THE COCOON ™: 01/01/2010 - 02/01/2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

30 January 2010

Ustaz 'LEMAS' Dalam Kereta.......

0 EDITOR COMPLAINING
KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan
itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa
kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di
tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan,
sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang
terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer.
“Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
(JAHEAIK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.

Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Moral : SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBUKA AIB SESIAPA!!!!...

TAPI INGIN MENGAJAK ANDA SEMUA MERENUNG KEJADIAN INI SEBAGAI SEMPADAN....

beginilah roda kehidupan.. tiada seorang pun akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup.Semakin tinggi pendakian kita, semakin kencang angin dan badai cubaan yang harus kita harungi..

seperti 'ustaz' diatas... logiknya, dia tahu hukum tahu akibat... namun, gelora hidup tidak semudah lidah menyebut, akhirnya dia kecundang jua. kenapa?

sebab itu kita sering diingatkan, jangan mudah menghukum orang bersalah, asbab kita sendiri tidak tahu, kalau dia seorang yang bersalah akan terus jadi 'hantu' ... mungkin satu hari hantu itu jadi baik.. dan orang yang kita anggap 'dah ada ilmu' mesti /gerenti baik.. juga belum tentu kekal baik..

kalau kita orang marhain.. mungkin setan yang datang menggoda sekadar 'prebet' tapi bagi mereka yang berilmu..sudah barang pasti Setan 'general' yang turun padang menjalankan jarumnya.

Inilah sebabnya kita tidak digalakan dengan mudah menjatuhkan hukuman dan memandang serong kepada orang yang melakukan kesilapan dalam hidup mereka.. benarlah dari segi zahirnya memang mereka bersalah, tapi Allah lebih tahu. Jadi kalau kita memberi komen atau memberi pandangan itu, berilah dengan berpada-pada..jangan sesedap mulut dibuka, fikir..fikir... fikir.. sebelum melontar bicara.

memang kita tak buat perangai begitu, kita mungkin saja 'dah cukup baik'.. tapi mungkin saja kita bakal diuji dengan orang sekeliling kita.., ahli keluarga. sahabat. rakan.. lalu.. mari kita bersihkan hati... muhasabah diri.. mohon agar Allah sentiasa bantu kita bersangka baik dan mendoakan yang baik-baik.. untuk diri kita, keluarga, saudara mara, rakan taulan.. jiran tetangga.. dan semua orang.. semoga dengan doa kita.. Allah akan sentiasa pelihara dan lindungi kita dari sebarang .......tragedi masyarakat...

tepuk dada.. tanya iman..
tepuk kepala.. tanya akal..
Read more

29 January 2010

Friday ... best lak - Everyone can cook

2 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt.. selamat tengah hari

hari ni hari jumaat. bagi aku jumaat ni hari yang paling best la dalam banyak-banyak hari dalam seminggu ni. sebabnya kalau kija, jumaat ni last kija untuk minggu ni sebelum cuti pastu yang paling best, waktu tengahari... time solat jumaat ni la yang seronok nak tido. tak tahu ar kuat betol bisikan syaitan ni hahaha

hari ni takde benda best aku buat sangat. off to the kitchen, mula la berangan nak jadi Jamie Oliver. idola aku tu. hahahaa... nak masak-masak. ada lak orang bagi idea nak masak spaghetti, tu kira ok gak tu.. aku ingat nak masak petang ni spaghetti. terjumpa lak dengan macroni so untuk sarapan yang merangkap nak ke tengahari ni, aku pon masak la macroni. gunakan bahan-bahan yang ada. lastly, jadi jugak. sedap lak tu. cuma aku terlebih minyak masak je. heheheh kira eksperiment la ni. jadi gak. sambil nak masak tu aku cuba gak la ingat nak masak macam mana. cuba flash back kat citer-citer Naked Chef, Jamie At Home, Rachel Ray ke... Martha Stewart ke.. hahahahha

