekurangan skang. Kalau kat JB memang cepat je nak update ke, blogwalking atau sebagainya. Tapi kalau dah guna berukban ni, memang aku rasa malas je nak bukak Google Chrome. Setakat nak update 1 atau 2 entry tu mungkin boleh la kot. 

Hujan kat sini tak macam kat JB, petang tadi je hujan sekejap. Takde la lama sampai ke pagi. Kalau nyamuk tu, memang bisa sungguh. Tak spray dengan Ridsect, memang tido menjamu darah je kat nyamuk. Tapi nasib baik gak la kan berbekalkan kipas berdiri ni, nyamuk kurang menganggu dan menjamah tubuh kering aku ni. Dah hari selasa nak masuk rabu, tinggal lagi berapa hari lagi aku kat kampung. Minggu depan hari ahad aku akan berangkat balik ke JB. Sekejap je rasa duduk hehe..
Aktiviti kat kampung? Semestinya sesi merehatkan minda dan badan je. Jarang aku dapat rehatkan diri macam ni yang jauh dari hiruk pikuk kota, jadi gunakan masa rehat dengan sebaik-baiknya. Nak berjalan-jalan kat tempat lain? tak tahu lagi kot. Tengok pada keadaan gak. Nak kuar lepak dengan kengkawan? hahahah aku takde kawan kat sini, sebab tu aku abiskan masa duduk kat umah je. 

The End.


FootNote ~ Science Process Skills. Takde motif aku cakap gitu hahaha
Read more

27 November 2011

JayBee -> Melaka -> Rawang -> Raub -> Fraser Hill -> Rawang

6 EDITOR COMPLAINING

Huaa Pekabor sekelian umat? Dah berhijrah ke? heheh aku cuma berhijrah ke kampung untuk sementara waktu. Merehatkan minda dan menenangkan jasad dari hiruk pikuk kota. Disebabkan oleh aku yang lama tak balik dan kalau tak silap, dah 2 kali raya aku tak balik kampung rasanya, hari sabtu tu aku amik keputusan untuk balik ke kampung. Benda yang aku tak plan sangat sebab tetiba adik aku datang jb, jadi pegawai pengiring untuk student2 yg ada kem motivasi kat UTM, kebetulan dia ajak aku balik kampung. Tanpa pikir panjang, aku terus la setuju. Balik dengan dia sampai ke Melaka dulu, pastu dari Melaka, baru gerak balik ke Rawang.



Balik berdua je dengan adik aku. Yang sorang lagi kat Tioman tak balik dan sampai ke rawang pon dalam pukul 11 malam gitu. Lepas tu adik aku bagitahu yang abah dengan umi aku takde kat rumah, derang pegi Raub. Ada kenduri kawin kazen aku pulak. Cadang ingat nak bertolak ke Raub terus malam tu, tapi sebab masing-masing penat dan ngantok, aku amik keputusan nak gerak g Raub pagi esok. Pagi tu gerak pegi Raub pon dalam pukul 10 pagi, sampai pukul 11 pagi dengan melalui Fraser Hill.




Seriously, sebab dah lama sangat aku tak main jalan bukit ni, ntah macam mana leh kantoi mual nak muntah hahaha.. adoi.. takpe-takpe. Dulu sebab selalu aku turun Kelantan dengan Pahang, memang takde ape sangat setakat jalan Fraser Hill, Cameron dengan Genting ni. Sebab dah jarang sangat, tu la penangan jalan bengkang bengkok. Aku pegi pon bertiga dengan adik aku je. Kebetulan derang cuti.


Memang aku tak reti nak pose depan kamera, so korang jangan salahkan aku kalau semua gamba yang ada aku attach kat sini tak cantik hahahhaa, FAILED!. Dah selesai makan nasik minyak kat Raub tu, terus aku balik konvoi dengan parent aku,. Derang nak singgah Fraser Hill, aku pon ok je la. Tak pernah pon naik sampai ke atas tu. Setakat lalu main corner baring sampai cecah helmet je. hahahah. Baru hari ni dapat g naik atas. Takde mende pon sangat. Tempat untuk dating best la. Sempat gak aku sambar baju sehelai buat ole-ole kan. 

