THE COCOON ™: 2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 September 2012

Jailbreak

4 EDITOR COMPLAINING
Ok. Tajuk pon dah tahu. Hahah update blog dari iphone dengan macam- macam posisi baring. Skang aku nak cite pasal jailbreak. Bagu yang suka melangkaui batasan waranti, boleh la
Cuba jailbreak iphone kirang tu. disebabkn ios aku versi 5.11 jadi kita kena cari jailbreak version yg sama dengan version iphone kita. Contog yg aku dah jailbreak pon ad kat gambar tu. hanya menggunakan absinthe untuk install cydia dan gunan cydia untuk install installous. Satu aplikasi yang sama dengan apps store itunes. Dan yang best lagi ianya percuma.

Sebelum nak jailbreak memang aku sarankan korang kena banyak wat research pasal absinthe kat website nye. Serba sedikit kena la tahu pro dan kontranya. Jangan membuta tuli buat. Dan yang penting kalau nak upgrade ke ios baru, back up dulu sebelum jailbreak. Silap2 nanti abis iphone korang. Pastu cari la tweak, theme atau apa pon yg korang suka dgn cara tgk review org yang dah penah guna benda alah ni. Heheh dan akhir sekali... Enjoy the jailbreak idevice korang heeheheh
Read more

09 September 2012

iOS 6 yeaa

3 EDITOR COMPLAINING
Yea iPhone 5 pon dah nak keluar dan aku bukan x sabar nak beli iPhone baru tapi tak sabar nak update iOS iPhone 4s aku. Bukan apa kan sbb salah satu yg aku suka part iOS 6 ni adalah FaceTime yang boleh buat over the cellular gitu. So x payah nak kena tunggu ada wifi. Itu adalah salah satu ciri firmware yang telah dikemaskini. Antara program yg di kemaskini adalah Siri, kamera, facebook utk iPhone dan ada lagi 2 3 jenis yg aku x ingat.

Bagi aku yg memang berminat dgn produk Apple ni memang selalu gak baca info2 pasal Apple ni. Produk pertama yang aku ada dari Apple ialah iPod Touch. X banyak beza dari iPhone cuma xleh call je. Heheh Apa pon memang x sabar nak tunggu 12hb ni sebab pada tarikh tersebut Apple akan umumkan produk terbaru mereka iaitu iPhone 5. Tapi tak tahu la derang nak letak nama pe lak kan ... Hehe
Read more

Takde kije la ni

1 EDITOR COMPLAINING
Malam ini kita kije overtime penyamun suma. Ai ai cip. Hahaha takde kije sangat sampai aku duk ulang tayang tengok movie P. Ramlee ni shiok woo walau pun dah brape kali tengok tapi x bohsan.

Ape plak aktiviti orang lain time2 gini yek. Kat jb ni dah hari-hari hujan, tapi x lama la hujan. Jenis hujab kejap2 he. Sape naik moto ni mmg kena prepared la baju ujan siap2. Karang x sempat nak g kije memang dav basah lencun suma. Ape pon all the best utk aku. Hahaha
Read more

24 August 2012

Cuti raya lagi

2 EDITOR COMPLAINING
Wahh penat gak ni berjalan jauh. Lepas raya baru la aku dapat balik kampung. Tu pon naik bas je. Xpe janji dapat balik daripada tak dapat balik langsung. Pastu kena plak ada majlis pertunangan adik pompuab aku, tu yang balik gak tu kan at least dapat join gitu tolong apa-apa yang patut.

Skang aku lepak tengok tv je, xde aktiviti nak buat memandangkan majlis tu berlangsung esok. Nasib baik l dah banyak download movie pastu tengok kat tv besar, memang puas ati sanat tengok hehehh n buat pertama kali gak
Blogging pakai hp je hahah terbaiklah. Apa yg terlintas leh la terus taip heeh

Ok la nak blah dulu. Ngantok tenung skrin lama2 neh
Read more

23 July 2012

Puasa Di Langit Biru

3 EDITOR COMPLAINING

 Bulan Puasa... Bulan Ramadhan... memang banyak kuasa allah kita dapat tengok. Hari ni memang panas terik. Panas yang sangat-sangat takleh aku nak gambarkan. Kenapa? Sebab bila aku tengok di luar jendela, awan pon takde. Patut la panas sangat. Kejadian yang selalu atau jarang-jarang? Kalau selalu jalan kaki kepala asyik tunduk ke bawah ke kan apa kata sekali sekala kita dongak ke langit sambil menikmati keindahan alam... walaupun panas. Memang nampak bersih je langit kalau takde awan. Biru je kan...



