THE COCOON ™: 04/01/2012 - 05/01/2012
~ AcidFlynn Wraith ~ Inspired by ~ AcidFlynn Wraith ~

Followers

Blog Archive

Blog

20 April 2012

AVIRA : Spin IT and Win IT yeahh

1 EDITOR COMPLAINING
Ok.. baru-baru ni Anti virus aku ada pop-up pasal contest lak via Facebook. Aku pon masuk la. Di sebabkan aku ni memang pengguna setia Avira Anti Virus, pastu dapat lak percuma selama setahun gitu... terus aku tengok link kat Facebook. Ghupenye ada contest lagik. Hadiah lak lumayan sangat...



Hadiah ada tertera kat gambar yang aku dah letak ni. Korang klik gambar pon boleh atau klik kat SINI yang penting korang ada akaun Facebook. Tak payah guna like-like, just invite saje tapi melalui link yang di beri. hehehe

Seperti yang tertera kat gambar ni, memang lumayan sebab ada handphone dengan laptop. Apple lak tu. Tak ke lumayan sangat-sangat? Takkan tengok je kan. Korang tak perlu ada anti virus Avira untuk masuk contest ni yang penting, klik link dan like saje page Avira. Lepas tu apa lagi... Spin It To Win It bebeh. hahaha
Nak beli tak mampu, tapi ni je la kot yang boleh di usahakan. Rezeki masing-masing tu ada kan cuma macam mana cara kita usaha. Tu yang penting. Kalau tak dapat beli, at least dapat dari contest gini pon dah cukup bagus... Seriously memang aku harap sangat dapat sebab nak gak ada hp yang kaler maler kan.. Ni pon guna COKIA yang ada lampu suluh rega rm88 je kalau 2nd rm50 je. Hehehe bukan tak bersyukur tapi berusaha untuk dapat yang lagi baik. Mana tahu kan... rezeki... insya allah...

So kepada kengkawan bloggers, pembaca yang budiman sekalian, apa lagi.. klik je gambar atau link yang dah di beri.. heheh terima kasih sebab sudi klik yek. Kalau taknak takpe.. takde paksaan. heheheh 

Wassalam.

Nota Ketiak : Tolong..... hehehhe please...




Read more

17 April 2012

Belated Story daaa

0 EDITOR COMPLAINING

Gini la jadinya kalau dah masa tidur tak teratur. Memang penat gak kalau hari-hari balik pukul 2 pagi pastu pukul 4 pagi baru nak tido kemudian bangun lak pukul 2 tengahari. Jawabnye tak makan tengahari la aku kan. Tapi memang macam tu je. Sampai je kat tempat kije dalam pukul 4.30 petang, aku tapaukan siap-siap untuk makan bila lapar nanti. Kalau dah tapau ni, memang tak boleh nak simpan bekal tu lama-lama. Takut basi ke ape nanti kan. Dalam beg memang aku dah sediakan 2 botol air. Satu air kopi dan satu air masak. Lepas tu diselitkan gak dengan roti 2 -2 bungkus. Untuk santapan alas perut la katakan. hahahaha

Balik je kije memang kompom aku akan singgah mamak dulu untuk beli nes ais. Sampai kat umah lepas mandi , rehat-rehat, mesti nak minum air ke ape kan. Tu yang aku singgah kedai dulu sebelum balik. Tadi sebelum balik kije aku pegi jalan-jalan kat kawasan bengkel dalam pelabuhan. 3 hari lepas kalau tak silap ada 1 kemalangan. Nepal yang bawak la so aku pegi la ushar lori yang eksiden tu. Bila tengok je lori tu, aku memang tak dapat nak gambarkan mcm mana. Sekeras-keras besi yang solid tu, boleh bengkok. Dengar cite lori tu tersangku treler dengan lori lain kemudian terus langgar kontena kat sebelah. Fuhhhh... kabin lori tu ape lagi, terus remuk la dengan stereng bengkok, cermin pecah, dan ruang kabin tu terkopak ke kanan. Teruk teruk...