Ok ler. Tu serba sedikit cerita jalan-jalan sampai muntah nasi lemak yang dimakan pagi untuk sarapan. hhahaha seronok woo dapat balik kampung jumpa adik-adik dan orang tua. Tak dapat balik raya, aku balik di kesempatan yang ada je. haha happy blogging yaw...



FootNote ~ Kat JB hujan, kat sini tak hujan pulak.. aisehh... panas jee


Read more

26 November 2011

BERcuti Lagi Yeah

8 EDITOR COMPLAINING

Ohh yeah ! Dah sekian lama tak balik kampung, hari ni dapat gak balik kampung. Sebenarnya aku tak terpikir pasal nak balik kampung pon tetapi kebetulan adik aku yang duduk kat Melaka datang ke UTM sebab dia ada program dengan student dia kot. Lepas tu dia ajak aku balik Rawang. Tumpang dengan dia naik bas kolej ke Melaka then dari Melaka naik kereta dengan dia terus balik ke Rawang.
Pukul 3 jap lagi, terus la aku gerak ke UTM. Jumpa dia kat sana. Dah la join dengan bebudak U naik nanti hahaha giler segan. Harap dapat gak update blog bila balik kat sana. Memandangkan kat sana takde Streamyx, hanya berbekalkan Celcom Broadband je. Ok la kot dari takde langsung kan. Baju pon takde kemas pe lagi ni. Bawak backpack je cukup. Takde bawak banyak-banyak. 

Dulu punya cerita kalau balik kampung, aku naik bas je. Memang best (camne leh tak terpikir pasal Train). Dari Larkin naik bas ke KL, pastu bila sampai kat Puduraya tu aku jalan kaki dari Pudu ke Bank Negara sebab nak naik Komuter kat situ. Dari Komuter Bank Negara, aku naik pergi ke Tanjung Malim. Sebelum Parent aku pindah ke Rawang, derang duduk dekat Tanjung Malim. Tu dekat la kot kan. Kalau yang jauh pon ada gak. Dari Kedah pergi ke Kelantan naik bas, kemudian dari Kelantan ke Johor Bahru naik train. Dulu-dulu memang aku banyak travel gitu kan. Tempat yang aku tak pernah stay lebih lama ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu. Lain-lain tempat aku dah pernah duduk sama ada kerja atau belajar dan kecuali Sabah Sarawak je yang aku tak sampai lagi. hehehe

Ok. Dah cukup membebel, nak kena siap dan kemas apa yang patut. Untuk kengkawan, selamat berhujung minggu. Gunakan masa rehat korang dengan sebaiknya.

FootNote ~ Waktu cuti adalah waktu untuk aku manjakan fizikal dan mental aku dengan berehat dalam bilik sahaja.
Read more

24 November 2011

♂ Banjir OH Banjir ♂

5 EDITOR COMPLAINING

Musim tengkujuh dan musim hujan dah tiba. Hari-hari nak hujan walaupun kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai. Kat berita hari ni pon banyak tempat dah kena banjir dan yang paling kena tempiasnya, Kelantan, Terengganu dan Johor (buat masa sekarang). Statistik kedua-dua negeri untuk mangsa banjir adalah seramai seribu lebih mangsa banjir. Ada yang tak sempat selamatkan barang dan ada yang sempat. Air  banjir naik setinggi rumah. Hampir menenggelamkan atap rumah gak tu.