Kalau malam pulak, ada sekali tu, aku akan tengok awan memagar bulan. Penah nampak? Selalu bulan puasa ni, kalau kena dengan masanya memang kita akan jumpa gak kejadian yang macam ni. Indah dan aku suka tengok benda-benda macam ni. Memberikan rasa yang tak dapat di gambarkan.

Dan paling aku suka bila tengok langit di waktu malam, kalau kita tengok betol-betol... Bukan saje bintang yang ada kat langit tu. Semalam bila aku pandang ke langit, aku nampak sesuatu  yang bergerak agak laju, macam bintang kemudian hilang macam tu je. Seriously aku memang minat pasal UFO ni dan memang teringin sangat nak tengok betol-betol. Seingat aku, aku penah nampak kejadian yang sama macam semalam aku tengok. Bukan kapal terbang, tapi objek sebesar bintang di langit yang bergerak. Curious.... dan excited. Apa pon di bulan penuh rahmat ni, tengah-tengah malam, aku memang suka berada di luar rumah sambil tengok langit malam. Syahdu...
Read more

14 July 2012

Quick Draw

0 EDITOR COMPLAINING
Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan


I think I'd like to do something nice for somebody. I think it's good if you smile at someone, and they smile in return. Voluntary love encourages people to create a sense of friendliness. Love that is unconditional gives us respect as people, however, it's wrong to force love, to try to keep it alive. If the strain goes on eventually it will bloom into the flower called lie. The deceptively thorny flower that hurts people.
Read more

13 July 2012

Truth of Mistake

0 EDITOR COMPLAINING

There's something that cannot be expressed in words, human emotion. Emotions of the heart can't be just tucked away in a closet. There's a way to know the emotions. Look into the eyes. The girl lied to me, and I believed her. The gentleman lied to me, when I trusted him, but the moment I looked into his eyes the angel of destiny began to unravel the truth. Just look into their eyes. There is only one truth.
Read more

Whenever something is gained, something is always lost

0 EDITOR COMPLAINING
Love and Peace

Tadi pegi Tesco Bukit Indah untuk menjamu selera .. bleh tahan sedap gak kari kepala ikan dengan siakap 3 rasa tu.. sedapp sangattt bila perut memang tengah lapar. Kena pada masa dan caranya yek. Gambar memang takde kaitan pon dengan cerita yang aku nak taip kat sini, begitu jugalah dengan tajuk. Aku ni memang jarang-jarang sangat nak pegi sana sini semata-mata untuk makan tapi kalau dah kena 1 tempat yang best untuk makan, aku memang akan makan kat situ. Nak kata selalu tu tak la. Jarang-jarang. Tempat makanan yang murah memang aku akan selalu pergi.

Aku ni memang frust sket skang sebab huahahaha ingat aku frust pasal pompuan? frust sangat sbb bila balik umah baru teringat nak tapau nes o ais. Bila dah kat umah aku jadi malas plak nak kuar. Kalau nak kuar pon mest lewat2 sket. Adoii kan bagus kalau ada moto. Sonang la sket nak kuar g dekat2. Kalau dekat pon naik keta mmg la parah sket. Jalan kaki? er tu aku pikir banyak kali sebab kat kawasan aku ni memang ada kes ragut la, kes bunuh-bunuh la. hahaha mana la tahu tetiba jalan sensorang ada plak yang nak rompak. Tu yang bahaya sket neh.

Kan kan kannnnn....
Read more

A past that can't be forgotten and can't be buried

2 EDITOR COMPLAINING

2 perkara yang wajib ada dalam PC aku iaitu permainan PC Red Alert n Counter Strike. (rujuk gambar hihi). Ni yang aku suka buat selain dari download. Red Alert... permainan yang boleh buatkan aku mengadap dan tenung monitor lama-lama. Kepala otak duk pikir macam mana nak serang pihak lawan. Macam catur tapi dari bentuk yang berlainan. Yep.. game lama... memang lama. Aku suka mengadap benda alah ni dari tahun 2003 gitu kalau tak silap n aku pernah anjurkan tournament untuk game Counter Strike. huahahah Tournament sempena hari terbuka kolej. Boleh gitu? Tapi guna CS : Conditon Zero. Yang ni leh lock cheat. huahahahha Giler boring baca kalau yang membaca ni tak minat game kan kan...