bagi aku siapa-siapa pon boleh masak. everyone can cook. cuma perlu kreatif je. hehhe pengalaman aku memasak ni jadi assistant cook je. so aku belajar dari situ la. nak kat aku suka sangat masak ni tak juga sebab kalau aku rasa nak makan yang lain dari yang lain, baru la aku mula masak ikut kreativiti aku sendiri. asalkan kita tahu tiap-tiap bahan tu camne rasa, kalau mix kan bahan-bahan tu camne la rasanya. hhehhee bereksperiment sendiri. yang penting kena banyak la baca ke atau tengok rancangan masakan feberet korang sendiri. hahahhaha

pepon.. whatever and what the F**k. jadi la diri korang sendiri, tak payah nak jadi plastik. hahahahha

wassalam
Read more

28 January 2010

Addicted to Farmville. hahaha

0 EDITOR COMPLAINING



salam...

hahhaaha. tak cerit lagi aku dah nak gelak. hahahahhha gelak puas-puas sampai guling guling dulu.
memang aku gila Farmville. sememenjak kebelakangan ni .. ish.. dah register kat Facebook ni dah lama cuma tak tahu lak ada game yang best-best dalam facebook ni.

ari tu ar.. 2-3 bulan lepas kot, dengar la kawan-kawan aku ni bersembang pasal pe kejah Farmville. aku pon dengar la. main tu takde sangat. pastu aku cuba la bukak main farmville kat facebook ni. hahahha... tak sangkat lak addict farmville... ni aku attach la gamba-gamba farmville aku ...hahahhaha takde la level tinggi cam orang lain. cukup-cukup makan je. tunggu nak lock 24x24 je ni. duit tak cukup hehehehe






aku tgk kawan-kawan aku yang lain main farmville ni macam hampeh je, duit banyak nak mampos, binatang tu banyak jenis sampai termuntah-muntah aku tengok. camne eh derang wat sampai dapat banyak tu? pelik gak. ni pon target nak potong level kawan aku ni. dia dah level 50. skang, tiap2 hari la aku ngadap benda alah ni. hahahha nakw at camne.. nasib badan.




Read more

Lajukan Vista?

0 EDITOR COMPLAINING


salam.

pada yang bagi komen pasal lajukan vista ni, memula sekali, tengok la specsifikasi pc atau laptop korang. kalau setakat pakai 512Mb ni, tak payah la guna vista. memang teruk sket. ada ura-ura yang mengatakan WinVista ni macam percubaan je, Beta Version atau Failed Version, sebab dari yang aku tengok gak Windows Vista ni baru je kuar, panas lagi sejuk pon tak, tetiba dah keluar Windows baru iaitu Windows 7. dari pada pendapat kawan-kawan, dan juga dari review kat internet, surat khabar dan sebagainya... windows 7 lagi bagus la dari vista. macam formula ni : Windows XP + Windows Vista = Windows 7. sebab pe aku cakap camtu, kalau dari segi interface, graphic lebih kurang macam vista. manakala performance windows 7 ni macam windows Xp. mungkin pe yang takde kat vista tu, ada kat win7. tu cuma pendapat dan pandangan aku la.


berbalik kepada nak lajukan vista ni,

Bahan-bahan untuk melajukan Vista anda @ pc anda...
- 2Gb RAM / 1Gb Ram
-2.4Ghz /3.0 Ghz, intel Core 2 Duo atau
- AMD processor yang seangkatan denganya.
-kapasiti Harddisc yang cukup (semoleknya buat la partition kat Hard Disc tu yek)

kalau bahan-bahan dah cukup, install la step by step ikut pe yang kuar time korang nak install Windows Vista ni. bagi aku lak, pc aku memang tak cukup spec. ahahhaa pc aku dah tua ar, otaimer. nak upgrade pon malas. tu pasal aku takleh guna Windows vista atau Windows 7 kat umah. kalau kat opis aku, daripada Windows 98, 2000, Me, Xp, Vista, Mac.. semuaaaaa da... hahaha pilih je.