Pengalaman banjir? Yep.. aku pernah gak alami pengalaman banjir sewaktu berada di Kelantan. Balik rumah atuk. Rumah tepi pantai dan kalau tiba musim tengkujuh, angin dan hujan tu dah berlawanan. Binggit telinga dengan deruan angin dan air hujan yang menimpa atap zink. Bising tapi best cuma yang tak bestnye jangan main air banjir, jangan mandi hujan, alamatnya padah yang menimpa. Hari ni gak dah ada mangsa yang mati akibat banjir. Mana-mana tempat yang kena banjir tu, selalu la beringat-ingat. Tengok adik-adik kecik kita tu, kemas barang-barang sebagai langkah berjaga. Yang pernah aku lalui pon air separas ketiak. Dulu kalau musim hujan ke banjir, benda yang aku terlintas cuma nak menjala ikan je sebab kalau dah banjir, kolam ikan mesti dah melimpah.. dapat la ikan besar-besar. Tak lupa juga dengan sang bedal kalau salah time. heheh

Satu lagi banjir yang amat merbahaya dan perlu kita elak ialah banjir mengejut di kawasan air terjun. Kalau korang pernah tengok video kat youtube atau pernah alami sendiri, banjir kat air terjun lagi merbahaya sebabnya ia terjadi selepas hujan lebat. Kawan air terjun tu akan tiba-tiba dibanjiri dengan air yang datang dari hulu. Search kat youtube  "Flash Flood Waterfall". Air yang datang tu memang secara tiba-tiba kalau nak dibandingkan dengan banjir biasa dimana kalau hujan lebat tak berhenti, kita dapat tengok paras air yang naik sedikit demi sedikit, tapi kalau di kawasan air terjun, air akan datang dengan mencurah-curah secara tiba-tiba. Memang tak sempat nak selamat kan diri. Oleh itu, elakkan dari berada di kawasan air terjun semasa hujan. INGAT !

Untuk kawan-kawan yang ada terkena tempias banjir, aku harap berhati-hati. Jangan sampai kehilangan nyawa. Bagus gak hujan gini kan, tido malam pon lena je. Tapi tu la.. nyamuk lak banyak.

FootNote ~ Best pulak kalau kecik-kecik dulu, mandi air hujan, main hujan sampai sejuk. Pastu makan bubur kacang. fuhh... terangkatttt la wehh
Read more

23 November 2011

♂Lecturer-student relationship, anything wrong? ♂ Versi Bahasa Melayu Kertas 2 ♂

6 EDITOR COMPLAINING
Kenyataan di atas,  boleh diguna pakai untuk hanya untuk yang cukup pakej SAHAJA tetapi tak boleh digunapakai untuk lelaki/perempuan yang TAK famous,TAK hensem atau TAK cantik seperti aku dan untuk pelajar yang dah memasang niat yang betul bila dah menjejak kaki ke IPTS/IPTA.

Setakat menaruh hati, mungkin boleh! Tapi nak ke orang pandang? Kenyataan membina "Muka Pecah Bersepai Kat Jalan tapi Ada Hati Kat Pensyarah Cantik/Hensem" yang akan keluar, betol? Kita tengok sendiri , bab berpasangan semestinya nak dari kalangan yang dah cukup pakej. Tak kisah la dari pakej muka photogenic atau berkewangan. Kalau duit poket pon PTPTN dan orang tua tanggung, ada harapan nak bercinta dengan pensyarah sendiri?. Tapi kalau pensyarah tu lelaki dan peminatnya pula perempuan, aku sendiri pon takkan tolak kalau yang minat tu cantik dah lengkap semua, sebab lelaki dah bekerjaya dan berjaya! (lumrah manusia la beb, nak semua terbaik). Walaweh

Bahagian mana yang silap? Bagi pelajar yang terkenal dalam kolej, bukan sesama pelajar je yang minat dan  menjadi buah hati pensyarah tu sendiri, bahagian tu memang tak mustahil. Yang mustahilnya bagi orang yang tersembunyi di dalam kelompok pelajar TAK popular dan yang muka hancur(kami ada hati dan perasaan la) pegi kolej pon naik bas, tumpang kawan dan kadang tu makan pon meggi je, yang tu memang takde harapan nak mengurat kan.