Penah aku update status kat FB pasal main game ni dan ada kawan-kawan aku cakap " Ko main game neh?? " so?? yep memang aku main lagi game ni. Memandangkan PC aku pon bukan la stock untuk game yang heavy machine pon jadi aku letak la benda yang tak banyak benda kena buat. Yang penting, kita hepi kan kan...and... aku stuck kat sini plak. Lama benor aku nak amik masa sambung tulis menda ni so terus jadi blurrrrrrrrrrrrr.....

nite. huhu
Read more

hapdet laa lagi

0 EDITOR COMPLAINING

Aku berbongkok sambil menghulurkan salam...." Apa Khabar ? " .. huahahha lama aku tak bukak cerita.. cerita yang ntah apa-apa la kot. Disebabkan baru upgrade ke Unifi, hobi kegemaran aku mendownload movie tak abis-abis sampai tak larat nak tengok movie tapi masih lagi duk tengok movie gak tak henti-henti. Silap-silap jadi marathon macam aku study dulu. Bosan sangat study.. jawabnya layan movie je la.

Gambar gi atas takde kena mengena pon dengan entry aku kali ni. Saje tangkap gambar grenade yang dah jadi pineapple. Sebenarnya memang takleh simpan kot benda-benda gini kan. So saje aku duk blogwalking sampai tengok mana-mana kontes yang bleh bagi duit tapi still takde gak. Kalau ada pon leh la dalam RM10 je. Mmmmm.. tak berbaloi-baloi sangat. Nak beli hp pon tak lepas ni. Huahahaha....

Berita terbaru? aku memang jarang tengok berita, jarang baca surat khabar apatah lagi baca surat khabar online. Kalau orang bercerita, aku dengar je la kot. Paling tidak pon jeling muka depan surat khabar je dan muka depan homepage Yahoo! atau Google.  Jadi apa yang menarik hari ni? Takde yang menarik hati.

Sekian wassalam 
Read more

08 June 2012

Koleksi Keris Di Johor Bahru

2 EDITOR COMPLAINING

Assalammualaikum wbt... bertemu lagi kita walaupun dah jarang sangat-sangat aku update blog, so kat sini aku ada nak kongsi sikit pasal satu tempat ni yang mempunyai koleksi senjata lama macam keris, pedang dan sebagainya. Nak jual boleh dan nak beli pon boleh. Di kawasan Johor Bahru ni, ada Balai Seni iaitu tempat pameran barang antik. Nama tempat tu Seri Dhuha Balai Seni Nusantara yang ada mempamerkan Keris, Senjata lama, Tepak Sireh dan Kayu Membatu. Sebenarnya ada banyak lagi tapi tu aku bagitahu secara umum je la.


Macam yang korang tengok pada kesemua gambar yang aku dah lampirkan ni, kesemuanya telah berada di Balai Seni tersebut. Untuk peminat keris-keris lama dan teringin nak beli, boleh datang kat tempat ni atau ada yang sudi nak menjual keris atau senjata lama, pon boleh datang ke tempat ni.




5 Bilah pedang. Yup.. ni memang pedang yang real dan antik. Sebab ape? Sebab pedang-pedang ni dari koleksi yang sangat lama. Cuma tak bersarung je. Mengikut encik Shah, iaitu tuan punya Balai Seni tu bagitahu aku, ada yang keris masih lagi ada semangat dan ada yang takde semangat. Keris berdiri, keris bergerak dan macam-macam lagi ragam yang ada sebab keris ni pon bertuan jugak. Kebanyakkan keris ni semua adalah keris lama dan sudah tidak bertuan. Keris yang aku ada pon, rasanya aku tak terjaga. Dari tak jaga, baik aku jual pada orang yang sudi nak jaga kalau kena dengan mahar nye. Mahar.. bukan mahal. heheh

Koleksi keris besar dan parang. Besar mana keris tu? Sarung keris tu saje dah besar lengan aku. Kerisnya memang besar parang. Tak percaya? Tengok je ibu jari kaki aku tu besar mana. hehehe. Kalau kita ada terbaca sejarah, Keris ni memang sinonim sangat dah dengan orang Melayu. Dulu-dulu takde pistol, senapang. Keris juga menjadi senjata utama. Keris yang paling popular adalah keris Taming Sari yang sekarang ni berada di bawah jagaan Sultan Perak. Kalau tak silap aku la.