untuk posting sebelum ni , macam mana nak lajukan pc, ada setup yang sesuai untuk pc yang menggunakan windows XP, Me, 98 dan seangkatan dengannya... pc aku ni cuma ram tak sampai la brape sangat... macam yang korang leh tengok sendiri. memang pc tak power pon. hahahhaha
tu pasal main farmville je, asyik kena restart je pc aku ni.. ok ar. nak blah. maghrib.







wassalam


Read more

Hari ini dalam seminggu

2 EDITOR COMPLAINING
salam

hari ni pc aku ni wat hal lagi. baru je lepas service processor siap dengan over clock lagi. memandangkan RAM pc aku nak makan pon tak lepas 512Mb, dengan modem broadband aku wat masalah pulak, pc wat masalah so jalan penyelesaiannya terpaksa aku format balik pc aku ni sebab kerap sangat "hang",

skang dah siap ar format suma benda ntah pe ntah, sambil duk melayan radio Sinar.FM ni, melayan lak Farmville kat Facebook.. tenang je la wat kije-kije aku ni. lambat sangat menunggu antivirus aku ni nak update. lagi 50 minit lak tu. nasib baik la pc aku ni tak wat hal , kalau tak memang lambat la nak update. silap-silap tu, aku kena wat satu kerja je dalam satu masa, maksud aku kena buka 1 program je dalam satu masa. betapa nazak nya pc aku skang ni.

sambil duk blogging ni, anta email-email merapu kat kawan-kawan aku. haahaha.. best gak, sambil membaca, forward email kat orang lain. melayan je.

rokok lak dah abis ni. tinggal rokok daun je. hahahhaha.. tu je yang murah setakat ni yang kerajaan tak naikkan. rokok daun. singgit je satu set.

lenguh gilo ar menunggu ni. cam nak tido je tapi tak ngatok sebab aku dah prepare air kopi satu teko tadi. hahahaa.. kasi best punya.

Read more

tahu tak korang?

0 EDITOR COMPLAINING
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya..... Cool
Read more

Kotak Kosong Tapi Berisi

0 EDITOR COMPLAINING
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan , Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
Read more

20 January 2010

Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet

0 EDITOR COMPLAINING

SERDANG: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.


Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai "0-day" kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

"Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat," katanya.


Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.



~nasib baik aku guna FireFox & Google Chrome ~

Read more

Hukum Sertai Facebook - Dipetik dari Harian Metro

0 EDITOR COMPLAINING
~korang pikir sendiri.~




SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.
Read more

Le Tour De Jaybee

0 EDITOR COMPLAINING

komban wa. hajimemashte.

huaaaa penat sangat hari ni. pagi tadi kul 10 kuar pergi JPJ Taman Daya, selesaikan pasal keta , jumpe dengan orang insuran lagi pastu rush lak pergi TNB dekat dengan Saujana, pastu SAJ kat Larkin. huaaa huaaa.. siap sempat lagi aku tertido dalam keta pasal tak cukup tido pagi tadi.

sampai kat rumah dalam pukul 5 lebih tadi. letih dan penat terus aku g mandi. lega pulak dapat rasa air waktu panas-panas cam gini kan kan. haahaha

takde mende la nak taip. hahah wassalam.
Read more

Garlic Bread

2 EDITOR COMPLAINING
Assalammualaikum wbt....
bangun pagi terlintas lak nak wat garlic bread. selalu makan roti bakar sapu mentega je, skang nak wat lain sket. saje nak share resepi. hahahaha... selamat mencubaaa.

garlic bread recipe


  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
Read more

Happy New Year?