Kaji Selidik : Adik aku sendiri pensyarah dan seorang perempuan. Pelajar lelaki yang nak mengurat dia pon tak berani. Sebab apa? Orang tengok kereta dia pon, takde yang berani nak tegur, inikan pulak nak mengurat. hahaha Kalau setakat pakai Proton Wira 1.8 Manual, Enjin Evo 3 endorse JPJ lepas tu jadi pelajar dia. Bercinta? nun jauh pitching kau akan lari ke laut. Setakat cinta je, belum tentu boleh bagi makan anak orang nasi dengan lauk pauk sedap.

Tepuk kepala, tanya akal ! 

FootNote ~ Number of words: 298 / Tag = ! Sha My HeartCik Suzlin
Read more

♂ GLITTERATI ♂ Nuffnang ♂ Apa Yang Anda Perlu Tahu ♂

10 EDITOR COMPLAINING

Status Glitteraly ni diberikan pada Nuffnangers yang setia pada Nuffnang dengan tidak mempamerkan mana-mana iklan dari saingannya, sebagai contoh, Advertlets.


Antara kelebihan status Glitterati ni:

Payment Rate untuk Cost Per Unique dan Cost Per Click. 
Secara ringkasnya Glitterati menerima income 20-40% extra jika dibandingkan dengan Ordinary Membership. Pembayaran Ahli Glitterati dibayar dalam tempoh 30 hari berbanding ahli biasa selama 60 hari. Cepat sikit dari biasa kan? Kelebihan tu.

Peluang untuk Advertorial 
Hanya ahli Glitterati berpeluang untuk dapat advertorial, yang mana incomenya sangat tinggi jika dibandingkan dengan iklan biasa. Ianya bergantung kepada pengiklan, jumlah trafik dan komitmen.


Community Events
70% daripadanya diperuntukkan kepada ahli ekslusif dan guest; selebihnya untuk ahli biasa. Banyak events yang diadakan seperti movies, perjumpaan bloggers dan macam-macamlah. Contest ni memang seronok sebab banyak peraduan yang diadakan dan hadiahnya sangat lumayan. (dah pernah menang dan dapat tiket untuk tengok Premier Screening hahaha)

Innit by Nuffnang
 Hanya ahli Glitterati je yang ada Innit. Tempat untuk bloggers ping dan promote entri terbaru selain dari guna ping busuk, ping.my atau ping kat Blogger Facebook Groups. Boleh dapat traffic gak tu dah paham? Tu salah satu jugak la kan kelebihan yang tak dapat pada ahli lain.

Selain sebab-sebab nak dapat income, Glitterati jugak salah satu cara kita dapat tarik pembaca untuk datang ke blog kita. Bila masuk contest, kita balas komen kat contest, orang datang tengok blog kita. Tapi blog ni takde la menjurus kearah nak SEO ke ape. Semua untuk suka-suka dan bukan pasal duit jugak, kalau dah dapat duit, kiranya rezeki la kan.


FootNote ~ Dah dapat balik status Glitterati  yeah !
Read more

21 November 2011

♂ MENANG ! ♂ GA Penmerah.com ♂

6 EDITOR COMPLAINING

Alhamdulillah... akhirnya ada rezeki kat sini, dapat menang GA dari kak PENMERAH.COM dan juga ini adalah contest yang ke-2 yang pernah aku menang selama berblogging ni. Memang tak masuk banyak contest sebenarnya aku ni. hahaha tapi ada juga rezeki tu kan.

Terima kasih kepada akak Pen Merah dot kom sebab sudi menganjurkan contest yang terbaek ni. Banyak gak yang masuk, rasanya dalam 600 lebih peserta kalau tak silap, dan tak banyak juga hadiahnya salah satu yang best bagi aku orang yang komen terbanyak. Minggu lepas commentator terbanyak dapat rm100. Wahh best kan kan? 