Ada 2 jenis keris kat sini. Satunya sarung yang bersalut besi, dan satu lagi sarung yang memang totally kayu. Takde salut apa-apa. 







Read more

17 May 2012

Jantung Hati Ku

0 EDITOR COMPLAINING

Pukul 2 tadi aku ada temujanji dengan HSA berkenaan keputusan darah dan ujian ECG. Memang agak lama gak sebab dalam takde orang pon, servis boleh tahan lembab. 9 orang yang tunggu turn dan aku adalah orang yang ke 9, siap semua dan segala bagai dalam pukul 5 lebih gak kot tadi. 

So ape keputusannya? Doktor cakap aku jantung aku memang ada problem dan berkemungkinan jugak injap jantung di sebelah kiri aku tu bermasalah yang membuatkan jantung aku berdegup kencang. Tak normal? ntah tak tahu la nak cakap ape. Pastu dah check suma, siap dengan ubat, aku kena buat temujanji pulak untuk x-ray dan scanning. Ultra sound kot... ntah.. tapi ingat-ingat lupa jugak. Skang ni aku tengah pikir macam mana nak buat ni. Patut aku pergi untuk 2nd check up atau tak payah.

Honestly aku memang tak suka nak check up apatah lagi kalau kena masuk wad, kena operate ke ape memang tak suka sangat la. Cukup la sekali aku duduk dalam wad seminggu. Tu pon bosan yang teramat sangat sudah. Tapi apa kan daya... dah dapat penyakit yang ntah apa-apa ni memang buat aku aku down sangat-sangat. sekian.

The End
Read more

16 May 2012

Tatau Tajuk Pe

0 EDITOR COMPLAINING

Oh yeah memang lama sudah aku tak menjenguk blog kesayangan yang hampir muram dek kerana kelekaan ku bekerja.. macam la orang lain tak bekerja jugak kan.. tapi sebab tertentu mcm semalam yang hujan lebat sambil diselangi oleh ribut petir membuatkan perasaan aku terbantut dalam meng online kan diri aku neh. Nampak gaya aku memang dah slow pulak duk update blog. Bukan sebab ape.. sebab macam-macam yang datang menimpa neh.

Minggu lepas... kes pasal kereta aku yang tak setel lagi. Pegi bengkel tuka enjin Mitsubishi 4G15 standard dan hal tu tak selesai dengan PUSPAKOM. Bukan salah PUSPAKOM tapi salah agen yang tak abis nak settel keta tu. Benda yang terpaksa aku hadapi ialah tak dapat pegi kerja selama seminggu. Seminggu? Yeah seminggu aku tak pergi kerja. Dah la tempat aku tu kalau ponteng sehari, tolak RM100. Tapi aku rasa aku tak ponteng kot sebabnya aku cuti bersebab yang sangat rasional. Nape rasional? Aku bukanlah gatal tangan nak saje saje pegi anta kereta ke bengkel tapi sebab memang rosak. Takde la gatal poket nak abiskan duit untuk upgrade enjin keta saje saje tapi memang kena tuka enjin lain sebab enjin proton ni memang dah rosak. Sabor je la yek.

Dan minggu ni pulak lepas abis hal kereta, kompeni suh aku bercuti lagi sampai la 17hb. Sebab ape sampai 17hb? sebab hari tu dan merangkap hari esok, aku memang kena pegi check up. Doktor kata jantung aku ada masalah dan kompeni kata aku takleh kija sbb jantung aku ada masalah n aku kena dapatkan surat doktor yang mengatakan bahawasanya aku ni boleh atau tak boleh kerja dengan kondisi kesihatan aku skang ni. Adoi.... Maksudnya aku boleh atau tak boleh kerja berat atau buat kerja yang boleh buat kan aku terus padam atau aku kena kerja yang biasa-biasa saja supaya kondisi jantung aku tak tergugat daripada membuatkan aku terus padam.... selamanya... wallahualam...

