THE COCOON ™: Aug 16, 2010
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

16 August 2010

Flash Mob.... huhu... tahu ke?

0 EDITOR COMPLAINING
Salam Ramadhan...


tengok pada title posting yang aku letak ni, mesti ada yang tertanya-tanya gak kan mende alah pe la Flash Mob ni, flash mob ni aku dah dengar lama dah, cuma tak pernah nak join lain mana-mana flash mob. memang happening.


Flash Mob ni lebih kurang macam sekumpulan orang yang melakukan aktiviti menari beramai-ramai atau melakukan sesuatu aksi dengan secara beramai-ramai dan selalunya bukan di uruskan oleh organisasi mana-mana pon, selalunya di uruskan oleh orang perseorangan, rakan-rakan rapat yang nak berkumpul .selalunya derang ni kenal kat facebook ke, myspace ke, pastu masing-masing set masa nak buat Flash Mob kat mana-mana tempat public la. tu boleh tengok sendiri la kat youtube, search Flasb Mob. kat KL dah ada la orang buat benda ni, kat JB aku rasa tak lagi kot.


selalunya kalau kat luar negara la kan, orang yang buat flash mob ni atas niat suka-suka nak buat je, sebab dulu-dulu punya flash mob, derang cuma set masa dan tempat, duduk berkumpul ramai-ramai kat sesuatu tempat tu dan berlakon macam pelanggan ke, pelancong ke, ikut pada orang yang organize Flash Mob tu la..


kalau ikut kat wikipedia, flash mob yang pertama ni bermula tahun 2003, Bill Wasik ni, editor kat majalah , tdia buat satu artikel pasal Flash mob ni. tak brape ramai la sambutan flash mob yang dia buat tu, tapi untuk kali kedua dia buat Flash Mob ni, ada sambutan gak. kalau kita tengok dekat Youtube, memang happening sangat-sangat... hahaha...


so pada sapa-sapa nak wat Flash Mob kat Bazaar Ramadhan ke, Shopping Complex ke, hehehe roger la ramai-ramai sket... aku pon teringin gak nak join Flash Mob neh. heheh
Read more

Counting To Balik Kampung

0 EDITOR COMPLAINING
Salam Ramadhan,


Baru beberapa hari kita menjalani ibadah puasa ni, dah macam-macam tragedi berlaku kat serata dunia, tak kurang juga yang berlaku di sekeliling kita. tengah kusyuk aku tengok facebook semalam, mungkin aku ni jarang tengok berita kot.. hehe kejadian di Jasin, Melaka tentang angin kencang seolah-olah seperti puting beliung melanda tapak baazar ramadhan di Jasin , dekat dengan kawasan stadium kalau tak silap aku, terkejut jugak bila tengok video kat facebook tu iaitu salah seorang mangsa atau penjaja kat situ juga. ada juga yang terkorban. tak dapat aku pasti sama ada penjaja atau pelanggan kat situ, tapi memang tak dapat aku nak cakap pe la sebab terkejut dengan kejadian ni.

di sebalik kejadian tu jugak kita boleh la pikir pengajaran yang dapat kita ambik tak kisah la dari segi positif ke, negatif ke tapi sekurang-kurangnya kita tahu la kena allah tunjukkan kejadian macma ni pada kita, adalah nak menyedarkan kita dari terleka atau pun nak kita lebih banyak mengingatinya? aku sendiri pon masih duk memikirkan tentang segala kejadian yang berlaku tu. dan yang paling penting untuk amik ikhtibar dan ingatan.

walaupun aku rasa masih awal nak bercakap pasal balik kampung, tapi saje aku nak share la kat sini, tak tahu la sama ada peluang aku nak balik kampung tu ada ke tak, heheh kalau nak cakap ada, rasanya dah tak boleh juga sebab nak balik naik bas, memang sah la tiket tu akan mahal sket, pastu nak kena bersesak-sesak dengan orang ramai. kali terakhir aku balik kampung pun kalau tak silap, hujung bulan lepas sebab ada temuduga kat rawang.  tu ok lagi la sebab suasana yang tak bersesak dengan orang ramai. dulu senang sket sbb adik aku ada kat UTM ni, skang dia dah takde... dah ada kat kampung, so harapan aku tu tipis gak ler...

skang ni aku kija part time je kat jusco, so gaji pun bayar ikut hari, dan ni memang memeningkan kepala otak aku sket. hurm... camne nak wat.? ikutkan hati memang aku nak balik kija kat kampung ja, tapi.... ntah, susah aku nak bagitahu dan cerita kat sini.... azab...
Read more

Popular Posts

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here