Kalau nak best lagi, jom la join ramai-ramai blog kak penmerah.com ni tau. Memang terbaik tau haha bukan nak puji tapi rasa best sebab menang lagi yeahhh. Mari kita serbuuuu

FootNote ~ Ni yang rasa tak sabar ni nak tengok hadiah ape hahahahaha
Read more

::STATUS = Glitterati :: Ditarik balik ::

7 EDITOR COMPLAINING

Yep.. memang aku terkejut. Alih-alih tadi pagi ok je kan. Masuk malam, status aku terus diturunkan kepada ahli biasa je? Whatta hella ? huaaa teruk betol la gini. Rasanya blog aku ni takde la benda-benda racist, politik ke, double iklan ke, tampal iklan lain ke, melucah ke atau ape pon kan tapi status dah diturunkan.

Tadi baru nak ping blog aku kat innit, tetiba tak boleh lak. Dia cakap aku bukan status glitterati pulak tu yang terus g dashboard Nuffnang tengok jadi ahli biasa pulak dah. huaaa frust betol la. Tak pernah la jadi lagi ni. So aku pon terus la anta tiket (tiket pertanyaan) dan nak tahu kenapa sebab status aku ditarik balik.

Dah la kalah dalam contest untuk dapat hp BlackBerry Torch baru hahaha frust gak tu, pastu dapat pulak macam ni, lagi bertambah frust. hayooo... nape lak malang neh. Takde rezeki aku la tu gamaknye kan? huaaa dah la life yang sebenar pon rezeki tak banyak gak.. opss bukan mempersoalkan apa yang Tuhan dah bagi. Termengeluh pulak aku ni. Tapi tu la... aku anggap memang takde rezeki aku lagi la kan kan.. sob sob sob

T__T

Frust menonggeng pulak... terpaksa pujuk ati tengok bola jap lagi.. huaaaaaaa



FootNote ~ Nak pasang inity pon tak lepas lagi ni hahahaha kalau tak, memang aku pasang suda.
Read more

::TAK SUKA :: BOLA :: ? :: Takpe la ::

4 EDITOR COMPLAINING
Tak suka tengok bola? bukan sebab taknak sokong atau cintakan negara tapi memang dah tak suka tengok. tak boleh ke nak  jadi diri sendiri?. yeah takpe tu. Sama macam aku jugak, yang tak suka tengok cerita siaran langsung anugerah anugerah semua. Bukan aku tak  sokong industri muzik ke atau industri seni tanah air kita, tapi memang aku tak minat. hahah tapi aku dengar gak lagu atau tengok jugak hasil seni keluaran tanah air kita.(walaupun tak semua)

Tetapi bagi bahagian yang boleh menaikkan nama malaysia di mata dunia, tak suka sekali pon tak salah kalau kita bagi sokongan kan? Sape lagi yang nak sokong tanah tumpah kita sendiri kalau bukan kita sendiri iaitu penduduknya. It's ok kalau nak jadi diri sendiri pon. tak salah sebenarnya dan aku bukan sape pon nak cakap tu takleh ni takleh tapi semangat jati diri kita tu kan membentuk sape kita sekarang. Sebab tu gak la bila ada je sentuh isu perkauman, kita lantang bersuara, sentuh isu agama pon lantang bersuara dan aku pon terus terang memang tak suka racist dan soal menjatuhkan atau memalukan agama ni macam satu mainan pulak. ha aku dah melalut.
Andai kata kalau kita yang sedang terhempas pulas nak harumkan nama negara, mesti la kita lagi bersemangat untuk buat yang terbaik, dan berharap gak ada orang yang akan sokong kita  yang duk berjuang demi tanah air ni. Tak semestinya nak kena kena jadi askar, polis atau  sebagainya kan untuk harumkan nama negara kita. Part tu memang derang dah berkorban untuk keamanan negara kita ni.