Ni pon nak story yang baru-baru ni aku ada la masuk satu contest dari sorg artis yang ada fan club/page kat FB. Artis mana yang takde fan club kan. Dengar kata dapat hadiah lumayan.. orang kata ipad dan aku masuk la gak.. tapi bila dah umumkan pemenang dah hadiah.. aku ingatkan betol-betol dapat ipad dan sememangnya aku bersemangat waja... tapi ape hadiahnya? hadiahnya ialah sehelai baju yang ada tandatangan artis tu.. PUIIHHHHH..... aku pon taknak. Mati-mati ingat hadiah best tapi setakat baju je aku rela beli jersi CHELSEA musim 12/13 atau setiap musim pon aku sanggup beli walaupun local. Tak kisah la murah janji CHELSEA. huahahahhaha dan tu luahan yang malas aku letak kat status FB kat fanpage tu sebab aku tahu ramai peminat fanatik yang aku menghambur macam-macam. Sket sket sound.. sket sket sound.. macam ko dah bagus sangat... puiiihhhh Minat fanatik nak mampos k-pop pon bukan leh tolong kaw kat kubor nanti. Huahahah gile ayat takleh blah... hahahah n aku patut stop kat sini dulu yeahhh

FootNote ~ The End
Read more

20 April 2012

AVIRA : Spin IT and Win IT yeahh

1 EDITOR COMPLAINING
Ok.. baru-baru ni Anti virus aku ada pop-up pasal contest lak via Facebook. Aku pon masuk la. Di sebabkan aku ni memang pengguna setia Avira Anti Virus, pastu dapat lak percuma selama setahun gitu... terus aku tengok link kat Facebook. Ghupenye ada contest lagik. Hadiah lak lumayan sangat...



Hadiah ada tertera kat gambar yang aku dah letak ni. Korang klik gambar pon boleh atau klik kat SINI yang penting korang ada akaun Facebook. Tak payah guna like-like, just invite saje tapi melalui link yang di beri. hehehe

Seperti yang tertera kat gambar ni, memang lumayan sebab ada handphone dengan laptop. Apple lak tu. Tak ke lumayan sangat-sangat? Takkan tengok je kan. Korang tak perlu ada anti virus Avira untuk masuk contest ni yang penting, klik link dan like saje page Avira. Lepas tu apa lagi... Spin It To Win It bebeh. hahaha
Nak beli tak mampu, tapi ni je la kot yang boleh di usahakan. Rezeki masing-masing tu ada kan cuma macam mana cara kita usaha. Tu yang penting. Kalau tak dapat beli, at least dapat dari contest gini pon dah cukup bagus... Seriously memang aku harap sangat dapat sebab nak gak ada hp yang kaler maler kan.. Ni pon guna COKIA yang ada lampu suluh rega rm88 je kalau 2nd rm50 je. Hehehe bukan tak bersyukur tapi berusaha untuk dapat yang lagi baik. Mana tahu kan... rezeki... insya allah...

So kepada kengkawan bloggers, pembaca yang budiman sekalian, apa lagi.. klik je gambar atau link yang dah di beri.. heheh terima kasih sebab sudi klik yek. Kalau taknak takpe.. takde paksaan. heheheh 

Wassalam.

Nota Ketiak : Tolong..... hehehhe please...




Read more

17 April 2012

Belated Story daaa

0 EDITOR COMPLAINING

Gini la jadinya kalau dah masa tidur tak teratur. Memang penat gak kalau hari-hari balik pukul 2 pagi pastu pukul 4 pagi baru nak tido kemudian bangun lak pukul 2 tengahari. Jawabnye tak makan tengahari la aku kan. Tapi memang macam tu je. Sampai je kat tempat kije dalam pukul 4.30 petang, aku tapaukan siap-siap untuk makan bila lapar nanti. Kalau dah tapau ni, memang tak boleh nak simpan bekal tu lama-lama. Takut basi ke ape nanti kan. Dalam beg memang aku dah sediakan 2 botol air. Satu air kopi dan satu air masak. Lepas tu diselitkan gak dengan roti 2 -2 bungkus. Untuk santapan alas perut la katakan. hahahaha

