THE COCOON ™: Oct 14, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

14 October 2011

::G.U.N.D.A.M update::

2 EDITOR COMPLAINING
Penat.. memang penat bila tugas aku sebagai Freedom Gundam ni. Menunaikan kewajipan pada ilahi, diri aku dan masyarakat. Terbang kesana kesini demi menyelamatkan nyawa manusia sejagat. Bila dah penat bertarung, aku balik semula ke Base Camp Earth Alliance. Mesti Kira Yamato penat sebab duk bawak je aku kehulur kehilir. Sibuk nak selamatkan orang, sibuk jugak orang lain nak tengok. Aishhh tolong tengok je? taknak tolong ape ape yang patut ke? ahahahahha
Terima kasih kepada Savior Gundam yang kaler merah tu sebab menyelamatkan tong gas aku. At last... berisi jugak. Lepas abis berperang, dapat la masak-masak kat rumah kan? tak perlu la pergi lepak kat hanger kapal terbang lagi. Hari ni Operating System aku tak update lagi ni. Kejap lagi baru nak update dan lepak. Penat wooo kuar 50 episod neh.

Sebenarnya aku masih tercari cari hala tuju blog aku ni atau aku tak perlu nak pikir pasal hala tuju kot? Untuk jadi macam artis blog, ramai follower dan sebagainya, memang nak kena tetapkan satu hala tuju ke atau matlamat pada blog? errrnoppp aku tak pikir gitu kot. Everbody want to rules the world. Penah dengar lagu tu? hahaha lebih kurang gitu la sekarang. Watahel aku merepek? still merepek lagi. Abaikan benda yang aku taip. Banyak benda yang aku bagitahu tu adalah untuk diri aku sendiri. Peringatan untuk diri aku sendiri gamaknye. Masih melalut lagi.

FootNote ~ Giler... makin hari aku dah jadi macam ada masalah split character pulak. hahahhaa
Read more

::Dah Tak Pakai Underwear sehh::

2 EDITOR COMPLAINING
Aku tak tahu korang dah tahu ke belum, tapi Superman yang baru iaitu keluaran 2012, Man Of Steel dah tak pakai suar dalam dia yang kaler merah tu dan kalau korang nak tahu selain dari trademark S yang kat dada tu kan, suar dalam merah yang dipakai kat luar tu juga adalah trademark Superman.
Haaaa suke la tu tengok badan ketol ketol kan? kan kan? hahah aku tak tahu ape motif sebab Superman ni dah tak pakai suar dalam kat luar. Aku rasa sebab dalam terlalu lama sangat dia pakai kat luar dan dia pikir watpe nak pepeliks dari orang, so dia amik keputusan untuk pakai suar dalam dia tu kat dalam pulak. Hahahaha sekarang korang tahu la yang suar dalam dia skang kaler merah. Cuma dah pakai kat dalam. hahahaha Kalau tak pakai suar dalam? Sendiri mau ingat ar kan. Dengan sut yang ketat gila tu, ish takleh cakap... aku inesennn wes hahahah
Part yang aku suka, detail pada costume. Aku perasan yang costume yang ada detail ni dalam cerita Spiderman 4 kot dan Superman Return. Macam yang kita tengok skang tekstur pakaian ni yang nampak detail ala ala Carbon Fiber je gitu kan.
Bersyukur la semua sebab Clark Kent dah tahu macam mana nak pakai seluar dalam yang sememangnya patut ada kat dalam, bukan patut pakai dari luar. Bila jadi Clark Kent, tahu lak pakai macam biasa tapi bila bertukar ke mode superhero, alih alih nak pakai kat luar. Aku bukan concern tapi terpikir jugak. hahahah dah takde modal sangat sampai nak perati benda benda ni. Aku tayang yang ni takpe, bukan aku tayang pompuan muslim yang membuka aurat okey. hahahahha

FootNote ~ None of these are my business.Solat jumaat wesss jangan lupa!
Read more

::At Last! Aku Dah Jumpa Mesin Masa::

0 EDITOR COMPLAINING
Yep... betol memang aku dah jumpa mesin masa. hahaha mesti korang tak percaya ni. Tapi masalahnya mesin masa ni boleh bawak ke masa lampau je. Takleh bawak ke masa hadapan. Kita mesti nak tahu apa akan jadi pada masa depan kita masing-masing kan? tapi bagi aku kalau kita dapat tahu masa depan kita sekarang, apa yang akan kita buat sekarang? Mesti berubah drastik punya ni. Tapi yang aku dah jumpa ni untuk ke masa lampau kita. Setakat yang aku boleh tengok, 4 tahun kebelakang je. Jom follow.

Ok, kalau korang nak tengok masa lampau aku atau korang sendiri, korang tengok la blog archive kat sebelah kiri blog aku ni, kalau yang korang sendiri tengok je kat archive. Memang ada masa lampau dan sekarang bila aku tengok balik, imbas semula posting lama aku berbanding dengan sekarang, rasanya ada perubahan apa-apa tak dalam tempoh 4 tahun tu? Jawapan aku - YA. Blogging adalah satu kapsul masa kita sendiri yang kita buat tapi bukan kita tanam untuk lihat apa yang akan kita dapat masa depan nanti. Tahun 2008 aku buat blog aku tak terpikir pon yang 4 tahun selepas tu banyak benda yang aku dapat tahu, dapat lihat dan dapat rasa. Masa tu aku mungkin tak terpikir tentang apa yang akan aku sedang buat sekarang.
Bagus ke kalau nak ingat masa silam atau masa lampau kita? Kalau orang tanya kat aku macam tu, aku cuma boleh jawab, macam mana kita bentuk diri kita dulu, macam ni la keadaan kita sekarang. Kalau acuan yang kita dah buat kat diri kita tu elok, maka insya allah... elok la jadinya dan begitulah sebaliknya. Pembabitan aku kat dunia blog ni adalah selepas aku grad. Study tahun 2003 dan grad pada tahun 2005. Waktu study aku memang tak terpikir pasal nak blog sebab duk pikir pasal study, kije part time dan juga aku tak berkemampuan nak pasang internet kat rumah sewa dulu. Mengadap depan komputer cuma untuk paham benda yang aku buat dan belajar iaitu 3D, Pengaturcaraan dan Grafik je. Selebihnya? Movie marathon dan muzik. Music best describe me yaw. hahaha (tak abis-abis pasal aku je)

Jadi... itulah susur galur mesin masa aku yang aku dapat jumpa dan aku pasti ada pada setiap orang. Cuma untuk kita mengubah masa dan sejarah kita tu aku rasa memang mustahil. Kalau nak ubah masa depan kita, aku rasa buat perubahan pada masa sekarang. Bila kita dah ke hadapan kita dah dapat tengok berjaya ke kita ubah atau tetap sama macam kita yang dulu atau sekarang.

Apa yang kita buat sekarang adalah pengisian pada kapsul masa kita. Suatu catatan maya untuk kita tengok balik nanti.. oh.. ni yang aku buat, ni yang aku cakap. Pengisian dan muhasabah diri kita dalam satu bentuk atau medium yang berbeza. Aku mengarut lagi? ntah. Kesan sampingan daripada kafein. hahahaha tu ar beli lagi Nescafe Gold hahahahah kan dah kemaruk.

FootNote ~ “Once upon a time we were just plain people. But that was before we began having relationships with mechanical systems. Get involved with a machine and sooner or later you are reduced to a factor.”


Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here