THE COCOON ™: ::Mode ~ Henshin to Legendary Senin::
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~
  • Followers
  • Blog Archive
  • Blog
  • Popular Posts

Blog

13
Oct
2011

::Mode ~ Henshin to Legendary Senin::

Dah pukul 4 pagi, mood aku tetap takleh blah jugak. Bertemankan Youtube, aku cuma boleh layan segala macam video yang ada untuk sedapkan hati aku yang dah tak sedap. Kalau ada minyak dan kuali, dah lama aku goreng hati aku ni. Sedap makan hati goreng dan bertambah lagi kalau goreng bagi garing. Terangkat dari kerusi terus aku bersila atas meja je sambil meneguk Nescafe O panas yang aku dah buat pukul 11 tadi, sampai sekarang tak minum-minum lagi pon.

Video yang aku attach takde kaitan pon dengan entry aku, cuma lagu tu mungkin boleh mengambarkan mood aku di pagi-pagi buta. Kalau bulan puasa, memang confirm, aku dah bersahur waktu ni. 

Henshin to Legendary Senin yang bermaksud Bertukar Kepada Pertapa Lagenda. Yep.. aku tengah bertapa sorang-sorang depan monitor aku neh. Siapa Pertapa Lagenda? kalau korang tengok anime Naruto, ada 3 orang yang jadi lagenda dalam dunia ninja iaitu Orochimaru, Tsunade dan Jiraiya.Sorang daripada 3 orang ni hidup. 2 lagi yang dah mati iaitu Orochimaru yang dibunuh oleh anak murid dia sendiri iaitu Uchiha Sasuke, Jiraiya dibunuh oleh anak murid dia juga(selain Naruto) iaitu Pein. Tinggal Tsunade sorang dan anak muridnya ialah Sakura. Naruto, Sakura dan Sasuke satu pasukan manakala Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade pon satu pasukan sewaktu derang muda dulu. Yang ironinya... Orochimaru tinggalkan Konoha sebab addict dengan Jutsu ninja manakala Sasuke tinggalkan Konoha sebab nak tinggalkan ilmu ninja untuk membalas dendam kat Itachi (abang Sasuke). hahahahha merapu lagi wes

Pesal aku cerita pasal anime? Ada orang nak baca? Tapi selalunya kita jangan tengok cerita kartun ni tak kembangkan minda. Selalunya gelagat atau aksi dalam kartun tu memang di ambil dari gelagat manusia sendiri. Diadaptasi kearah yang lebih humor tapi ada relevannya. Tapi duk pikir kalau kartun kena ada power la, so manusia kena ada power? nop. Bukan macam tu cara berpikirnya. Kalau watak kartun tu jenis yang tak berputus asa, sentiasa membantu kawan dan tak tinggalkan kawan di belakang bila kesusahan, itu yang boleh kita cuba ambil dan terapkan dalam hidup kita.

Berimaginasi tak semestinya tak menjadi realiti kan? dan selalunya dari imaginasi juga la akan bertukar kepada lakaran kasar, idea dan akhir sekali, menjadi sesuatu yang realiti kalau kita betul-betul nak berusaha ke arah tu. Macam tu jugak aku selalu cakap pada diri aku sendiri. Jangan mudah mengalah, cuba kuatkan hati dan cuba alih tumpuan aku yang berserabut ke atau yang bermasalah pada benda-benda lain. Kalau tak boleh juga, cuba la pretend benda tu tak apa. Aku lagi suka tipu diri aku sendiri dan cakap semuanya takde pe. Boleh settle. 


FootNote ~ Aku tengah pretend takde pe dan tengah alih perhatian aku dari merasa sedih.(xtahu emo ape) hahahahaha

Total Pageviews

141656

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here