Balik je kije memang kompom aku akan singgah mamak dulu untuk beli nes ais. Sampai kat umah lepas mandi , rehat-rehat, mesti nak minum air ke ape kan. Tu yang aku singgah kedai dulu sebelum balik. Tadi sebelum balik kije aku pegi jalan-jalan kat kawasan bengkel dalam pelabuhan. 3 hari lepas kalau tak silap ada 1 kemalangan. Nepal yang bawak la so aku pegi la ushar lori yang eksiden tu. Bila tengok je lori tu, aku memang tak dapat nak gambarkan mcm mana. Sekeras-keras besi yang solid tu, boleh bengkok. Dengar cite lori tu tersangku treler dengan lori lain kemudian terus langgar kontena kat sebelah. Fuhhhh... kabin lori tu ape lagi, terus remuk la dengan stereng bengkok, cermin pecah, dan ruang kabin tu terkopak ke kanan. Teruk teruk...

Tapi aku mintak simpang la tak jadi macam tu. Bawak jangan laju-laju nak kejar kontena, slow n steady sudah la kan sebab yang penting bukan duit tu tapi nyawa kita ni. Dah hari selasa. Lagi 3 hari aku nak mengadap benda ni. Adoi...Jangan lupa baca doa naik kenderaan yek...

wassalam

Nota Siku ~ Takde orang bawak slow kat dalam pelabuhan tu.... damn..

Read more

16 April 2012

Ada Apa Dengan Pelabuhan ??

4 EDITOR COMPLAINING

Sebut pasal pelabuhan je, mesti orang terpikir kapal besar-besar yang bawak kontena macam kat atas ni. Memula aku pon pikir gitu gak. Yela mana penah masuk pelabuhan. Takde kije gak kalau nak masuk saje-saje.. lagi kalau takde kebenaran. hahaha... Memula aku jejak kaki kat pelabuhan ni, memang susah nak nampak kapal. Sebab pe? sebab kapal-kapal tu, ada kat tebing atau wharf pelabuhan. Tempat kapal berlabuh atau dock. Lebih kurang la. Kalau nampak pon, benda yang paling tinggi kat kapal tu. Ape dia? Kapal punya kabin. Tempat kapten duduk. hahahaha....

Kat sini saje la aku nak kongsi ape benda yang aku nampak kat pelabuhan ni. Semua yang ada, memang sama je, tak kiranya kat pelabuhan mana pon. Kalau kerja di kelilingi mesin dan jentera berat, semestinya risiko pon tinggi. Oleh itu, Safety First la yek. Ok, semua pakai topi keselamatan, jaket atau vest pantul cahaya, serta safety boot yek. jom ikut aku jalan....

Ni namanya lori. Tapi tu kalau kat luar dari pelabuhan memang orang panggil lori tapi kalau dalam pelabuhan, namanya Prime Mover. Tugas sama gak macam lori iaitu untuk angkut kontena dari kapal @ vessel nama omputihnya. 


Salah satu contohnya macam ni la. Tu dah siap kontena kat atas treler. Ni sama ada nak discharge atau loading. Tu je tugas utama Prime Mover. Membawa kontena dari yard ke vessel atau dari vessel ke yard. Yard ni kawasan untuk simpanan kontena yang banyak-banyak tu. 



Ni pulak orang panggil Ship To Shore atau Two Quay Crane. Kren ni tak pegi jauh-jauh walaupun benda ni boleh gerak kiri kanan, depan dan belakang. Tetapi kebanyakkan pergerakan kren ni kiri dan kanan. Paling banyak di gunakan untuk 1 kapal adalah 4 kren sekali gun. Bergantung pada operasi pada hari tu la. Pelabuhan punya operasi pon bukanlah 1 kapal untuk 1 masa, kadang-kadang tu 3 - 4 biji kapal untuk 1 masa pon ada. Banyakkan kan.. heheh



Ni pulak kren gak.. tapi derang panggil RTG crane atau nama panjang Rubber Tyred Gantry. Kren ni rendah dari Two Quay Crane, tu yang tak boleh guna utk vessel. Kegunaan kren ni, dari yard ke Prime Mover. Dengan kata lain, Prime Mover akan pegi ke yard untuk amik kontena. RTG kren ni pulak akan angkat kontena di yard untuk di letakkan di atas treler. Pastu Prime Mover akan bawak kontena tu ke  Two Quay  kren dan kren tu akan angkat kontena tu ke atas vessel. 

