THE COCOON ™: Feb 8, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

08 February 2011

Pasta For Life...

0 EDITOR COMPLAINING
Selamat pagi semua yek.


 Posting kali ni lewat sikit sebab dengan keadaan badan yang kurang sihat. Balik kerja tadi terus tertido sampai tak sedar pe. Yang aku sedar pon, terjaga pukul 10 malam tadi. Memang tak larat nak buat kerja tadi, dengan batuk, sakit pinggang, dah macam sakit urat,, tu tanda-tanda aku nak deman ler ni.


Untuk posting kali ni aku nak bercerita pasal masakan kot hahahahah,.... bangun pukul 10 malam tadi perut pulak lapar, so aku pegi la tengok-tengok kat dapur kalau ada apa-yang boleh aku makan ke masak ke, nak keluar pon memang malas. Buat spot check kat dapur, ada la jumpa bahan-bahan yang boleh aku masak seringkas yang boleh dan mungkin sekenyang yang boleh la kot.


Menu aku malam tadi untuk memasak ialah Spaghetti. So bahan-bahan yang aku jumpa mesti la Spaghetti, manakala untuk membuat sos pulak, sangat sangat ler senang. Ni bagi sesiapa yang takde Prego la kan. Resepi ni untuk sesiapa yang tiada asas utama untuk membuat sos spaghetti tu. Kat sini aku senaraikan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat sos spaghetti. Untuk pengetahuan korang, memang aku tak amik resepi ni kat man-mana, tapi aku buat berdasarkan pada pengetahun aku sendiri iaitu dari membaca dan tengok rancangan masakan je hahaha especially citer Jamie Oliver yek. Rasanya semua orang boleh buat kot.


Ok, kita teruskan dengan bahan-bahan untuk membuat sos spaghetti yek, Pertama sekali kena ada Sos Tomato, Sos Cili atau Cili Boh pon boleh, Sedikit perencah kiub ayam atau Maggi cukup rasa pon memadai, Bawang Putih , Bawang Merah, (Bawang Merah yang dah siap blender, memang aku sediakan benda ni awal-awal in case nak cepat masak tanpa kena kupas bawang.), sedikit lada sulah atau lada hitam, garam dan gula. Rasanya tu saja kot bahan-bahan yang perlu dan memang basic ada dalam setiap dapur.


Cara nak buat sosnya ni, macam ni, Kupas Bawang Putih dan tumis. mesti la kena letak minyak kalau nak tumis kan? kalau ada Minyak zaitun lagi bagus la tapi untuk yang ni aku guna minyak masak je, kalau boleh bawang putih satu labu pon dah cukup, sebab aku masak memang suka letak Bawang Putih lebih. bila dah tumis bawang putih tadi, masukkan bawang merah atau bawang besar yang siap di blender atau yang korang tumbuk la kan, Bila bawang tu dah naik bau sket, masukkan Cili Boh atau Sos Cili dengan sukatan 2 atau 3 sudu besar, Sos Tomato dalam setengah botol, kemudian masukan Kiub Ayam sket. Sebab aku masukkan Kiub Ayam ni ialah, aku takde MeatBall, daging cincang dan cendawan butang. Untuk bagi rasa sket, letak la kiub pati ayam atau pon perasa apa-apa. okey tak gitu? hehehe.. ok. bila dah masukkan semua tu, kacau biar rata dan sehingga mendidih sos tu. yang penting kena rasa tomato tu lebih. kalau korang ada tomato, tu lagi bagus, hiris dan masukkan sekali, kemudian kacau bagi hampir hancur tomato tu. tapi dalam masakan ni, aku tak menggunakan buah tomato sebab memang takde stok. tak beli daa hehehe...


Bila sos yang kita buat tu dah mengelegak, rasa sket, kalau boleh lebihkan rasa tomato tu sendiri dari rasa pedas sos cili atau pedas cili boh tu, daripada Prego tu sendiri dan sos pasta tu sendiri, memang rasa tomato gitu kan. Baru teringat, kalau ada tomato puri pon lagi bagus. boleh masukkan jugak. so bila dah rasa masam tomato tu sket, masukkan lada sulah atau lada hitam secukup rasa, masukkan garam dan gula secubit rasa. selepas tu tambah secawan air kedalam sos tadi. biarkan mendidih dan pekat, kalau lagi pekat, lagi la bagus kan.


Untuk masak spaghetti tu, takkan nak kena ajar gak kan? hahahha.. rebus air, masukkan spaghetti sampai lembut. macam mana nak tahu dah masak pasta tu? kalau kita dapat putuskan pasta tu dengan jari, tandanya dah masak ler, bila dah masak, angkat ke sinki, bukak paip air, pastu toskan pada penapis, air yang di buka tu penting sebab nak cepat sejukan pasta tu. dan jangan lupa waktu rebus tu, letakkan garam secubit.. hehehehe


maka skang dah siap la pasta ala Supper Upper Case? ape kesss hahaha... so tunggu pe lagi, takkan nak ajar camne nak makan lak kan? letak ler cheese untuk toping pastu tu, baru la sedap.


SELAMAT MENCHOBA
Read more

i'm sick and tired of being sick and tired

0 EDITOR COMPLAINING
I’ve been sick with the flu, or something like that, the last couple of days (and kind of still is), so there hasn’t been much to write about.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here