THE COCOON ™: Dec 8, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 December 2011

Jalan - Jalan : Plaza Angsana

6 EDITOR COMPLAINING

Yep.. kalau takde mende sangat, memang orang duk ajak aku berjalan je walapun derang tahu aku bukan la jenis kaki berjalan ke hulu ke hilir. Hari tu derang ajak pegi makan kat Plaza Angsana. Menjamu selera di Kenny Rogers. yeahh betol tu. Seingat aku la kan, kali terakhir aku menyantap di Kenny Rogers ni, waktu aku kija kat Kuantan. Ada la dalam tahun 2008 gitu kot. Yang ni kira kali ke 2 la kot aku MENGKETEDARAH kat Kenny Rogers ni hahaha


Jangan tanya aku apa yang aku makan sebab seingat aku, menu yang banyak kat dalam tu aku tengok ayam dan pasta. hahaha dah tak ingat pe jenis hidangan yang aku pilih dan pe jenis minuman. Tapi aku rasa kalau minuman tu ice blended la kot. Kentang rebus yang tak abis sebab tak sedap walaupun ditabur dengan lada hitam. Pergi kat Plaza Angsana sekadar untuk makan je. Nak jalan-jalan kat situ aku rasa takde yang best sangat la kot. Bukan tak pernah pergi tapi aku dah pergi. Kalau nak tengok handphone yang best ke boleh gak beli kat sini. Dulu kalau hari minggu, memang ramai orang asing je lepak kat Angsana. Skang aku tak tahu la sebab aku kalau boleh nak kuar pegi mana pon, lebih suka elak dari pegi pada hari orang ramai keluar. hahaha huaaaa tak suka pack pack ramai orang....


Dengan keadaan hujan kejap lebat dan kejap renyai-renyai, nun jauh disana aku tengok KFC. hehehe aishhh takkan nak singgah KFC lak kan. Takde la. Ni saje je aku amik tangkap gambar sebab tengok cermin kereta aku dah berbintik bintik dengan air. Saje la tangkap. Buat penuh memory card je. Siap suda rancangan jalan-jalan cari gambar. Kapasiti Hard Disk pon dah besau, leh download movie banyak-banyak weeeeeee

FootNote ~ Setiap hari hujan tapi petang je. Malam dah sejuk. hehehe Happy Blogging semua
Read more

Ulasan : In Time

2 EDITOR COMPLAINING

Memula aku cuma baca review, tengok trailer. Pastu tadi baru abis layan movie In Time. Heronya? Justin Timberlake. Ok la kot. Bagi yang penah tengok dia berlakon kat filem-filem sebelum ni, macam The Social Network, The Love Guru dan sebagainya. Kalau dipinjamkan suara pon ada, contohnya filem Shrek The Third (Athur), Yogi Bear (Boo Boo) dan kalau aku nak senarai banyak-banyak, lagi bagus korang tanya pakcik google yang lagi boleh membantu.
Ok. berkenaa dengan filem In Time ni, kelainan yang ada bukanlah pada jalan ceritanya tapi tentang isu apa yang derang nak bgtahu kat sini je. Macam mana kalau kita ni boleh hidup sampai umur 25 (masa depan). Lepas tu kan, duit ni tak tak guna dah. Takde dah nilai matawang ke ape ke kan, semuanya dibayar dengan harga usia kita. hahaha terbaik tak? Lepas tu kat tiap-tiap lengan sorang ni, mesti akan ada la seolah-olah jam digital gitu. Macam gambar kat atas. Aku bagi contoh, korang nak makan kat Baskin Robin, korangnye usia baru 22 tahun, harga kopi pulak 4 minit. Nak beli air kopi tu, letak je lengan korang, pastu nanti dia scan. tolak la 4 minit dari usia korang hahaha.. tergelak la aku tengok tapi best. 

Cerita pasal masa depan, tapi aku tak berapa nak nampak macam mana masa depan tu. Setakat jam digital kat lengan tu? uish... takde la masa depan sangat kot pastu dengan effect kereta yang konon macam masa depan, tapi kereta takde la masa depan mana pon. Tak nampak futuristic pon.

Cadangan perhiasan aku? Kalau nak expect lebih-lebih, memang leh kecewa kot sebabnya kalau tengok untuk santai je ok la. Boleh la aku bagi 2 setengah bintang dari 5 bintang. Cuma part yang bestnye bagi aku la kan, kalau orang tu ada masa sampai 1 juta tahun, memang selamanya la tak mati. Kalau hidup lama tapi sorang-sorang.. tak guna jugak kan? hehehe sebab ada sorang ni dah bosan sangat hidup lama, dia sudi bagi 160 tahun masa yang dia ada kepada Justin. Siap leh pegi main judi lagi tuu hehehe

Ulasan ni dari pandangan dan pendapat aku sendiri la. Ada orang suka kot tengok. Aku memang suka tengok tapi nak kata teruja tu takde pon. Silalah tengok sendiri yek hehe

FootNote ~ ada movie Immortal dengan The Muppet. Tu aku belom tengok. Cerita dah ada. heheh Layann
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here