Ni pulak namanya Laden Reach Stacker. Fungsi benda ni sama la macam kedua-dua kren tu tapi takleh angkat tinggi-tinggi sangat. Selalunya kegunaan benda ni kalau RTG tak dapat nak pegi amik. Mungin sbb tempat yang RTG tak boleh masuk. Jarang sangat di gunakan tapi penah gak nampak.


Kalau yang ni, aku rasa semua orang tahu. Fork Lift tapi ni kegunaan untuk benda-benda yang berat. Fork Lift yang paling besar aku penah tengoks setakat ni. Memang besar kedabak sangat-sangat la dan seriously memang jadi jakun.. hahaha rusa masuk kampung gitu. Tapi tu kira bagus la kan. Benda baru dan satu pengalaman baru bagi aku.

Moral of the story? Memang banyak jentera berat. Risiko kemalangan tu memang ada. Paling tidak pon, memang 1 hari akan ada 3 kemalangan yang bukan membabitkan nyawa. Tu cuma statistik. Risau ada, penat pon ada tapi kalau nak mencari duit, memang ni la tempatnya cuma kalau dah kerja kat sini, pergorbanan tu memang la besar. Balik kije penat, nak rehat je. Masa lepak dengan kawan-kawan kat mamak, tengok bola ke, online ke pon dah kurang. Tapi boleh je kalau pakai Blackberry. 24 jam online. heheh tapi aku tak pakai Blackberry pon. Tu serba sedikit yang aku nak kongsi. Kerja baru dan pengalaman baru. Best. 






Read more

14 April 2012

Bertukar Profession

0 EDITOR COMPLAINING

Oh yeah... rindu sangat aku pada blog kesayangan yang dah lama tak di jenguk. Penuh bersawang dah ni. Setelah hampir sebulan lebih aku tak bukak blog, sekadar check email. facebook dan akhirnya saat ni pukul 4 pagi ni terus aku mengadap pc. Disebabkan esok atau boleh dikatakan hari ni aku cuti sebab dah masuk sabtu, dapat la aku terus berjaga sampai pagi. Nak update mana-mana yang patut.

Bulan ni jugak boleh dikatakan aku dah bertukar kerjaya. yeah.. aku memang takde kije yang tetap. Asyik nak mencari je kije. Tu dah satu kije la kan. Seperti yang tertera pada gambar di atas. Yup.. tu la kerja baru aku. Bekerja di Pelabuhan. Bila cakap je pelabuhan, ada orang cakap tu macam satu dunia lain.  Memang betol sangat dah tu. Kawasan yang sangat besar sampaikan kalau nak pegi ke seksyen lain pon kena naik bas. Alaa besar dah macam UUM tu. hahaha tapi aku tak tahu la U mana yang paling luas dan besar. UTM pon besar gak tapi tak sebesar pelabuhan kot.

Situasi atau keadaan aku ni masih dalam training sebab tu aku balik pon awal-awal pagi. Kalau dah tetap, 12 jam kije, 2 shift 7 pagi - 7 malam dan 7 malam ke 7 pagi. Satu pengalaman yang baru bagi aku sebab dapat tengok kapal kontena besar-besar, ada RTG, ada T Crane, ada macam-macam jentera yang besar. Oleh sebab semua jentera yang besar, risiko pon memang tinggi. Oleh itu... Safety First la kan. Kije tu kije la jugak tapi keselamatan tu kena jaga.

Orang kata, kalau nak cari duit, ni la kijenye tapi jangan gopoh-gopoh sebab rezeki masing-masing tu ada. Dah ditetapkan. yeahh... hahah ok la . nanti esok ke lusa ke aku update lain. Ape musim kat blog skang pon tak tahu dah tapi hahah aku ada gak tergelak bila tengok cerita Amalina ada kat talibesen. aisehhh memang la kan kat tv tunjuk benda-benda baik, mana ada yang nak tunjuk kita wat jahat. hahahhaa adoi... dah melalut dah.. sudey sudeyy la yek... aku nak ber blogwalking jap... tengok info2.. kasi kembang sket otak.

