THE COCOON ™: Dec 13, 2011
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

13 December 2011

Pejabat LHDN Johor Bahru, [sesak wess]

8 EDITOR COMPLAINING

Secara tak sengaja aku dah jadi macam wartawan Peter Parker lak sebab membuat liputan tak rasmi pasal Bantuan RM500 untuk rakyat tu. Ramai betol orang dekat bangunan HASIL iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ramai yang berpusu-pusu datang untuk menyerahkan borang dan ada datang mengambil borang. Bangunan HASIL ni memang dekat sangat dengan Plaza Angsana, kemudian pulak tempat yang betol-betol chantek iaitu dekat dengan simpang 4 traffic light.
Sewaktu aku lalu kat sini, memang banyak kereta yang datang berpusu-pusu. Ada gak aku dengan khabar angin cakap yang hantar borang terus leh dapat duit. Err.. kat mana derang dengar semua ni? Setahu aku nak dapat duitnya tu bulan depan, bukan hantar dan terus dapat. Akibat mulut manusia yang duk menyampai gitu, so tu yang orang ingat boleh dapat terus je tu. hehehe...Mesti tak check kat laman web treasury.com.my neh. Untuk di negeri Johor Darul Takzim, korang boleh check dan klik kat SINI untuk mengetahui lokasi kaunter lain yang ada bagi menyerahkan borang Bantuan Rakyat. Nak download pon boleh gak kat situ.

Aku masuk untuk tengok dengan lebih dekat. Memang bagus kakitangan LHDN ni sebab derang bukak banyak kaunter. Gambar kat atas ni adalah kaunter untuk Warga Emas. Golongan ni tak payah nak berebut ke beratur ke ape kan sebab memang tempat ni khas untuk derang. Kalau untuk orang lain, bila aku masuk kat dalam, hampir 20 orang bukak kaunter dan tempat khas untuk orang ramai menghantar borang dan ada sorang dua kakitangan akan jumpa secara rawak untuk buat semakan sama ada betul ke tak pelanggan isi borang. Bagus tu.

Dari pemerhatian aku, ada juga yang datang amik borang, isi dan terus hantar. Tu kalau dah siap bawak salinan slip gaji (untuk orang yang bekerja) dan kad pengenalan pemohon. Untuk makluman orang ramai juga, Kementerian Kewangan Malaysia juga ada bukak kaunter lain selain dekat pejabat HASIL ni. Korang boleh tengok di link ni -> CHECK KAUNTER . Mungkin ada yang tak tahu, tu yang berpusu-pusu je pegi ke Pejabat Hasil. Disebabkan benda ni cepat, so takde masalah nak kena tunggu lama ke ape sebab purata yang datang, aku tengok akan balik tak sampai pon 10 minit. Barisan untuk beratur untuk setiap kaunter tak lebih dari 5 orang. Tu yang cepat. Bagi aku servis terbaik la kot. Rakyat dapat duit RM500, pelajar pon dapat duit RM200.

Dan aku? wartawan sambilan yang melaporkan berita terkini dari Johor Bahru



FootNote ~ Sila semak di www.treasury.com.my untuk maklumat lanjut. Terima Kasih
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here