Tapi aku mintak simpang la tak jadi macam tu. Bawak jangan laju-laju nak kejar kontena, slow n steady sudah la kan sebab yang penting bukan duit tu tapi nyawa kita ni. Dah hari selasa. Lagi 3 hari aku nak mengadap benda ni. Adoi...Jangan lupa baca doa naik kenderaan yek...

wassalam

Nota Siku ~ Takde orang bawak slow kat dalam pelabuhan tu.... damn..

Read more

16 April 2012

Ada Apa Dengan Pelabuhan ??

4 EDITOR COMPLAINING

Sebut pasal pelabuhan je, mesti orang terpikir kapal besar-besar yang bawak kontena macam kat atas ni. Memula aku pon pikir gitu gak. Yela mana penah masuk pelabuhan. Takde kije gak kalau nak masuk saje-saje.. lagi kalau takde kebenaran. hahaha... Memula aku jejak kaki kat pelabuhan ni, memang susah nak nampak kapal. Sebab pe? sebab kapal-kapal tu, ada kat tebing atau wharf pelabuhan. Tempat kapal berlabuh atau dock. Lebih kurang la. Kalau nampak pon, benda yang paling tinggi kat kapal tu. Ape dia? Kapal punya kabin. Tempat kapten duduk. hahahaha....

Kat sini saje la aku nak kongsi ape benda yang aku nampak kat pelabuhan ni. Semua yang ada, memang sama je, tak kiranya kat pelabuhan mana pon. Kalau kerja di kelilingi mesin dan jentera berat, semestinya risiko pon tinggi. Oleh itu, Safety First la yek. Ok, semua pakai topi keselamatan, jaket atau vest pantul cahaya, serta safety boot yek. jom ikut aku jalan....

Ni namanya lori. Tapi tu kalau kat luar dari pelabuhan memang orang panggil lori tapi kalau dalam pelabuhan, namanya Prime Mover. Tugas sama gak macam lori iaitu untuk angkut kontena dari kapal @ vessel nama omputihnya. 


Salah satu contohnya macam ni la. Tu dah siap kontena kat atas treler. Ni sama ada nak discharge atau loading. Tu je tugas utama Prime Mover. Membawa kontena dari yard ke vessel atau dari vessel ke yard. Yard ni kawasan untuk simpanan kontena yang banyak-banyak tu. 



Ni pulak orang panggil Ship To Shore atau Two Quay Crane. Kren ni tak pegi jauh-jauh walaupun benda ni boleh gerak kiri kanan, depan dan belakang. Tetapi kebanyakkan pergerakan kren ni kiri dan kanan. Paling banyak di gunakan untuk 1 kapal adalah 4 kren sekali gun. Bergantung pada operasi pada hari tu la. Pelabuhan punya operasi pon bukanlah 1 kapal untuk 1 masa, kadang-kadang tu 3 - 4 biji kapal untuk 1 masa pon ada. Banyakkan kan.. heheh



Ni pulak kren gak.. tapi derang panggil RTG crane atau nama panjang Rubber Tyred Gantry. Kren ni rendah dari Two Quay Crane, tu yang tak boleh guna utk vessel. Kegunaan kren ni, dari yard ke Prime Mover. Dengan kata lain, Prime Mover akan pegi ke yard untuk amik kontena. RTG kren ni pulak akan angkat kontena di yard untuk di letakkan di atas treler. Pastu Prime Mover akan bawak kontena tu ke  Two Quay  kren dan kren tu akan angkat kontena tu ke atas vessel. 

Ni pulak namanya Laden Reach Stacker. Fungsi benda ni sama la macam kedua-dua kren tu tapi takleh angkat tinggi-tinggi sangat. Selalunya kegunaan benda ni kalau RTG tak dapat nak pegi amik. Mungin sbb tempat yang RTG tak boleh masuk. Jarang sangat di gunakan tapi penah gak nampak.