wassalam
Read more

21 March 2012

Pusat latihan Kejenteraan Pertanian

0 EDITOR COMPLAINING
 

Penat gak aku hantar adik aku ke tempat dia belajar. Ingatkan dekat je tapi jauh pulak heheh.. Kalau nak diikutkan, dia pegi drive sendiri je tapi disebabkan kereta dia rosak dan tersadai kat rumah (keta aku pon kat bengkel gak hahaha) terpaksa la aku guna kereta abah untuk hantar dia kat Tanjung Karang. Boleh tahan jugak jauh. Aku ingatkan dekat lak hahaha

 

Sekali sekala jalan kat tempat yang kita tak tahu, nanti senang la kalau nak pegi jalan-jalan kan. Tak silap aku hampir 45 minit gak kot kalau dari umah aku pegi ikut ke Bukit Tagar. Hari Jumaat ni nak kena amik dia pulak so aku memang nak kena ingat jalan neh dah la aku ni jenis yang malas nak drive hehe tapi best kalau sekali sekala drive. Bukan malas pe kalau duduk lama-lama kang mau sakit pinggang segala bagai. Lagi pon aku ni dalam proses rehat dan menyembuhkan diri je heh.

Bila dah berjalan ke sana, aku baru tahu n kenal tempat. Aku nampak Unisel iaitu Universiti Industri Selangor, dan aku jumpa Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Ala tempat yang banyak kelip-kelip tu. Ingat tak ada iklan TNB tu. Ada la aku lalu situ tapi takde singgah pon. Bagus berjalan ni sebab dapat kenal banyak tempat dan yang tak bagusnye, penat. Tu je hahahha penat badan dan penat duit. Yang penting selamat pergi dan selamat pulang. Kena hati-hati gak tu hehehe okeyyyy


Read more

20 March 2012

TBS - Cinta Bandar Tasik Selatan hahahaha

0 EDITOR COMPLAINING
 

Huaa aku masih lagi kat kampung. 3 minggu kat kat Rawang neh. Penangan sakit dan juga pasal nenek aku meninggal tu. Ok semalam aku pegi la anta adik pompuan aku yang num 3 neh. Dari Bukit Beruntung ni aku drive je sampai ke bandar Rawang, pastu naik Komuter pegi ke Bandar Tasik Selatan nak pegi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Agak bosan gak sebab ada la dalam sejam perjalanan pergi. Aku pegi waktu tu dalam pukul 8 malam kot. Adik aku nak balik Pulau Tioman, tapi dia nak pegi Melaka dulu sebab adik aku yang pompuan, num 2 kije kat sana. Dia nak tumpang tido pastu keesokkan harinya baru la dari Melaka pergi ke Mersing. Jauh berjalan yek. hehehe

Pengalaman aku kat stesen bas besar-besar ni cuma la kat Shahab Perdana, Larkin, Kota Bahru, Bukit Jalil dengan Pudu dan seriously memang aku tak brape suka. Seksa woo nak pegi kat stesen tu sebab banyak sangat la ulat tiket. Yang tu la aku paling tak suka kalau nak pergi stesen bas neh. Zaman aku naik bas ni waktu aku sekolah dulu-dulu la. Travel dengan bas memang best tapi penat. Tapi bila aku jejak je kaki kat TBS ni wow memang cantik sungguh. Sebelum ni tengok kat tv je la dan memang tak pernah jejak pon.

Masuk je dalam TBS ni, memang serba serbi nampak molek, cantik, bersih dan ala-ala canggih sket la. Betol la sebijik macam kat airport. Lepas tu takde sesak sangat, ada polis lagi tunggu kat pintu masuk nak ke bas. Hanya pemegang tiket saje yg boleh masuk. Hehehe tapi kira ok la macam ni. Aku lagi suka nak berurusan ape-ape pon kalau macam ni kan. Kalau nak flashback balik waktu kat pudu tu, serius takleh nak kata pe. Dengan panas, ramai orang, ulat tiket sana sini. Nak beli tiket pon tak tenang kan.

Aku pegi malam tu pon kejap je. Sampai dalam pukul 9 pastu beli tiket, pukul 10 adik aku dah gerak balik Melaka. Sampai la dalam pukul 1 pagi gitu. Alhamdulillah selamat sampai. Tapi bagi aku tu memang pengalaman yang menarik. Sebab pe menarik, sebab skang ni balik kampung ke, pegi mana-mana ke, naik kereta je. Dah jarang nak jejak naik bas. Paling kurang pon aku naik train JB ke Tanjung Malim. Lagi senang kot. Heheheh servis memang terbaik lah...
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here