THE COCOON ™: Nov 15, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

15 November 2011

::Construction::BOT::

8 EDITOR COMPLAINING
Aku ingat nak re-construct blog aku balik. Nak ubah design, url dan sebagainya. Dah lama sangat aku pakai template ni dan sudah tiba masanya aku cuba ubah untuk sesuatu yang baru. Dalam bulan ni maybe aku akan buat research apa-apa yang patut, design apa saja yang boleh bagi nak mengubah semula interface blog aku. Hidup memang nak kena maju ke depan gak. Takleh nak berada di takuk lama.
Dan.. dengan ni aku rasa nak umumkan bercuti sementara dari menulis. Kumpul bahan ke, kumpul idea ke atau kumpul apa-apa sahaja la.Thanks untuk yang sudi baca dan follow up penulisan aku yang tak seberapa neh. Mungkin akan ada entry yang aku boleh post tapi takdelah sekerap yang dulu la kot. Insya allah.
Ok. dah takde idea dah aku nak tulis mende ntah. Cuba nak tido awal dan aku rasa memang aku kena belajar gak paksa diri tido awal. Nak kena ubah schedule life aku yang insomnia terlampau kepada yang lebih normal macam seorang manusia, apa lagi nak ubah? My dark path that i choose maybe become more darken or still not moving at the same place FORVER!. WtH ! Apapon aku rasa aku kena telan gak semua ni. Ahh aku dah mengarut.

The End

FootNote ~ Sticky Note di telapak kaki aku.
Read more

:: Life Must Goes On ::

0 EDITOR COMPLAINING
Dari petang tadi sampai ke skang, sakit kepala je memanjang. Berdenyut-denyut otak aku ni. Migraine? ntah. Rasanya belum lagi sampai tahap tu kot sebab aku tengok ada kawan aku yang migraine ni siap sampai muntah pon ada gak. Apa perkara terbaik yang kita rasa tak nak lepaskan dalam hidup kita ni? Mesti ada kan. Hidup yang kita ada ni mesti lah kita nikmati betol-betol. Kalau ada yang sudi nak berkongsi perasaan dan sama-sama nak menikmati bersama kita , memang best kan.

Setakat ni, yang aku kongsi adalah apa yang dah ada dalam blog ni. Lelaki hensem, macho dan sempurna hanya ada dalam novel dan drama hahaha aku tak ingat mana aku tengok kata-kata tu. Memang betol gak tu. Tapi dimata setiap kita, walaupun memang semua manusia tu tak sempurna tapi di kalau dah sayang, memang nampak sempurna je semua.  Separuh dari diri aku memang ada kat dalam blog ni. Separuh lagi tu jadi anonymous je.

Hakikat yang sebenar memang aku nak cuba bercuti dari menulis di blog ni, tapi terlalu banyak benda yang aku nak luah dan cerita, tapi nampak gaya aku kena amik alternatif lain tapi aku tetap jugak nak re-design blog ni balik. Kalau blog ni leh buatkan aku mengingati benda-benda yang tak patut, aku rasa memang blog pon kena bukak buku baru gak hehehe must goes on kata omputeh gitu... omputeh lagi yek. Bunyik macam entry peribadi je. Memang macam dan ada bunyik seperti peribadi. Luahan hati kot. Kalau aku nak cite pon bukan ada orang nak dengar, so aku menulis je la kan.. Ada gak yang nak baca. Tu pon kalau baca  hahahahha

Tetiba aku datang semangat je bila tengok ada earning kat nuffnang 75 SEN. hahahaha gilee arr... walaupun nilai kecik tapi ada jugak tu. Orang lain cerita ratus ratus, ribu ribu.. aku cite earning 75 SEN. Rezeki tu. Tup tup rasa nak blogging tu menebal je. Takpe. Aku cuma buat redesign balik je la. Nak berhenti menulis? tak mungkin kot. Selagi hidup ni, biar la aku share kat sini. Kalau dah takde nanti, ada jugak orang nak kenang aku kot kan. hahahahah.. Dah... layan lagu-lagu melayu pulak la. Amik feel sambil ditemani Nescafe.

Sekian

FootNote ~ Bukanlah hari-hari terakhir hidup aku.
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here