Kalau yang ni, aku rasa semua orang tahu. Fork Lift tapi ni kegunaan untuk benda-benda yang berat. Fork Lift yang paling besar aku penah tengoks setakat ni. Memang besar kedabak sangat-sangat la dan seriously memang jadi jakun.. hahaha rusa masuk kampung gitu. Tapi tu kira bagus la kan. Benda baru dan satu pengalaman baru bagi aku.

Moral of the story? Memang banyak jentera berat. Risiko kemalangan tu memang ada. Paling tidak pon, memang 1 hari akan ada 3 kemalangan yang bukan membabitkan nyawa. Tu cuma statistik. Risau ada, penat pon ada tapi kalau nak mencari duit, memang ni la tempatnya cuma kalau dah kerja kat sini, pergorbanan tu memang la besar. Balik kije penat, nak rehat je. Masa lepak dengan kawan-kawan kat mamak, tengok bola ke, online ke pon dah kurang. Tapi boleh je kalau pakai Blackberry. 24 jam online. heheh tapi aku tak pakai Blackberry pon. Tu serba sedikit yang aku nak kongsi. Kerja baru dan pengalaman baru. Best. 






Read more

14 April 2012

Bertukar Profession

0 EDITOR COMPLAINING

Oh yeah... rindu sangat aku pada blog kesayangan yang dah lama tak di jenguk. Penuh bersawang dah ni. Setelah hampir sebulan lebih aku tak bukak blog, sekadar check email. facebook dan akhirnya saat ni pukul 4 pagi ni terus aku mengadap pc. Disebabkan esok atau boleh dikatakan hari ni aku cuti sebab dah masuk sabtu, dapat la aku terus berjaga sampai pagi. Nak update mana-mana yang patut.

Bulan ni jugak boleh dikatakan aku dah bertukar kerjaya. yeah.. aku memang takde kije yang tetap. Asyik nak mencari je kije. Tu dah satu kije la kan. Seperti yang tertera pada gambar di atas. Yup.. tu la kerja baru aku. Bekerja di Pelabuhan. Bila cakap je pelabuhan, ada orang cakap tu macam satu dunia lain.  Memang betol sangat dah tu. Kawasan yang sangat besar sampaikan kalau nak pegi ke seksyen lain pon kena naik bas. Alaa besar dah macam UUM tu. hahaha tapi aku tak tahu la U mana yang paling luas dan besar. UTM pon besar gak tapi tak sebesar pelabuhan kot.

Situasi atau keadaan aku ni masih dalam training sebab tu aku balik pon awal-awal pagi. Kalau dah tetap, 12 jam kije, 2 shift 7 pagi - 7 malam dan 7 malam ke 7 pagi. Satu pengalaman yang baru bagi aku sebab dapat tengok kapal kontena besar-besar, ada RTG, ada T Crane, ada macam-macam jentera yang besar. Oleh sebab semua jentera yang besar, risiko pon memang tinggi. Oleh itu... Safety First la kan. Kije tu kije la jugak tapi keselamatan tu kena jaga.

Orang kata, kalau nak cari duit, ni la kijenye tapi jangan gopoh-gopoh sebab rezeki masing-masing tu ada. Dah ditetapkan. yeahh... hahah ok la . nanti esok ke lusa ke aku update lain. Ape musim kat blog skang pon tak tahu dah tapi hahah aku ada gak tergelak bila tengok cerita Amalina ada kat talibesen. aisehhh memang la kan kat tv tunjuk benda-benda baik, mana ada yang nak tunjuk kita wat jahat. hahahhaa adoi... dah melalut dah.. sudey sudeyy la yek... aku nak ber blogwalking jap... tengok info2.. kasi kembang sket otak.

wassalam
Read more

Popular Posts

Follow by Email

Google+ Followers

Total Pageviews

My Blog List

Search This Blog

PING

Blogged.my Blogged.my
Best View Resolution 1280 x 1024 [RECOMMENDED]
Donate Here