THE COCOON ™: 05/01/2012 - 06/01/2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

17 May 2012

Jantung Hati Ku

0 EDITOR COMPLAINING

Pukul 2 tadi aku ada temujanji dengan HSA berkenaan keputusan darah dan ujian ECG. Memang agak lama gak sebab dalam takde orang pon, servis boleh tahan lembab. 9 orang yang tunggu turn dan aku adalah orang yang ke 9, siap semua dan segala bagai dalam pukul 5 lebih gak kot tadi. 

So ape keputusannya? Doktor cakap aku jantung aku memang ada problem dan berkemungkinan jugak injap jantung di sebelah kiri aku tu bermasalah yang membuatkan jantung aku berdegup kencang. Tak normal? ntah tak tahu la nak cakap ape. Pastu dah check suma, siap dengan ubat, aku kena buat temujanji pulak untuk x-ray dan scanning. Ultra sound kot... ntah.. tapi ingat-ingat lupa jugak. Skang ni aku tengah pikir macam mana nak buat ni. Patut aku pergi untuk 2nd check up atau tak payah.

Honestly aku memang tak suka nak check up apatah lagi kalau kena masuk wad, kena operate ke ape memang tak suka sangat la. Cukup la sekali aku duduk dalam wad seminggu. Tu pon bosan yang teramat sangat sudah. Tapi apa kan daya... dah dapat penyakit yang ntah apa-apa ni memang buat aku aku down sangat-sangat. sekian.

The End
Read more

16 May 2012

Tatau Tajuk Pe

0 EDITOR COMPLAINING

Oh yeah memang lama sudah aku tak menjenguk blog kesayangan yang hampir muram dek kerana kelekaan ku bekerja.. macam la orang lain tak bekerja jugak kan.. tapi sebab tertentu mcm semalam yang hujan lebat sambil diselangi oleh ribut petir membuatkan perasaan aku terbantut dalam meng online kan diri aku neh. Nampak gaya aku memang dah slow pulak duk update blog. Bukan sebab ape.. sebab macam-macam yang datang menimpa neh.

Minggu lepas... kes pasal kereta aku yang tak setel lagi. Pegi bengkel tuka enjin Mitsubishi 4G15 standard dan hal tu tak selesai dengan PUSPAKOM. Bukan salah PUSPAKOM tapi salah agen yang tak abis nak settel keta tu. Benda yang terpaksa aku hadapi ialah tak dapat pegi kerja selama seminggu. Seminggu? Yeah seminggu aku tak pergi kerja. Dah la tempat aku tu kalau ponteng sehari, tolak RM100. Tapi aku rasa aku tak ponteng kot sebabnya aku cuti bersebab yang sangat rasional. Nape rasional? Aku bukanlah gatal tangan nak saje saje pegi anta kereta ke bengkel tapi sebab memang rosak. Takde la gatal poket nak abiskan duit untuk upgrade enjin keta saje saje tapi memang kena tuka enjin lain sebab enjin proton ni memang dah rosak. Sabor je la yek.

Dan minggu ni pulak lepas abis hal kereta, kompeni suh aku bercuti lagi sampai la 17hb. Sebab ape sampai 17hb? sebab hari tu dan merangkap hari esok, aku memang kena pegi check up. Doktor kata jantung aku ada masalah dan kompeni kata aku takleh kija sbb jantung aku ada masalah n aku kena dapatkan surat doktor yang mengatakan bahawasanya aku ni boleh atau tak boleh kerja dengan kondisi kesihatan aku skang ni. Adoi.... Maksudnya aku boleh atau tak boleh kerja berat atau buat kerja yang boleh buat kan aku terus padam atau aku kena kerja yang biasa-biasa saja supaya kondisi jantung aku tak tergugat daripada membuatkan aku terus padam.... selamanya... wallahualam...

Ni pon nak story yang baru-baru ni aku ada la masuk satu contest dari sorg artis yang ada fan club/page kat FB. Artis mana yang takde fan club kan. Dengar kata dapat hadiah lumayan.. orang kata ipad dan aku masuk la gak.. tapi bila dah umumkan pemenang dah hadiah.. aku ingatkan betol-betol dapat ipad dan sememangnya aku bersemangat waja... tapi ape hadiahnya? hadiahnya ialah sehelai baju yang ada tandatangan artis tu.. PUIIHHHHH..... aku pon taknak. Mati-mati ingat hadiah best tapi setakat baju je aku rela beli jersi CHELSEA musim 12/13 atau setiap musim pon aku sanggup beli walaupun local. Tak kisah la murah janji CHELSEA. huahahahhaha dan tu luahan yang malas aku letak kat status FB kat fanpage tu sebab aku tahu ramai peminat fanatik yang aku menghambur macam-macam. Sket sket sound.. sket sket sound.. macam ko dah bagus sangat... puiiihhhh Minat fanatik nak mampos k-pop pon bukan leh tolong kaw kat kubor nanti. Huahahah gile ayat takleh blah... hahahah n aku patut stop kat sini dulu yeahhh

FootNote ~ The End
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here