0 EDITOR COMPLAINING
assalammualaikum wbt..

Oyasumi nasai. memandangkan aku posting blog ni memalam buta, aku ucapkan je selamat malam. Lagi pon aku duk taip ni sorang-sorang gak ibarat aku bercakap sorang-sorang juga. Apa yang aku nak inform kat sini cuma er.. ni posting aku yang terbaru untuk tahun 2010 ni walaupun dah lepas brape hari ntah tahun baru yang aku pon tak berapa nak amik tahu sangat ni hehehe..

ok. yang sebenarnya aku tgh update blog ni, letak note untuk adik aku yang baru nak belajar format pc. tu la selalu aku duk buat bukan nak amik tahu ke, nak tengok ke apa kan, heheheh bila dah jadi baru la nak tahu. kalau hantar kat kedai pon silap-silap dekat rm50 gak leh abis. emm.. apa aku nak cakap tadi. ishh tadi dah terlintas pe yg aku nak taip ni, alih-alih je terus hilang lak.


lupa aku nak ucapkan terima kasih pada komen-komen bernas yang aku terima dari anonymous yang sudi memberi komen bernas gak la kan walaupun blog aku ni tak seberapa sangat tapi aku bangga la ia menjadi sebahagian dari hidup aku yang aku nak kongsi dengan sesape pon. haahha bukan nya per, sekurang-kurangnya leh ar latih jari jemari aku untuk menaip dengan lebih pantas. kan kan kan.. hak hak hakk

idea dah datang, skang ni aku banyak je duk lepak kat facebook, bukan wat apa pon sangat tapi lebih duk main game Farmville. hahahha adesss.. layan je, dan yang paling penting aku dapat la berhubung dengan bekas rakan sekolah lama aku dulu. huhuh tu yang best tu. kira bagus gak lak facebook ni kan, kalau tak sorg dua je aku dapat keep in touch, skang dah ramai.

tahun dah masuk tahun baru, bila aku nak mula hidup baru???

wassalam
Read more

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

0 EDITOR COMPLAINING

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat supaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan installWindows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
Hidupkan komputer anda.
Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
boot sequence
Pilih Boot Sequence.
boot sequence
Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
boot sequence
Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.

boot sequence

Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya andainstall Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. 

    install Windows XP
    “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
    Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2
    windows-no-hard-disk
    “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
    Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru
    install Windows XP
    Sekiranya hard disk anda:
    masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8. Tetapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
    Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
    Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
    Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalamexternal hard drive.
    install Windows XP
    Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
    Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
    Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
    Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses installWindows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

    Install Windows XP

    Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
    Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
    Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
    Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
    Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
    Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
    Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
    Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

    Mula Menggunakan Windows XP

    Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
    “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
    Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
    Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
    Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
    Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
    Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
    Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP
    Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri..
    Read more

    How to Format Your PC

    0 EDITOR COMPLAINING

    Configure your computer to start from the CD or DVD drive

    To start your computer from the Windows XP CD, your computer must be configured to start from the CD or DVD drive. In some cases, you may have to modify your computer's BIOS settings to set this configuration. For information about how to configure your computer to start from the CD or DVD drive, see the documentation that is included with your computer, or contact the computer manufacturer.

    If you have a computer that cannot start from the CD or DVD drive and you need to start your computer from the startup disk, make sure that you have the floppy setup disks so that you can run the Setup program from the floppy disk drive.

    Note You can obtain Windows XP Setup boot disks from Microsoft, but only by download. We provide the Setup boot disks so that you can run the Setup program on computers that cannot use a bootable CD-ROM. If you can start your computer from a CD-ROM or from a network-based installation, we strongly recommend that you use those installation methods instead. Future products will no longer support installation by using the Setup boot disks.

    How to partition and format the hard disk using the Windows XP Setup program

    You can use the Windows XP Setup program to partition and format the hard disk. To do this, use the following steps:

    Step 1: Partition the hard disk

    1. Insert the Windows XP CD into your CD or DVD drive, or insert the first Windows XP Setup disk into the floppy disk drive, and then restart the computer to start the Windows XP Setup program.