Untuk yang berfikiran negatif tu, takpe, abaikan. Kita yang positif ni, terus la menyokong dan bagi semangat pada pasukan negara kita walaupun jauh kat sini nak pegi jerit kat stadium  tu, tapi dengan semangat kita kat sini, moga pasukan negara dapat menjulang sekali lagi  nama Malaysia di mata dunia. Kalau nak jadi diri sendiri, silakan la sebab aku pon jadi  diri sendiri ikut tempat gak. Dunia tu dunia gak, tapi hidup bermasyarakat dengan orang lain pon kena gak tu sebab mati nanti pon, bukan kita sendiri yang nak kena usung keranda kita sorang-sorang. Cuma kat kubur je sorang-sorang nanti nak bersoal jawab. hahahahah


FootNote ~ Malaysia BOLEH ! dan kau tak boleh BLAH ! walawehhh jom jerit ramai-ramai hahahha
Read more

::Pierre Cardin :: tablet::

5 EDITOR COMPLAINING
20 most stylish gadgets money can buy (Pierre Cardin)

Ni tablet lama ke tablet baru atau aku yang ketinggalan? sebab seingat aku, rasanya tak pernah lagi dengar pasal Pierre Cardin Tablet ni dan yang aku tahu cuma pasal kasut Pierre Cardin je. Untuk tablet ni, ia menggunakan Android 2.3 iaitu Gingerbread dengan paparan skrin 7 inci multi touch. Kelajuan processor pulak 1.0 Ghz dengan sokongan kelajuan RAM 512mb DDR 2.

Untuk spec yang lain rasanya sama macam tablet yang lain gak, ada wifi, 3G, kamera depan dan perisian sampingan. Semua hampir sama cuma jenama je lain. Tahan lasak ke tak, aku tak pasti sangat sebab tak pernah cuba lagi untuk lempar ke jalan.

Untuk harganya pulak ada dalam lingkungan RM1500.00. (telah diconvert dari Pound Sterling ke Ringgit Malaysia). Rasanya tak sampai ke sini lagi la kot kan. Kira ok kot tablet satu jenama dengan kasut? hahahah ntah. Baik aku amik Samsung Galaxy je. Tapi kalau untuk yang nak buat koleksi, boleh la sambar satu. yeahh

FootNote ~ Nak beli handphone pon tak lepas lagi, mau pulak berangan tablet. huahahahha
Read more

19 November 2011

::Maghrib :: MERAUNG ! ::

4 EDITOR COMPLAINING

Memang tak boleh tahan tadi. Maghrib je abis aku dengar orang meraung sana sini macam orang tersampuk shaiton nirrajim. Aku tengok jam, ish dah nak pukul 7 dah ni. Jap lagi mesti dah azan maghrib, tapi orang duk terpekik terlolong macam pe je. Dah la sorang sorang je aku kat dapur. Tengah masak, jadi aku pasang je volume tu kuat-kuat supaya dari dapur aku boleh dengar. Memang jelas dan kuat.




Tak semena-mena, terus aku lagi ke ruang tamu rumah aku. Serius memang macam tersampuk shaiton gak aku. Benda yang dah lama duk tunggu dari tadi akhirnya, dapat gak Malaysia menjaringkan gol di minit-minit terakhir menentang Myanmar. Hampir gak aku ketinggalan perlawanan ni sebab kusyuk tunggu Spongebob Squarepant pukul 5.30. Alang-alang dah tertukar channel ni, terus la aku tengok. 



Akhirnya aku dah menjadi dikalangan orang-orang yang menjerit diwaktu maghrib sebab duk melayan bola sepak. Malaysia menang dan terus ke final, yeah ! Dan sekarang ramai orang nak bercakap pasal dunia bolasepak Malaysia. huahahah so bila nak beli baru Panthera tu?Warna oren stripe hitam. Maaacam best gak tu kan kan tapi aku nak tengok baju Miss Dolce ada berura-ura nak buat dan jual untuk bloggers. Memang nak kena tengok design dulu camne. heheh pastu baru leh buat pertimbangan. kan kan?

