THE COCOON ™: Oct 31, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

31 October 2011

::Kalau Rumah Korang Berhantu?::Mana Nak Lari?::

2 EDITOR COMPLAINING
amityville horror house
Entry yang scary and creepy kot. hahaha baca lak malam gini...aku nak tany sikit, Apakah tempat yang korang paling takut sekali nak pergi? kubur? Seronok kalau dapat tengok cerita seram, realiti seram dan sebagainya kan. Takut, seram, dan macam-macam perasaan yang takleh nak digambarkan oleh perasaan. Macam nak menjerit pon ada. Macam nak balik umah, terus baring atas katil, pastu selimut tebal-tebal sebab takut. heheheh

Kalau takut, kat mana tempat yang paling korang rasa selamat? Rumah? betol ke rumah tu tempat yang paling selamat untuk kita kalau kita takut? hahaha banyak betol soalan aku yek. Macam mana kalau aku cakap rumah bukan tempat yang selamat macam mana? hahahaaha fuhhh.. abis...
Kalau rumah yang kita rasa tempat yang paling selamat untuk kita hindari dari rasa takut, macam mana kalau rumah tu sendiri tu berhantu? kat mana kita nak rasa selamat. kan kan...Ini lah yang aku rasa bila tengok Paranormal Activity. Alaa. cerita seram yang tengah meningkat naik skang ni. Dah masuk nombor 3 dah. Benda yang boleh kita amik dan pikir saje. Jangan amik serius sangat, Walaupun korang pikir ala.. berlakon je tu, biasa la kan tapi kalau dalam realiti, macam mana kita nak hadapi benda tu. Tempat yang paling selamat adalah tempat yang paling menakutkan. Penyelesaian korang macam mana? nak lari kat tempat lain atau hadap je apa yang datang?
Disebabkan kita sentiasa di omongkan dari waktu kecik dengan benda-benda yang selalu orang duk usik kita, sebab tu kita mudah nak meremang, mudah nak takut segala bagai. Bukan aku nak cakap aku tak takut hahah takut memang takut tapi aku tak mintak la bagi nampak benda-benda tu semua. Iblis syaitan tu wujud dan kalau ia nak memperlihatkan dirinya sebenar pada kita dalam bentuk yang kita panggil, pocong, langsuir atau hantu raya sekali pon, tu datang dari alam jin dan syaitan.

Tetiba cakap pasal benda yang scary je kan. Aku pon tak tahu nape aku nak cakap pasal ni. Saje je kot. hahahaha. Cuma nak berkongsi pandangan dan pendapat. Andai tempat kita tinggal tu pon rasa tak selamat dan takut, kat mana lagi kita nak duduk eh? huaaaa hahahahahhaa

FootNote ~ Rela hamba rela..... hehehehe
Read more

::Malaysia's Most Haunted::

4 EDITOR COMPLAINING

Highland Tower. Pada tahun 1993, satu blok bangunan di Highland Tower telah runtuh dan menyebabkan 48 penghuni didalamnya mati. Lepas dari kejadian tu, tempat ni dikatakan berpenunggu dimana keadaan yang berhampiran hutan, mungkin mudah sangat makhluk halus nak menumpang kan?
Banglow Di Bangsar, Dikatakan jugak tempat ni ada macam-macam makhluk halus seperti jin, puntianak dan sebagainya. Selain tu juga, cerita mengenai banglow tinggal ni adalah, kisah seorang pengawal keselamatan yang membunuh kanak-kanak. Betol ke? korang ada cerita?
Kellie's Castle di Perak. Belum lagi ada cerita yang orang nampak kelibat apa-apa kat sini tapi kalau pergi waktu malam, ramai yang mengatakan ada macam-macam bunyik kat situ. Bunyi apa? bunyi yang korang kena dengar sendiri. hehehe
St. Michael’s Institution, Ipoh. Dibina pada tahun 1912 oleh orang katolik. Pernah digunakan sebagai markas tentera jepun pada perang dunia ke 2 dan dikatakan pernah menjadi tempat seksaan tahanan perang. Cerita yang popular kat sini, sami yang bersembahyang di tingkat 4... tanpa kepala.. seriously creepy. hahaha
Lebuhraya Karak. Yeah... Dulu waktu aku kecik-kecik, dengan family aku kalau balik kampung, memang akan melalui lebuhraya Karak ni. Scary wooo... dan aku ada kisah aku jugak pasal tempat ni. Karak popular sebab selalu sangat jadi eksiden kat sini. Orang mati la, Volkwagen Kuning la kan? Kalau drive malam-malam, jangan pelik lak kalau nampak benda pelik hehehe
Lady Templer Hospital, Cheras. Kelibat hantu perempuan? Dikenali sebagai Poliklinik Cheras, tempat ni adalah salah satu tempat untuk pemburu hantu mencari pasal dengan hantu-hantu. hehehe atau makhluk halus. Ada jugak hantu yang suka mencari pasal dengan pemburu hantu kat sini. Garang woo
Villa Nabila, Johor Bahru. Ni dekat dengan rumah aku skang. Sebab aku menetap kat JB kan. hahaha tempat ni la yang feymes. Kalau korang pergi Danga Bay, memang tak jauh dah tu. Tepi jalan je. Kawasan yang banyak orang kaya-kaya duduk, area sini la. Tapi mesti pelik kan. Kawasan orang kaya tapi ada jugak rumah tinggal. haa...Banyak kisah yang kita leh google pasal Villa Nabila ni. Kisah budak kena bunuh dalam ni, kisah rumah ni kena rompak dan macam-macam lagi. Tapi yang paling best, sape yang masuk dalam rumah ni, ada jugak yang sesat. Dekat subuh baru nampak jalan keluar. Lepas tu, selalu akan terjadi kita akan terbawa "kawan" yang lebih. Pergi 5 orang, tapi balik 6 orang. hahahah macam mana tu?
Aeroplane Bungalow (Rumah Mona Fendy), Behind Leisure Point, Cheras. Sebut je Mona Fendy, terus tak payah cerita takpe kan? Semua dah tahu pasal Mona Fendy, yang jugak dulu seorang penyanyi, penah masuk muzik-muzik. Kes pembunuhan paling kejam. Dekat penjara pon, tempat dia ditahan tu macam-macam jadi, inikan pulak rumah dia. hahah, Kes yang terkenal di era 90'an kan? Seorang bomoh dan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Dihukum mati pada tahun 2001 atas kesalahan membunuh ahli politik  Mazlan Idris pada tahun 1993. Pada hari hukuman matinya, dia berkata "aku tidak akan mati". Agaknya rumah dia ni berhantu sebab ilmu hitam yang diamalkannya. HUH? creeeeeepy huh? damn...atau dia mmg tak mati? hahahah

Itulah serba sedikit pasal tempat-tempat puaka dan berhantu kat Malaysia ni. AKu yang menaip ni pon meremang-remang bulu ketiak. hehehehe... Apa kata suruh bebudak yang sambut Halloween ni pergi buat Treat Or Trick kat tempat berhantu ni. For sure akan dapat punya kan heheh

FootNote ~ Baca kusyuk sangat sampai diri sendiri pon leh meremang.. gilaaaaa arrhhhh


Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here