      Note If you are using the Windows XP Setup disks, insert each additional disk when you are prompted, and then press ENTER to continue after you insert each disk.
    2. If you are prompted, select any options that are required to start the computer from the CD or DVD drive.
    3. If your hard disk controller requires a third-party original equipment manufacturer (OEM) driver, press F6 to specify the driver. For more information about how to use F6 to supply a third-party OEM device driver while the Windows Setup program is running, click the following article number to view the article in the Microsoft Knowledge Base:
      314859 Limited OEM driver support is available with F6 during Windows XP Setup
    4. At the Welcome to Setup page, press ENTER.

      Note If you are using the Setup disks (six bootable disks), the setup prompts you to insert the Windows XP CD.
    5. Press F8 to accept the Windows XP Licensing Agreement.
    6. If an existing Windows XP installation is detected, you are prompted to repair it. To bypass the repair, press ESC.
    7. All existing partitions and non-partitioned spaces are listed for each physical hard disk. Use the ARROW keys to select an existing partition, or create a new partition by selecting the non-partitioned space where you want to create a new partition. You can also press C to create a new partition using non-partitioned space.

      Note If you want to create a partition where one or more partitions already exist, you must first delete the existing partition or partitions, and then create the new partition. You can press D to delete an existing partition, and then press L (or press ENTER, and then press L if it is the System partition) to confirm that you want to delete the partition. Repeat this step for each existing partition that you want to include in the new partition. When all the partitions are deleted, select the remaining non-partitioned space, and then press C to create the new partition.
    8. To create the partition with the maximum size, press ENTER. To specify the partition size, type the size in megabytes (MB) for the new partition, and then press ENTER.
    9. If you want to create additional partitions, repeat steps g. and h.
    10. To format the partition and install Windows XP, go to step 2.

      If you do not want to install Windows XP, press F3 two times to exit the Windows Setup program, and then do not follow the remaining steps in this article.

      To format the partition without installing Windows XP, use a different utility.

    Step 2: Format the hard disk and install Windows XP

    1. Use the ARROW keys to select the partition where you want to install Windows XP, and then press ENTER.
    2. Select the format option that you want to use to format the partition. You can select from the following options:
      • Format the partition by using the NTFS file system (Quick)
      • Format the partition by using the FAT file system (Quick)
      • Format the partition by using the NTFS file system
      • Format the partition by using the FAT file system
      • Leave the current file system intact (no changes)
      Notes
      • If the selected partition is a new partition, the option to leave the current file system intact is not available.
      • If the selected partition is larger than 32 gigabytes (GB), the FAT file system option is not available.
      • If the selected partition is larger than 2 GB, the Windows Setup program uses the FAT32 file system (you must press ENTER to confirm).
      • If the partition is smaller than 2 GB, the Windows Setup program uses the FAT16 file system.
      • If you deleted and created a new System partition, but you are installing Windows XP on a different partition, you are prompted to select a file system for both the System and Startup partitions.
    3. Press ENTER.
    4. After the Windows Setup program formats the partition, follow the instructions that appear on the screen to install Windows XP. After the Windows Setup program is finished and you have restarted the computer, you can use the Disk Management tools in Windows XP to create or format more partitions. For additional information about how to use the Windows XP Disk Management tools to partition and format your hard disk, click the following article number to view the article in the Microsoft Knowledge Base:
      309000 How to use Disk Management to configure basic disks in Windows XP

    Additional notes

    Before you can install an operating system such as Windows XP, you must first create a primary partition on the first physical hard disk (Disk 0) on your computer. Then, you can format a file system on that partition to create what is called the System partition.

    Or, you can create a separate partition for the operating system on any physical hard disk. This is known as the Startup partition. The System partition on Disk 0 can also be used as a Startup partition.
    Read more

    Popular Posts

    Follow by Email

    Google+ Followers

    Total Pageviews

    My Blog List

    Search This Blog

    PING

    Blogged.my Blogged.my
    Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
    Donate Here