FootNote ~ Aku memang tak penah ketinggalan kartun Spongebob tiap-tiap petang. Seriously SHIT ! lol
Read more

18 November 2011

::Kopi O::Ubi Kayu::Pulut::Ikan Masin::

5 EDITOR COMPLAINING

Kalau di kampung dulu, waktu aku kecik-kecik, asal datang je musim tengkujuh, hujan sepanjang hari, sejuk je memanjang kan, memang ini la yang dicari selain dari megi panas yang direndam selain dari tumis. Kopi O panas dengan Ubi Kayu yang akan dimakan bersama kelapa parut + gula. Memang sedap sangat dah waktu tu. Dah macam takde benda lain lagi yang lebih nikmat waktu hujan kecuali makanan waktu zaman darurat penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Kalau makan macam tu sekarang, mesti aku teringat kat arwah atok n nenek hehe. Dengan kedudukan rumah dekat dengan pantai, selalu sangat kena banjir, main dan mandi air hujan, memang terbaiklah la kan zaman kanak-kanak macam tu. Makan sambil menikmati bunyik hujan menimpa di atas zink rumah.


Ada yang suka makan dengan sambal ikan bilis dan ada gak yang suka makan dengan kelapa parut. (bukan KEPALA tau hehe jangan marah.. gurau je). Disebabkan oleh keadaan cuaca musim hujan dan tengkujuh yang membawa angin yang kuat dan sejuk maka kita akan mencari makanan atau minuman yang panas-panas untuk dimakan. Takkan hujan gini nak minum atau makan makanan sejuk kan? haha mengigil tau dan cara penyediaannya juga ringkas. Cuma kena rebus ubi kayu tu, dan sediakan sambal kalau nak wat kije lebih sikit. Kalau taknak wat kije lebih sikit, cari je kelapa parut kat kedah, (nak yang putih je, xnak yang campur dengan kerak) pastu gaulkan dengan gula, taadaaaa pa pa paaa... i'm loving it. Dah siap. terus boleh makan begitu saja.

Lagi satu selain ubi kayu dan kelapa parut, ada lagi ni. Yang ni pon makanan pilihan terbaik yang boleh kita pilih kalau nak makan waktu musim dingin ke, musim hujan je atau musim tengkujuh. Ini diberi nama Pulut dan Ikan Masin/ Kelapa. Haaa.. haha terliur dah tuu terliur.. tahu dah.. memang dah rasa dah kat sini. Tengok je terliur kan. Kesan sampingan (orang kata) Kalau makan pulut ni, boleh mengantok. Ha! kat situ la motif sebenar kita. Makan pulut nak bagi mengantok. Hujan yang sejuk, lebat segala bagai ni kan kalau disertakan dengan pulut, memang rasa mengantok yang amat dah, pastu nanti lepak-lepak sampai tertido la hahahah. Tapi sedap! Nak buat pulut manis pon boleh, buat pulut tawar pon boleh tapi penulis (AKU LA) syorkan disini, makan la dengan pulut tawar. Baru kena dengan rasa masin ikan tu. Ngam dan terbaik. 

Apa la.. takkan tengok je? Jom la kita terus pegi buat. Memadangkan keadaan di Johor Bahru ni dah hujan, memang yang tu je rasa macam nak mencari-cari. Nak cari ubi... nak cari ubi... nak cari ubi.. nak cari ubi...heheh Sedap kan. Selamat hari Jumaat kepada semua. Yahoo esok tak kerja. hehhahahahhihihih

FootNote ~ Baru lepas makan Ubi Kayu cecah gula beserta air Kopi O kawww.. terbaik lah.
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here