THE COCOON ™: May 22, 2008
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

22 May 2008

Faktor Kelembapan Streamyx dan Cara Penyelesaiannya

0 EDITOR COMPLAINING
saja aku post mende ni sebab ada yg lembab sket pasal strymx ni... pas ni kalau mengong gak, aku tatau la sebab ada hamba allah tu cakap merepek, tutup tenet dia, x bagi guna, kalau guna kena bayar rm300. mengong ke tak mcm tu?


Faktor Kelembapan Streamyx dan Cara Penyelesaiannya


Sejak akhir-akhir ini, aku rasa macam ada yang tak kena dengan talian Streamyx. Lembab yang amat.


Antara faktor yang boleh menyebabkan isu ini adalah seperti:
1. Kualiti wayar telefon.
2. Jarak antara kabel di rumah anda dengan “Exchange” TM (sebaik-baiknya kurang dari 5km).
3. Cuaca (hujan dan kilat).
4. Kesan elektromagnet. Pastikan modem anda dijauhkan dari perkakasan elektrik seperti televisyen, radio, mesin faks, peti sejuk, penghawa dingin, lampu, ketuhar gelombang, telefon bimbit dan sebagainya.
5. Pencapaian komputer (saiz ruang cakera keras, pemproses, RAM, program yang dijalankan secara serentak).
6. Kesesakan internet terutamanya bagi aplikasi “online game” dan P2P.


Lepas tu pulak, aku dinasihatkan untuk melakukan langkah-langkah penyelesaian seperti di bawah:


1. Jangan guna “splitter”/”micro filter”/mesin faks/”lightning protector”.
2. Membuat sambungan terus dari modem ke soket dinding (Tanpa sambungan selari).
3. “Flush” DNS.


a) Untuk Windows 98/ME:
- Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
- Taip “winipcfg” kemudian klik “OK”
- Pilih jenis network card yang digunakan oleh komputer anda
- Klik pada butang “Release”
- Kemudian alamat IP akan menunjukkan bacaan 0.0.0.0. dan kemudian klik “Renew All”
- Klik “Close” untuk menutup tetingkap program


b) Untuk Windows 2000/XP:
- Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
- Taip “cmd” dan klik “OK”
- Taip “ipconfig /flushdns” dan tekan butang “Enter” di keyboard
- Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
- Taip “exit” dan tekan butang “Enter” di papan kekunci bagi menutup tetingkap program


c) Untuk Windows Vista:
- Klik butang “Start”
- Klik “All Programs”
- Klik “Accessories”
- Klik kanan pada “Command Prompt”
- Pilih “Run As Administrator”
- Taipkan “ipconfig /flushdns”, dan tekan “Enter”
- Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
- Taip “exit” dan tekan butang “Enter’ di papan kekunci bagi menutup tetingkap program


4. Menghapuskan ruangan “Cache” (”Temporary Files”, “Delete Cookies” dan “Delete Files”) bawah “Internet Options”.


5. Sila ubah konfigurasi pelayar (”browser”) kepada “Default”.
- Klik “Tools”
- Pilih “Internet Options”
- Klik “Advanced”
- Klik “Restore Defaults”


6. Sila jangan gunakan fungsi “firewall” buat sementara waktu.


7. Menghapuskan “SSL Certificates”.
- Klik “Tools”
- Pilih “Internet Options”
- Klik “Content” tab
- Klik “Clear SSL State”
8. Melaksanakan imbasan Windows.
9. Sila jangan gunakan fungsi Anti-Virus.
10. Sila jangan gunakan aplikasi P2P.
11. Membuat dialer dan mengkonfigurasi DNS. (Preferred DNS Server: 202.188.0.133/Alternate DNS Server: 202.188.1.5).
12. Matikan bekalan kuasa modem dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum menghidupkannya semula.
13) Matikan bekalan komputer.
14) Bacaan ujian “Bandwidth” melalui ‘Bandwidth Test Page’ kami di http://202.188.95.52:8080/speedometer/ . Bagaimanapun, sekiranya keputusan ujian bandwidth dibawah 70% daripada kelajuan maksimum, sila sertakan keputusan ujian tersebut dalam kilobits (kbits).

Last sekali dia bagi tau aku, kalau tak jadi jugak, bolehlah menghubungi Unit Teknikal diorang di talian 100 dan pilih “Perkhidmatan Internet” sekiranya memerlukan bantuan bagi langkah-langkah di atas.


Jadi korang semua kalau ada masalah, try dulu buat benda-benda kat atas ni. Pastu kalau tak jadi, report kat diorang, email ker, call ker, dan bagi tau semua benda-benda kat atas ni.


Yang penting, jangan biarkan diorang suruh kita buat apa-apa yang kat atas tu. Suruh diorang datang terus ke rumah korang dan buat pemeriksaan ke atas talian internet korang.


Kalau tak dapat jugak, pesanan aku, carilah pengganti Streamyx. Ikutlah nak pakai Celcom Broadband ker, Maxis Broadband ker, Jaring ker, janji puas hati.


Wallahu a’lam.
Read more

suatu pagi yang ceria di pagi waktu kerja

0 EDITOR COMPLAINING

assalammualaikum wbt..


ntah tak tahu nak mula mcm mana, penah ke korang bangun pagi2, pastu rasa dahaga sgt? aku ada gak rasa mc tu, bangun pagi pun lewat sket sebab semalam layan citer adam sandler The Longest Yard. klako lak. adik aku bz je duk sms tanya mcm mana nak tgk bola kat internet, aku cakap je la search kat yahoo. pagi tadi final Man Utd vs Chelsea. Tak tahu la aku dia tgk ke tak.
so, bangun pagi tadi pun lewat le, tapi sampai awal lak, heheh.. x sedor aku bawak moto laju sangat, sebelum ni bawak keta, jalan jammed teruk sangat antara nak masuk ke simpang ke senai.balik lagi teruk jammed. tapi aku dah naik moto ni, kira ok la gak kan. thanks la utk kawan2 kat tempat kija yang banyak tlg, walau pun waktu aku masuk mula2 tu, pemalu mcm sial.


x banyak sangat benda yang aku nak tulis pagi ni, tapi tu le, tiap2 kali ada idea yg nak kuar, mmg terus tulis, waktu blaja dulu pun aku selalu gak menulis , tapi tu le, dah lupa password blog aku. terpaksa la aku buka blog baru walaupun nama blog ni kureng enak sket dengar, tapi ape yg aa pada nama. kan kan...
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here