Huaa Pekabor sekelian umat? Dah berhijrah ke? heheh aku cuma berhijrah ke kampung untuk sementara waktu. Merehatkan minda dan menenangkan jasad dari hiruk pikuk kota. Disebabkan oleh aku yang lama tak balik dan kalau tak silap, dah 2 kali raya aku tak balik kampung rasanya, hari sabtu tu aku amik keputusan untuk balik ke kampung. Benda yang aku tak plan sangat sebab tetiba adik aku datang jb, jadi pegawai pengiring untuk student2 yg ada kem motivasi kat UTM, kebetulan dia ajak aku balik kampung. Tanpa pikir panjang, aku terus la setuju. Balik dengan dia sampai ke Melaka dulu, pastu dari Melaka, baru gerak balik ke Rawang.
Balik berdua je dengan adik aku. Yang sorang lagi kat Tioman tak balik dan sampai ke rawang pon dalam pukul 11 malam gitu. Lepas tu adik aku bagitahu yang abah dengan umi aku takde kat rumah, derang pegi Raub. Ada kenduri kawin kazen aku pulak. Cadang ingat nak bertolak ke Raub terus malam tu, tapi sebab masing-masing penat dan ngantok, aku amik keputusan nak gerak g Raub pagi esok. Pagi tu gerak pegi Raub pon dalam pukul 10 pagi, sampai pukul 11 pagi dengan melalui Fraser Hill.
Seriously, sebab dah lama sangat aku tak main jalan bukit ni, ntah macam mana leh kantoi mual nak muntah hahaha.. adoi.. takpe-takpe. Dulu sebab selalu aku turun Kelantan dengan Pahang, memang takde ape sangat setakat jalan Fraser Hill, Cameron dengan Genting ni. Sebab dah jarang sangat, tu la penangan jalan bengkang bengkok. Aku pegi pon bertiga dengan adik aku je. Kebetulan derang cuti.
Memang aku tak reti nak pose depan kamera, so korang jangan salahkan aku kalau semua gamba yang ada aku attach kat sini tak cantik hahahhaa, FAILED!. Dah selesai makan nasik minyak kat Raub tu, terus aku balik konvoi dengan parent aku,. Derang nak singgah Fraser Hill, aku pon ok je la. Tak pernah pon naik sampai ke atas tu. Setakat lalu main corner baring sampai cecah helmet je. hahahah. Baru hari ni dapat g naik atas. Takde mende pon sangat. Tempat untuk dating best la. Sempat gak aku sambar baju sehelai buat ole-ole kan.
Ok ler. Tu serba sedikit cerita jalan-jalan sampai muntah nasi lemak yang dimakan pagi untuk sarapan. hhahaha seronok woo dapat balik kampung jumpa adik-adik dan orang tua. Tak dapat balik raya, aku balik di kesempatan yang ada je. haha happy blogging yaw...
FootNote ~ Kat JB hujan, kat sini tak hujan pulak.. aisehh... panas jee